Seseorang yang
sentiasa bergurau senda di hadapanmu, ketahuilah bahawa dia seorang pemurung
tatkala sendirian. Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang
retak seribu. Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu, Ketahuilah
dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya. Seseorang yang
ketawanya menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang mambalut luka
di dadanya. Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu, ketahuilah dialah
insan yang jarang mendapatkannya. Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan
fikirannya, ketahuilah dia seorang petapa setia yang tidak mampu bersuara
tatkala bersendirian.
please HATE no one!!
ReplyDelete