Friday, January 20, 2012

Kalau Itu Takdir Nya. Noktah.

Assalamualaikum wbt.

payah betul aku cuba nak lupa perkara2 yang keep bothering aku 2,3 menjak ni. and memang aku dah tau takkan reda dalam mase terdekat ni.
aku rase memang aku dah push the limit habis2an nie. susah sebenarnye kt nak let go things biler sbnarnya hati kita paling tak nak kita buat macam tu.
macam kita nak keluarkan paku yg dah tertanam kat dalam kayu, nak korek balik dari permukaan dia sampai ke dalam. memang kita akan berjaya, tapi for sure tgn pon dah sakit2, bercalar2 and tak cantik lagi. so, itulah harganya kejayaan cabut paku tadi. pedih walaupun at last suka.

Sepanjang tempoh ni, banyak perkara aku sedar. aku start nampak kenapa perasaan2 macam ni selalu datang kat aku. biasalah, remaja, darah muda, selalu exposed kat benda2 dunia and persekitaran. even at first place lagi aku dah di ajar mane betul, mane boleh buat, mane yg salah.

Tiket nak masuk syurga kita dah pegang kat dunia ni atas nama umat Muhammad, tapi sebab bisik2 Syaitan, susah payah pulak kita tempah tiket pegi neraka. Ironi gila.

manusia jatuh cinta. tahun pertama, memang sangat heaven, rase macam ketagih dadah. tahun kedua, rase tu tukar macam rase terikat, konon ade tanggungjawab. tahun 3, 4 dengan tak sabar, kurang pengetahuan, some relationships meets the end. for sure.
“Love begins with a smile, grows with an embrace, & ends with a teardrop, if it's not for the sake of Allah”

Yang paling best sekali, benda ni duk berulang2. so cuba pikir, kenapa kita mesti nak rase keinginan ni?

kenapa kita nak mencinta dan dicintai?
kenapa nak rase sedih gila kalau org yg kita sayang tinggalkan kita time kita rase paling perlukan dia time tu?
kenapa kita nangis bile org lain pergi atau mati?
kenapa orang tetap nak belanja ribu-riban beli brg kosmetik n bnda mahal2 nak nampak bergaya and cantik?
kenapa kita nak ape yang kita rase tu kekal, sayang yang tak berubah2, sampai bila2.

sebab sebenarnya kita tak dicipta untuk hidup kat dunia ni pon. Natural kita tak benarkan kita kekal dalam dunia ni. kita memang akan dapat rase yang kekal, perasaan yang kekal, tapi bukan kat dunia ni. tapi kat dunia selepas ni. so tak gune kita mencari and berharap gila2 kat dunia sekarang ni.

Jgn salahkan diorang sebab tgalkan kita kat dunia ni. jgn salahkan diorg sebab tak ambik berat pasal kita lgi. salahkan diri kita sendiri. kalau kita dok atas dahan and tbe2 dia patah and kita fell off , kita nak salhkan pokok ke? kalau kita letak satu pasu kat umah and tbe2 satu hari dia retak and pecah ke lantai, kita nak salhkan graviti ke?

salah kita sebab terlalu bergantung pada orang. kita biar dia rase ape yang kita harap, ape yang kita nak, thats y kita yang tanggung akibat dia. sepatutnya berharap pada yang satu je. pada Allah.

kalau kita ade kawan, jgn pikir kawan kita boleh turut semua kehendak kita
kalau kita dah kawen, jangan pikir pasangan kita boleh penuhi semua keinginan kita
kalau kita dalam cinta, jgn bertindak lebih2, sebab Dia yg bg, and biler2 mase Dia boleh tarik balik.
kalau kita ingat kita ni cantik lawa, hot, cun, pikir balik sebab Allah yg bg tu semua. kalau Dia nak bg sumbing, cacat, buta pon sekelip mata je kan. Nauzubillah.

Everything flows from Him and goes back to Him. Kita memang tak boleh nak ubah. titik.

: terlalu susah untuk aku nak dominan dengan dunia ni. series seram.



CRED : iluvislam.com


No comments:

Post a Comment