Showing posts with label outdoor. Show all posts
Showing posts with label outdoor. Show all posts

Monday, April 16, 2012

busy week.


walaupun kesihatan badan cam tak berapa nak mngizinkan, tapi terpakse la lawan jugak.
 Johor, tolong jgn bg susah kat aku k.

Friday, March 16, 2012

goreng pisang

Assalamualaikum wbt. Selamat Hari Jumaat semua.  =o

muke sakit & takde selera macam ni?  guys, sorry. aku betul2 tak pandai nak tunjuk muke sakit and stress in front others. but trust me, i feel so sick.

Hari ni takde paper. Tapi bngun tido tadi terus mandi and stadi untuk exam ahad nie. BTW, se dua menjak ni, tak tau ape yg tak kena dengan aku. Im extremely lose my appetite recently. Aku muntah kalau makan nasik, even separuh pinggan. Takde ape yg boleh buat aku selera recently. So FYI aku kenyang seminggu ni dengan corn in cup, roti gardenia, keropok Tam Tam, Tako Tao. Takde langsung makanan berat2. Malam, kalau terase lapar, aku keluar lah gi beli bege.


Mule2 tu datang lah sikit perasaan pelik, sebab bukan senang aku nak hilang selera makan ni. Tapi sekarang dah tak rase pape, gi Subway pon, aku tengok je Dot makan. Sikit pun x terliur.

So hari ni, ngah stadi tadi, Dot kate dia lapar. Aku cakap aku tak nak makan nasik sebab takde selera, dia pon ikot je aku nak makan ape. Kesian plak sebab aku, dia terpakseeee... so kitorang pegi beli pisang goreng kat Giant ngan kepok. will be my breakfast, luch and dinner for today. Dot ajak makan kat tasik, aku ikot je laa. Kot boleh tenang sikit sakit kepala aku.

Percaya tak kalau aku cakap time ni baru lepas dapat mesej yg buat hati aku berkecai? Hahahahah. senyum tuh.. OMG. im just too good in keepin my problem inside. =) mngkin sebab terlalu bnyak berselindung yg lg bwat aku parah biler aku rase stress melampau and worst, i dont know how to burst it out. Subhanallah.
 datang sini kot nak hilangkan sakit kepala, tapi lain plak jadi nyer, bertambah2 migrain ade laaa asenye.

aku suke bile takde siape pon yg tau ape2 masalah aku. tapi aku sedih jugak kalau org yg paling aku harapkan ntuk faham aku, yang sebenarnye hadiahkan masalah kat aku. Allah.... berat nya...




Monday, February 20, 2012

Medan hari tu.












5 hari. asyik makan jer. and seriesly, masuk hari ke 4, aku dah giler2 rindu rumah. =). nampak mak berjalan kat eport dtg ke arah  aku pon, mata dah bergenang2. conclusion dia, : aku tak boleh pergi jalan jauh2 kalau tak bawak mak.

Tuesday, January 10, 2012

Holiday At Terengganu. =) Day 1, 2.

aku bercuti ni time cuti mid term hari tu.  tapi naik taun baru ni, aku tersangat1000x bz...Aseiment ngan test bersepah2..so, sekarang baru boleh load. aku cuti 5 hari kat trengganu. aku betul2 manfaatkan cuti ni. aku tgal henfon, laptop, aseiment yg bertimbun2 tuh, semata2 nak layan cuti ni. kalau bawak fon nanti, takut budak kelas asyik sebok tanye pasal kerja je. dari sakit kepala,bek aku tgal.



sementara tgu bas. aku nak menghabiskan novel "The Kite Runner" ni sebelum habis cuti. so, aku target kat kampung ti aku dah boleh khatam.



 ape lg nak buat kan? tido je lah..

 sampai2 je kat umah tok,diorang semua memang tengah lepak2 minum petang... aku ngan adik mesti lah layan rokok daun ni..

lepas tu terus start moto gi laut kat belakang umah tok tu. kalau jalan kaki pon boleh, tapi malas, penat!


 ni lah yang paling heaven sekali balik kg. tenang betol lah dapat layan perasaan sndr kat sini.


 ni pemandangan dari belakang umah Tok Teh. dulu sawah padi, sekarang dah jadi baroh untuk kerbau.

 esok dia, diorang masak pulut kuah durian.  tengok 3 beradik makan. nyum.

 terbaik dari ladang!

 malam ade kenduri laksa pulak. laksa terengganu tak same dengan laksa negeri lain tau.


asyik makan je keje aku balik kg nie. memang bulat lah ni kang.

Friday, December 23, 2011

_ My Mid Term Break _

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum.. =)

excited sangat ni.. mid term break dah start.. start hari ni, sampai awal tahun depan. yea!!!!!..... dari bulan 11 lagi dah plan ngan mak, nak balik bercuti kat kampung dia seminggu ni... so, awal2 lagi mak dah book cuti seminggu.. mesti best bercuti ngan mak ni.. our plan was, take bus to Terengganu, spent few days there, and go to Kelantan visiting relatives, and holidaying. muahahha... ( ok, suddenly adik bongsu aku nak ikot )

so, IM AWAY about a week.. next entri kite citer how this date turn out well yah...??



