Pernah suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril
kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa
berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un
al-Ghazi. Dia guna kulit unta time berlawan memang mudah tewaskan
musuh. Kalau dia haus time berjuang, Allah terbitkan air yang segar di celah-celah
giginya dan ketika lapar, allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.
Puak Kafir sangat memusuhinya dan akhirnya
memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un
sedang tidur, isterinya ikat seutas rantai besi dan cuba sebanyak dua kali, namun
kedua-duanya gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah.
Tapi sebab Syarm'un ni tak tau, dia dedahkan rahsia kekuatan diri dia.
“Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku
kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan
sehelai rambutku!” Dedahan ini perangkap diri dia. dia tidak dapat
melepaskan diri apabila dikat dengan sehelai rambut. Kesempatan ini diambil
oleh musuhnya menyeksanya sebelum di bunuh. macam2 seksaan dilakukan pada
Syarm'un. matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada
sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah bagi kesempatan kat Syarm'un ni supaya memohon perlindungan so Allah pun perkenankan doa dia yang mintak supaya dia dapat goyangkan tiang rumah biar roboh and menghempap semua musuh yang ada. So semua yang ada dalam rumah tu terbunuh termasuklah isteri dia yang jahat tu sekali.
And nak jadi cerita, badan Syarm'un pun jadi cergas dan elok semula. so sebab rase gembira dan kekuatan iman dia yg sgt luar biasa, dia pun berpuasa hampir 1000 bulan sebab Allah dah selamatkan nyawa dia. Rasulullah and para sahabat semua sedih and terharu gila sebab even diorg tak dapat buat macam tu. Aku harap aku diberi kesempatan nak lawan malas2 ni dalam sisa baki Ramadhan yang ade ni. Amin
No comments:
Post a Comment