kitorang wat "multiple vine". ade satu tali panjang untuk pijak kat bawah, tapi ade tali2 terjurai untuk kita pegang and terus jalan atas tali yang kita ikat kat bawah tuh.
Saturday, April 9, 2011
_ Low Rope Course _
entri Low Rope Course ni patut dah lame dah update. mungkin 3 minggu lepas punye aktiviti outdoor. tapi sebab memori kamera ade makhluk haram jadah yang pinjam and wat harta and cam tak reti nak pulang, so lambatlah aku dapat gambar2 ni semua nak hupdate.
aktiviti low rope ni kitorang wat next class outdoor after ABSEILING. basically, low ropes ni aktiviti2 tali yang rendah lah. kire setiap aktiviti ni ade di dalam tahap selamat yang tak berapa perlu nak dibimbangkan.
kumpulan dah dibahagi 5 hari awal, so stiap kumpulan dah tau low rope jenis ape yang diorang nak bwat. ape2 barang yang diorang nak gune pon sumer dah setel awal2.
lepas semua kumpulan dah siap low rope masing2, ade taklimat dari en Syam dulu. then baru lah semua orang start buat benda ni. dari stesen 1 hingga stesen 7.
aku kat stesen satu. kitorang punye low ropes. multiple vine. memang senang, sebab tu dok kat nombor satu.
"singe loop". yang paling mencabar. 2 kali aku ulang kat sini. tapi nasib baik tak terjatuh cam aten. susah wooo nak bergayut kat tali2 tuh and pindahkan kaki satu2 ke loop lain sampai hujung. ni stesen 2 kalau tak silap.
stesen 4. "chicken walk". sebelah kaki jalan atas kayu, sebelah lagi jalan atas tali.. memang jalan senget2 cam ayam..
stesen 5. "high postman walk". basically, yang ni senang jer, yang watkan dia adventure sket, sebab jauh. and kat tengah tu plak ade lopak lecak. kalau jatuh memang best lah.
stesen 6. "forward tension traverse". ade satu tali kat bawah untuk kita jalan, and ade satu tali yang diikat dari atas, pastu bia dia terjurai untuk kita tarik tali tu tegang2 sambil kita jalan ke depan. agak payah. tapi tak sepayah loop tuh.
stesen 7. "leopard crawl". cantik plak benda ni duk kat stesen hujung sekali. memang terbaek lah. ade dua tali kita ikat sejajar dengan jarak tak berapa nak jauh. agak2 sedap nak letak bahu. then, kepit kaki kat dua2 tali tuh, and tarik badan so that kita move ke depan. memang hot lah kau punye ketiak and betis kan. time ni aku halau semua budak laki yang ade kat situ and tak bagi diorang pandang. segan giler kot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment