Wednesday, October 23, 2013

Tiap orang lain - lain. =(

salam alaik.

hari ni festime ghasenye aku nak bcerite pasal kandungan aku ni. aku ni jenis yg tak mahu, tak suka, tak berniat nak Show-Off. so, jgn ambik hati klu ade sesape yg terasa ok. aku tulis ni untuk rase hati aku sendiri je pon.

sedia makluman, kandungan aku dah cecah 6 bulan da pon. so far, takde pulak cerita atau kisah pelik2. takde pon mimpi gempak2 mcm Aminah time mngandung Nabi Muhammad, atau mimpi dr mak Imam Syafie tu, sampai terang benderang satu dunia. =)

awal mngandung, alahan aku sgt teruk. usia 2 bulan mengandung, time bulan Ramadhan hari tu. ada hikmah lah jugak aku tak jadi pergi umrah bulan puasa tu agaknya, kalau tak mau aku duk lepak je kat hotel.

lepas sahur, tak sampai setengah jam, aku mesti muntah balik. dah camaner aku nak puasa mcm tu? ade yg tak muntah tapi pas zohor, perut aku dah berbunyik2, memang tak dapat tahan lah. ade jugak satu kes tu, pukul 6 aku berbuka. aku dah cuba nak tahan tapi tak boleh jugak. padahal sejam lagi nak berbuka. =( dugaan.

cakap pasal selera pulak, yang aku perasan time mengandung ni, aku suka makanan pedas2, dan panas2. tak panas, tak selera aku nak makan. bubur nasik kosong dengan kicap pun takpe, yang penting panas =) ketam masak lemas nanas lebih dari sepuluh kali aku makan dalam sebulan. kau ade??

perangai pulak, hehehehhe. mntak maap lah encik zairi.. teruk bebeno rasenye perangai aku time mngandung ni. dia balik keje lambat pun nak marah, bau busuk pun nak marah, tengok dia main ps pon marah, dia baca buku pun marah. pendek kate semua kau nak marah. nak harap dia berkepit je dengan aku 24 jam. mngade kan? aku pon marah dengan diri aku sendiri. bila aku tanye org, diorg cakap " biase lah... pembawakan budak" lau cmtu, aku pikir, kalau mngandung 5 kali, tanggung azab 5 kali lah suami aku. hahahahah.

 kalau dapat yang macam ni aku terima..


tp hari makin hari, aku kena la bnyak bertenang, bnyakkan mngaji, berzikir, berdoa untuk anak ni. so bila hati dah tenang, perangai pelik2 takde dah. ape aku nak makan, insyaAllah dia akan cuba cari. mane aku nak pergi, dia akan bawak kalau takde masalah ape2. kalau mntak sapukan minyak, atau urut2 tu, muka nampak jugak lain. maklumlah, festime dah 28 tahun hidup nak buat mcm tu kan. sorry lah encik asben.


 tapi kalau dapat yang macam ni pon aku terima jugak.
 sebab tak tau "jin" Abi dia kuat ke tak. hahahah


series aku cakap, memang aku terasa sangat2, semenjak mngandung, rezeki aku sangat murah. macam2 benda and perkara baik jadi kat aku. alhamdulillah. semoga anak ni terus bawa kebaikan dalam hidup kami, keluarga kami, dan agama kami. InsyaAllah. 

p/s : makluman, jantina bayi memang tidak akan diketahui sehingga dia selamat jumpa dunia. =) seprais!! sorry lah doktor, kami taknak tau.





Sunday, October 13, 2013

seriesly, bukan senang nak ikhlas.

Nak ikhlas bukan senang.

Aku tak cakap pasal korang, tapi diri aku sendiri. Tiap kali kita buat something, dalam hati mesti ade terdetik. Kita semua tau dalam diri kita ade Qarin kan.





Qarin ni syaitan pendamping, yg kita boleh ibaratkan kembar kita. Rapatnya dia dengan kita sampailah ke mati. Dialah yg bisikkan rasa was2, rasa tak puas hati, buat marah kita membuak2, dan ape2 jelah yg negative dlm diri kita tu. So, sebab tulah Allah datangkan malaikat untuk seimbangkan rasa dlm diri kita untuk selalu dorong pda kita, bisik pada kita, jadi pendinding ntuk kita buat baik pulak. Terpulang pada kita lah nak bela Qarin atau Malaikat kan…???