:::: in ma excited, im halfly sad, leavin u alone.. take care.. i'll b super fine. i got my angel by my side. ='(   

Wednesday, November 16, 2011

_ Badminton @ Dewan Kuarters KLIA _

amboi..... baik nya ref ni... yang kalah pon dia bagi menang ni. hhahahahahaha........ actually, ngangah and adik datang cni tiap2 mgu main badminton. angah dah book court. ntahlah, tibe2 malam ni rajin plak aku rase nak ikot sekali. aku ni tak pandai sangat main badminton. setakat pkol2 biase tu boleh lah. tapi kalau nak bwat skill, nak smash2 ni, memang ke parit lah..






aku tau yang diorang ni memang giler main badminton, maklumlah, tiap2 hari main, sampai aku ngan mak dah panggil diorang "atlit", tapi tak sangke yang diorang memang main sungguh2. terharu plak. haha. tibe2.


benda yang diorang memang suka, kita dapat tengok lah diorang sungguh2.







aku pegi ni bukan setakat duduk tengok je tau. main jugak 2,3 round. tapi time aku main takde sape nak tolong ambik gambar. lagi satu aku main tak lah macam diorang. hahhahaa.. tapi yang paling aku suke, berpeluh. rase ringan badan. spent quality time dengan family. tu yang paling bagus sekali.

_ HiTea Secret Recipe _

tadi pegi bank. uruskan hal mak. pastu pergi Guardian. beli barang nak bawak balik kolej. tibe2 mak ajak pegi makan kek. bab2 makan ni, memang faveret aku. hee...


kiri tu, creme brulee cheese. baru tau. sebab tu aku try. mak punye, chocolate cream cheese. dua2 pon sedap. tapi aku punye tu lagi tiptop. tak menyesal lah ambik risiko try kek tu. cakap pasal kek secret recipe, rasenye lebih separuh dari semua jenis kek diorang aku dah rase. tiramisu, indulgence, black forest, white macadamia, mango delight, chocolate cheese, blubery cheese, ntah lah.. macam2 lagi.. aku tunggu dia bwat kek belimbing plak lepas ni. harap2 lah.. sebab aku suka sangat makan buah belimbing.





suke nye mak den dapat jasmine tea dia.



tom yam kung flat rice noodles. luar planning ni. tadi cakap nak makan kek je. hahhaaahaa.. tergoda tengok gambar kat dinding. ape daa...



i love u, mak.

u r sweeter and fluffier than the cake, mwahx!!

Wednesday, April 13, 2011

_ $core Orienteering _

next kelas outdoor, kitorang wat Score Orienteering satu Uitm. memang Terbaek lah! setiap checkpoint dah di susun oleh alumni, memang diorang main hujung2 jer, macam nak bergaduh punya jauh. mula2 ingatkan berkapel2, upenye sorang2 plak.. HADOI! cam biaselah, sebelum kelas, mesti che Syam bg briefing lu. antaranya, rules kitorang wat xtvt nie, tak di benarkan bercakap dgn sape2 pun, no cell phone, and no riding. tak kesahlah tumpang orang naik moto ke, kete ker, basikal ke, semua DISQUALIFIED. sebelum start, semua orang akan dapat satu peta. kita tengok kat master map setiap checkpoint yang dia dah tanda, and mark kat peta yang ade dgn kita tuh. so, lepas tuh, ade 1 jam 1/2, nak pegi kat 9 checkpoint tuh. memang tak ah kan. aku dapat pegi 6 jer. itupon dah separuh mati aku lari and cari. memang kaw2 alumni kenakan kitorang. checkpoint bukan main lagi atas2 bukit je semua. sayang sebab time aku ngah cari2 tuh, takde sape yang bleh tolong ambikkan gambar, kalau tak boleh tunjuk kat korang checkpoint2 yang memang jauh sangat2 tuh. then biler dah sampai, kena pulang balik control card yang kitorang pergi tanda setiap checkpoint yang kitorang singgah tadi. markah kira kat situ lah. sape pegi checkpoint paling susah, dia dapat markah tinggi. aku pegi 6, tapi dapat 140. tapi ade budak yang pergi 8, cume dapat 125.
1 jam 18 minit je taw. haahhahh.... kurang satu jam stengah. kalau aku nak habiskan pon, stil tak sempat jugak. so, cukup2 lah tu...


budak lelaki 8 orang berjaya habiskan semua chekpoint. perempuan sorang jer, Rafidah. strategi aku salah. laluan yang aku pilih tak betul. huhhhuuu.. banyak lah alasannnnnnnnnnn......................


mira lagi kesian dia dapat pegi 8, tapi dia lebih masa. 1 minit, tolak 10 markah. bayangkan dia lambat, tak ingat lah brape minit, tapi banyak gak lah kena potong. kesian............




berdiri belakang sekali. 4 dari kiri. peserta terbaik untuk score orienteering nie. Muhd Nazrul Azril B Razlan. tahniah oi...