So balik soal ikhlas tadi, Qarin ni memang selalu akn buat kita rasa tak puas hati dan tak seronok bila kita buat baik dengan orang lain. Kat situlah timbulnye soal tak ikhlas tu. Sebab tu wujud pulak perkataan cepumas MENGUNGKIT.



Pry will never exists in sincerity. Lepas buat apa2, kena selalu pesan pada diri “ aku ikhlas, tak harapkan balasan” tak kesahlah dalam ape kes sekalipon. Same ade hari ni kita tumpangkan orang, bg orang makan bekal kita, pinjamkan barang kita, atau ape2 jelah. Ini tak, elok hari ni kau bg orang tu makan bekal spaghetti carbonara kau, esok kau mngharap dia belikan starbucks jugak ntuk kau bila kau nampak dia minum yee. Not good, not good.



Buat apa2, biarlah lapang dada, pikir mcm ni je. Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, dibalas jahat. Or else, kalau dah rase memang jenis berkire dan payah bebenau nak ikhlas, latih diri cmni. Kalau org tak mntak, jgn kau mandai2 nak willing lelebih. Takut kang kau pulak tak puas hati sendiri. Then, kalau rase memang tak boleh nak buat ape je yg org suruh atau mintak tolong, terus terang je cakap tak boleh. Takyah esok lusa kau nak mngungkit. Elok2 belah kanan dah berat sebab niat murni kau dah tercatat, jadi ringan balik sebab dah kena catat yang belah kiri pulak. =(



Memang….. jgn tipu aku, berapa banyak bnda dlm hidup ni kita belajar ntuk ikhlas. Ikhlas kerja, ikhlas beri bantuan, ikhlas senyum, ikhlas berkawan, ikhlas menegur, ikhlas bermadu, eh. macam2 lagi lah. Pendek kata, buat semua bnda memang nak kena ikhlas, kalau tak tak berkat lah.



Same2 lah kite berdoa Allah bg rasa cukup dalam hati kita so kita hidup kat dunia ni tak berkira dan tak habis2 tak puas hati dengan orang lain. Amin.

Friday, October 11, 2013

Barakallah Zulhijjah =)

Assalamualaikum wbt.



Aku nak citer sket, nak ambik port ke tak terpulanglah.



Lately, mak aku tiap2 pagi takkan terlepas program tanyalah ustaz/ah kat tv9 tu tiap2 lepas subuh. So, aku yg kebanyakan masa tak join dia ( tdo le tu.. ) akan dapat info2 bile dia cter kat aku plak kemudian.



Bebaru ni, sempena masuk bulan Haji ni, program tu bnyak lah citer pasal Zulhijjah ni. Sedekah, Qurban, Aqiqah.



Ade satu bnde yg baru je aku dengan mak discover, rupa2nye, 10 hr terawal bulan zulhijjah adalah SIANG HARI YANG PALING BERKAT. Kita semua maklum 10 hari terakhir Ramadhan ( Lailatul Qadar ) adalah 10 malam yg paling berkat kan? So 10 hr awal Zulhijjah pulak adalah siang hari yg paling berkat. Berapa org dah tau perkara ni angkat tgn sekarang??



Huhu. Jahilnye aku selama ni. Tapi takpelah, dah adat kite berguru atau belajar pun, memg dr tak tau kita jadi tau kan. Klu dah tau semuanya, kita lah yang akan jadi guru pulak. Lol. =)



So, nak dijadikan cerita, aku dgn mak pon berusaha sedaya upaya make sure 10 siang hari terbaik ni berbaloi. Mak siap puasa dr 1 zulhijjah oi. Aku memang tak larat la kan… so guys, ape yg kite same2 boleh buat, bnyakkan mngaji, solat2 sunat, berzikir, dan selawat. Semoga setiap ape yg kita lakukan, terkesan di pandangan Allah. Nak sebuk pandangan org buat apa, bukan dia tentukan syurga neraka kite betul tak?? =(



Hidup ni series singkat sangat. Aku bile pikir balik pon, tak sangke dah besar, dah keje, kawen, nak dapat anak dah pun. Tapi aku piker ape yg aku ade dlm hidup ni, senang ke aku kemudian nnt?? =( Astaghfirullah Al Azim. Selagi boleh kejar amal yg kecik2, sikit2 tu, kite same2 lah kita kejar ye. insyaAllah, kita jadi org yg sentiasa beringat.

Saturday, September 21, 2013

kalau dah jodoh tak kemana jua =)

salam. selamat sore.

sekarang ni bulan september. semua org tahu kan?
aku tengah training dengan MAB tak ramai yang tau kan? muahahaha

tak sangka rupenye boss decide hanta kitorg (segi astana ) staff training dekat LCC sementara klia2 tu delay nak bukak.

i was like "WAT...??? IM GOING BACK THERE? SERIOUSLY? SHIFT 2 HARI, 2 HARI?"

Balik pon kepoh2 lah dengan hasben nak training dgn MAB ni, same syif keje dengan dia so mase same2 makin banyak. KONON. ( siap huruf besar tu ) hasben pon cakap , dah berhenti MAB pun, at last balik ke sana balik.



last2, dia pulak kena duk opis hour kat Lost n Found tu. punah segala harapan nak gi keje balik keje same. restday offday same. tp mcm dia ckp lah memula dulu, apa yang Allah tentukan mesti ade kebaikan dia. mcm mane yg kita nak tp Allah x bagi mesti ade sebab.

sekarang aku duk training kat syif Alpha ni, rasa takde bnyak sangat perubahan. skop kerja tu same jee. sebelah mata je nak jawab soalan passenger. eleh. kecuali staf yg dah makin ramai ni jelah yg lain. dulu time aku kerja, satu syif 3 org je. time tu kalau nak ot, memang sampai tak ingat dah mane syif sendiri. kaya mak.

aku harap semuanya berjalan lancar sampai lah hujung tahun ni sebab al maklumlah aku ni sekarang berbadan tiga. eh? (telan air liur jap ) hahahahahha, propa je ni....

tak naklah sakit2 teruk sgt ke ape ke, memandangkan morning sickness aku sekarang ni BOLEH TAHAN kate ko.... harap Allah mudahkan segala urusan aku dekat sini sebab alhamdulillah aku diterima baik kat sini. rezeki aku. =)

"bekerja dan berusahalah lah kita seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beramal serta bertakwalah kita seolah2 kita akan mati esok hari"

barakallahu fikum =)




pastu tetibe aku teringat kat gambar ni time keje kat cni dulu ngan minah sewel ni.

Wednesday, July 10, 2013

happy makan2 at Ramadhan =)




selamat mnyambut Ramadhan ntah kali yg ke berapa pon tak pasti =)

basically, first time celebrating fasting month with le husband and new big family =) le husband la sangat kau! puihh. hahahahahaa

yang best bulan puasa ni ape tau. boleh mkan sedap2. bukanlah maksud aku kalau tak bulan puasa makanan tak sedap tapi sekarang ni mmg lain mcm sket selera dia.

takyah tengok org lain. ambik mak aku sudah. kalau hari biasa, nak masak brekpes awal pagi pon bekire2. nak senang masak sekali ngan lunch jeee. tapi bulan pose ni kau, fesday sahur dah berhidang mcm nak berbuka. walaweh. tak tahan nengok pepagi buta dah gulai tempoyak ikan patin, sayur campur, ikan goring, sambal kicap, hahaahahahahahhaah.

ok kawan2, kejarlah pahala sebnyak mngkin yg boleh dan anggaplah ni semua peluang dan rezeki sebab masih hidup. jeng jeng jeng. kalau dah mati memang tak dapat buat apa dah.

lagi satu, belanjalah sepuasanya di bazaar tu nak beli ape pon. sebulan je setahun kan. ape salahnya. yang penting memang habis makan dan tak membazir. sebabbbbb, kalau aku cakap beli berpada2 dah tentu korg taknak dgar cakap aku punye.. so sesame lah kite makan2 kat bulan Ramadhan ni. =)

tak salah kalau makan bnyak, tapi amal pon banyak. kannnnn. yang salah tu makan je bnyak, tapi amal langsung takde. ngumpat je bnyak nak buat apeee. =(

saje nak bgtau, first Ramadhan is my birthday this year 10 julai. tengkiu pada semua yg dah wish, belikan hadiah, belanja makan awal2, much appreciated =) mostly yg hadiahkan wallet Harrods tu, wo ai ni.

peace yall.


Monday, July 1, 2013

salam takziah.

~~bertemu dan berpisah
adat manusia biasa
hilang di mata
tapi di hati tidak lupa.~~
 

subhanallah. sesungguhnya hidup mati ditgn Allah SWT.
Sekalian pun maklum pemergian seorang sahabat, saudara, abang, anak dan suami baru2 ni. Takziah kepada Umi Laila sekeluarga atas peninggalan anak lelaki kesayangannya, Shahnaz.

lumrah perasaan manusia bila ada tak dihargai, hilang selamanya baru nak diratapi.

Shahnaz seorang yg straight forward, tak pandai bergurau dan easy going. kerja dgn dia tak susah dan sempoi. pernah terasa hati dgn perangai dia tapi bila lebih kenal dia, itu adalah perangai dan jenis diri dia yg sebenar. pernah sekali kami berkongsi makanan kat pantry lcc, arwah memang tak kedekut. memang betul lah Allah sayang org yg baik2 dan mereka dijemput dulu. InsyaAllah.

semoga kehilangan dia menjadikan kita lebih mnyayangi diri sendiri dan ahli keluarga yang lain.


aku betul2 berdoa pada Allah semoga hikmah sebalik kejadian ni dapat dirasai dan di terima oleh keluarganya dgn baik. amin Ya Rabbal Alamin. Shahnaz, aku ampunkan jika ade ape2 dosa kau pada aku. aku halalkan makan minum dan segalanya. aku mohon Allah tempatkan kau dekat kalangan org yg baik2.

Friday, June 21, 2013

Syaaban.

assalamualaikum selamat pagi.
 
beruntunglah kita sebab masih dpat jumpa jumpe2, dating2 ngan Syaaban tahun ni kan,. =)
 
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
 
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
 
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
 
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).


 
siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
 
 
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
 
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
 
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
 
HAAAA. TAK RASA BERUNTUNG LAGI..?? =(

Monday, June 3, 2013

gateway@klia2. =)

assalamualaikum wbt.

selamat membaca kepada semua yg rindu pada diri patik. hewhewhew. =)

okay, sebenarnya nak cerita yg start hari ni patik dah mula bkerja sebagai CS Officer di Gateway@klia2.

ok, semua org pon tau yg klia2 ni bukan dh siap pon. so aku makan gaji celik lah sekarang ni... kalau kate gaji buta cam takut tak halal plak kang. hahahahah

so MAB, sebab kau taknak ambik patik keje, takpelah. patik tak kesah. gaji patik pon lagi bnyak sekarang ( merajuk. sebab kalau boleh memang lah nak kerja dgn suami kan )


basically, sekarang ni mase induction training je. wat preparation untuk pembukaan shopping mall ni nanti. nak cter lelebih kang, korg pening plak. yelah, klia2 ni pon baru nampak tiang menara je kann.
patik cter pungpang2, langsung tercengang je kang.

Monday, March 4, 2013

selamat pulang Puan Syuhada =)

assalamualaikum wbt. selamat hari isnin.

lamenye rase tak update diary maya ni.

straight to the point, lebih kurang 4 bulan tgalkan blog, memg u ols terlepas berjuta2 cerita lah. tapi takde ape yg gempak sgt. ( if "miss" converted to "madamme" pon still x gempak lagi bg u ols ) =)

humm. kehidupan sekarang alhamdulillah. sihat dan gemuk seperti biasa. menghabiskan hari2 dengan Running Man, basuh dan lipat kain serta makan, juga mnjalani kehidupan sebagai anak, kakak, dan si isteri yg "hina". ups! hina di disini bermaksud kosong, tak tau ape2 dan tak bijak. maklumlah. saya ni buah cempedak di luar pagar. =)

harap semua sihat dan bahagia menjalani kehidupan yang ada dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT. Aminn =)

Wednesday, October 24, 2012

finish my exam

habis sudah exam ntok sem lima. i feel awesome.

Monday, September 17, 2012

sabar laa =(



manusia di sekeliling kita boleh jadi membantu atau menghalang kita dari masuk ke Syurga.

Saturday, September 15, 2012

Pan Pac Raya.










salam semua. 
macam tahun2 sudah jugak. selalunya family den mesti pergi kalau pan pac buat jamuan raya. 
tahun ni kemain awal kitorg plan nak pergi. konon taknak berebut2 dengan org. 
so dari rumah pkol 1230 dah kuar...
tapi lahaiiiiii
sampai tu pon org dah ramai. agaknya subuh2 lagi dorg dah sampai kan. 
tapi masih bnyak lagi seat kosong and kitorg tanpa membuang masa serang semua kaunter yang ade.
seghonok gila makan sebab satu hari tak payah masak hari ni.
YEA!!!! 



Friday, September 14, 2012

tahlil & yassin kat rumah =)








p/s : mak cakap sempena adik nak PMR and aku nak final exam =) tq mak.




Thursday, September 13, 2012

Flaming Steamboat Sunway.


kenyang sangat sangat lah datang makan kat sini,. pastu bla pikir pikir balik, jelas gila dengan bos dia sebab ade kedai yang maju mcm ni.... 


 dari appetizer sampai ke dessert, semua nya ada. same ade larat atau tak je nak makan ok.





hope lepas ni boleh datang lagi. betul2 fall in love lah dengan udang dia ngan mussells dia yang banyak giler tuh, awww.

Wednesday, September 5, 2012

famili kita



#our beloved family.
#kenangan last semester.
#sayang korang semua.
#jgn lupa datang rumah aku tahun depan.

beraya lagi =)

 tak habis lage beraya. =)  time ni pergi umah Adam kat Meru. budak2 ni tak cakap tak jauh sgt, tapi aku rase mcm dah ondaway balik rumah aku dah.
mak adam ni masak banyak. ada mee kari ngan kuey teow goreng. pastu ada kuih cornflakes madu yg sedap. aku jarang suka bnda2 manis ni tapi kali ni betul2 sedap.







ha, ini muka gembira ni kat umah diman ( adli safwan yg pakai tshirt itam belakang den tu ) aku rase open house ni cukup cukup cukup best sebab mak dia punye nasik ayam memang POWER! . mak dia masak 2 periuk boleh setel kot. siap masak round ke 3. dah tu goreng kuey  teow lagi sambil budak2 ni layan arsenal vs Liverpool kat rumah dia.  

kepada sesape yg nak buat open house lagi, sila2 lah jemput saya. =) terima kasih.



Monday, September 3, 2012

OpenHouse Rally

 
HARI JUMAAT. rumah Abbas. dekat je. kat sek 7, belakang UNISEL. lepas maghrib terus gerak pi makan kaw kaw umah dia ada mee kari and nasik tomato.
kebetulan hari ni aku puasa, ape lagi melantak ta hengat lah.
tak tau apa yg slack, esok aku sakit perut. lol =(
 
 
HARI SABTU. hari ni ade 3 tempat. first sekali umah family Madam Account kitorang. punye laa sampai Segambut, KL kitorang pergi. tapi memang cukup ter ter ter terbaik! ade stesen laksa, spaghetti, lontong, ayam panggang,bihun, nasik goreng, stesen air sampai 3 jenis, chocolate fountain, popcorn, susah lah nak cerita keseronokan open house ni. =) TQ SO MUCH Madam sebab jemput kitorang.
 
 
 
rumah datul kat Klang. dari pagi dia masak. takkan taknak pergi plak kan?  memang sakit pinggang aku dari kl patah balik shah alam and pergi klang.
( semua pujuk hati masing2. "raya kan..." last sem pulak tu, ikotkan aje lah )
tapi bubur durian tuh memang sedap laa..
rugi sebab roti jala dah abis. takde rezeki nak rase.
 
 
 
balik dari rumah datul sempat lagi singgah klang golf country club lepak2 ambik angin petang tengok matahari terbenam. bila agaknya dapat duk atas bukit betul2 and tengok matahri naik plak kan?
=0
lepas ni nak pergi makan besar kat umah nenek ain plak, rumah yang ke 3 laa. so bg perut rileks sket.
 
balik dari rumah nenek ain tuh, memang kenyang tak terkata. rase nye festime aku pergi sampai 3 open house satu hari.
 
 
 
HARI AHAD. ni plak time pergi umah Aizat kat Serdang.depan umah dia ada tasik, so kitorang lepak situ tenangkan perut.  gerak lepas zohor. sumpah nak patah pinggang aku. tapi kawan2 punye pasal, raye plak tu.. so takde hal laa. lagipun makaroni yg mak dia masak tu, sedap. alhamdulillah.

thanks kat semua kawan2 yg jemput dtg rumah. and thanks jugak kat semua kawan2 lain yg mnjemput tapi  tak sempat nak datang. =(


cantik bukan subjektif


Aku tak kata ape yg orang duk kata2 selama ni salah. Sebab org suka cakap cantik tu subjektif. Kerana dia susah nak dikata, sukar nak digambarkan, and cantik ada banyak jenis. Ada org suka putih, ada orang suka hitam. Ade kate Kebaya cantik, ada kata Jubah yang cantik. =(
Maksud aku kat sini, tak semua cantik tu tak boleh dikelaskan sebagai satu cantik. I mean, cantik.

Mesti ada satu benda yang semua org kat dunia ni kena setuju bahawa itulah yang cantik.
Mcm mana?  Sebenarnya perkara ni tak payah nak argue panjang2. Dalam Quran dah cakap, hadis2 banyak dah cerita. Benda yang paling cantik kat dunia ni adalah WANITA SOLEHAH . Cmon guys. Takkan korang taknak setuju kot?

Perempuan yang menjaga diri, tutur kata, perangai, akhlak dan kecantikannya, dia lah yang CANTIK. Or maybe, PALING CANTIK. And aku berani cakap, gerenti satu dunia akan setuju bnda yang sama. Yang tak setuju tu kena polish hati sket.
So bila ada kawan2 or sesape yang suka cakap “Cantik kan dia syu?” “tengok tu, cantik kan dia?”. Ataupon tengok gambar kat internet “cantik kan?” Susah aku nak jawap. And aku pon terpikir. Memang dia sengaja tepek berpuluh2 gambar dia kat internet ni untuk org tengok , comment and puji ke? Extremely pathetic laa kalau mcm tu.

Bagi aku semua org cantik. Allah jadikan semua org ade kelebihan,nur, dan aura dia masing2, terserah diri sendiri nak “tayang mcm mane”
So untuk level kita2 yang biase2 ni, pendek citer  camni lah pandgn aku. Kalau kita pon tau cakap yang setiap Allah jadikan tu dah memang cantik, dah tu kenapa pi gatai2 tgn tu nak cukur2 and buang alis kening tu? Sebuk nak tukar2 kaler rambut dari itam pegi pink, merah, kuning. Nak jugak pakai ketat2 nak tunjuk sgt bentuk bdn tu.. sebab kalau kita dah tau yang kita memang cantik, tak perlu buat semua tu pon. So kepada sesape yg buat tu.. sorry fellas, i olls rase CANTIK takkan wujud dalam kamus hidup anda.



=) Muka tak perlu make up tebal untuk nampak cantik. Tapi hati kena make up bia selalu cantik.

Friday, August 31, 2012

dah senang nak senang.


Percayalah, sebenarnya apa yang kita ada ni, dah terlebih2 cukup untuk diri kita.
Sama ada kita nak rase syukur tu ada dalam diri kita, atau tidak.
Dan percayalah kalau sesekali kita pandang and rase orang lain ada kurang dari kita and rase berbangga sebab tu, humm.. Sebenarnya kita lah org yang lebih kurang dan paling rugi.

#PremiumRush Time



PH. so boleh tahan jugak org dtg tengok wayang kan. datang tengok wayang ni sebab tak de buat ape hari ni  ( sebenarnya assignment bertimbun2 ) so, kitorang pon puasa dah jimat duit tengok wayang tak payah beli pop corn ngan air kan? tapi terliur jugak tengok org lain makan and minum. Sabar je laaa..

 
org tak ramai  untuk citer ni, so kitorang boleh bergerak dgn bebas..
 nampak tak? gambar tu bergerak kan?
hahahah =)