Sunday, June 29, 2014

selamat Ramadhan



RAMADHAN DATANG LAGI!!!

Seronoknya Subhanallah. Bersyukur sangat sebab panjang umur, murah rezeki sampai boleh berjumpa ramadhan lagi.

ramadhan kedua sebagai isteri, tapi pertama sebagai umi. alhamdulillah.
Battutah pon bangun pagi2 time sahur. =)

teruja kan segala pintu2 neraka di tutup dan segala amalan dikira berganda2. Allahu Akbar.

semoga Ramadhan kali ni membawa makna yang lebih lagi dari ramadhan sebelum ini. InsyaAllah.

seronoknya nak bersahur, tarawikh, berbuka, tadarus.. =)

LETS PREPARE OUR MIND, BODY AND SOUL  

Wednesday, June 25, 2014

they growin up tooooo fast =(

salam alaik.

hari ni takde bahan sangat nak cerita. so belek2 gambar kat fon tadi, dr awal ambik gambar Battutah sampai la hari ni muka dia dah berubah sangat2.

bila pikir2 balik. bulan 2 hari tu beranak. habis pantang bulan 4. pastu masuk keje. kenduri aqiqah bulan 6. tibe2 dah nak puasa n raya. Battutah pon 5 bulan dah =)

cepatnya masa berlalu. kalau boleh nak Battutah maintain jadi baby jee. comel, wangi, merengek2..

mula2 pandai senyum. pastu mulut dah berbunyi2, pandai pulak asyik nak berdukung je, skrg dah pndai nak berguling2. geramnyeeee.

satu lagi masalah aku ni. pantang kalau Battutah tu tido, aku mesti nak kacau. eeee. geram betol tengok dia duk comel2 tdo kannn.









cepat sangat la dia besar... =) 

Wednesday, June 11, 2014

Senggol Senggolan Cubit Cubitan

salam siang.

selamat sejahtera pada non muslim.

tajuk hari ini adalah : Aku pegang Ko. Ko pegang Aku. =(

Mungkin pada zaman ini, abad ini masa hari dan musim ini, sentuh2 dan tepuk tampar kalangan laki pompuan, rakan sekerja, dah jadi macam lumrah. kannnnnn tapi yg aku nak bebel ni terlebih and terberat pergi kat kaum pompuan lah sebab org pompuan ni yg lebih sinonim dalam hal2 jage maruah, jage kehormatan.

tapi hakikatnya ramai jugak yang tak sedar, that kind of attitude shows what your inner side looks like.
ntah lah. susah sgt rasenye hati aku ni nak terima bila kawan2 laki and pompuan ni sesuka hati je tepuk2, geletek2, cubit2 sesama sendiri walaupon depan org ramai, mane pergi segan, malu dan harga diri?

cube kite pikir. kalau depan org pon dah berani dah pegang2, habis tu belakang2 berani buat apa??

Allah... malu lah sikit. segan lah sikit nak jual murah sgt mcm tu. kita org pompuan ade harga diri, ade maruah, ade air muka nak kena jaga. ( even kita belum kahwin, kite bawak air muka mak pak kita )

dahtu pulak, kite ni tak segan2 nak bertepuk tampar dengan jantan ( jantan lah aku panggil sebab kalau dia betul2 lelaki, dia xkan merenyam and bodoh mcm tu ) siap boleh ckp yang tak friendly, terlalu kesah dengan bnde2 macam tu dengan kawan2 ni KOLOT. amboi...

kire org zaman millenium je lah yang moden, trendy. elehh.

meh sini nak bgtau satu benda. esok2 bila kahwin, kalau org lain buat kat suami/isteri mcm tu. duk tergedik2 cubit2, pukul2, jangan time tu nak kata si suami/isteri tu tak reti nak jaga air muka ok? wat u give, u get back.

lastly, org pompuan ni macam epal kat atas pokok. epal yg elok akan duk tinggi atas pokok. epal yg tak elok/busuk akan duk bawah dan gugur. org laki yang tak bersungguh akan petik je buah yang kat bawah ataupon yang gugur tu sebab diorg malas nak usaha lebih. dan hanya lelaki yang sungguh2 dan kuat akan usaha untuk petik epal kat atas tu. ( sekian kiasan epal pada hari ini )

semoga kita, keluarga kita, rakan2 kita tak join lah group tergedik2 ni. aminn.

Saturday, June 7, 2014

Battutahs First Flite *wink wink*

 ondaway dr kul - pen. rilek je dia dah mandi and mnyusu awal2. 

tibe tengah2 jalan menangis plak adoi. riuh satu kapal. cepat2 buat susu, terus sumbat =) 


  ondaway pen - kul.
Abi pon dah keletihan kenduri kawen punye pasal. = ( 



  dah kena tukar baju pulak sebab muntah banyak kat airport time flite delay tadi. 



 ni je yang senang pon. asalkan merengek3 sumbat susu kasi tidooo

so far pengalaman pertama naik flite bawak baby ni memang best lah.

org tepi2 mesti tanya lah nama baby ape, brape bulan. pastu main agah2 dengan dia.'
kebetulan pulak Battutah ni jenis selamber dek je ngan sesape pon.
pastu x meragam jadi x susah sgt nak pas2 pada org lain pon. =)

tapi cm biase lah, kain lap, pampers, baju extra, sabun syampu, susu air panas semua kena ada.
Battutah kalau terus2 baik cmni, ada can lah nak holiday hujung tahun ni. yehuu.

Tuesday, June 3, 2014

Tahniah =)



kerja baru.
tempat baru.
kawan baru.
dan dan dan
GAJI BARU. ALHAMDULILLAH. =)

Semoga sukses dunia akhirat. 

rezeki Battutah tapi Allah salurkan pada awak. 

p/s : Battutah dah pesan lepas jun xnak susu Anmum dah, dia nak Friso Gold. heheheh. 



Thursday, May 29, 2014

sembang petang (*.*)



salam alaik.

pepetang yang hujan ni, terasa nak membebel la pulak. =)

topik hari ni pasal 'MUHASABAH'.

Muhasabah diri la kan, ape lagi. sebenarnya, aku sangat setuju yang kita sebagai manusia bodoh ni, patut muhasabah diri setiap hari. diulangi, SETIAP HARI.

hari tu aku tengok BERSAMAMU, pastu menitik2 air mata aku. kesian sangat kat org yg kurang mampu dan kurg senang mcm kita ni. kta ni semua makan cukup, tidur cukup, pakaian cukup dan terlebih2 cukup pon ade.




so kite kena la selalu muhasabah diri kita ni bila Allah dah bagi kita senang, mampu, sempurna, tanpa sebarang cacat cela. bayangkan org lain yang takde tangan, takde kaki, takde mata pon ada. tak boleh nak tengok satu dunia ni mcm kita. Subhanallah. cuba la pikir. kalau takde mata, mcm mane nak facebook2? mcm mane nak insta2 bagai, ape lagi nak jalan2 tengok bunga sakura kat korea lah, kangaroo kat aussie??

so bersyukur lah banyak2. tiap2 malam sebelum tidur, banyakkan berfikir pasal nikmat yang Allah bagi.
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita. i mean, dah tercapai matlamat ke, masih jauh, atau memang dah tersasar jauh?

ada pulak geng2 yang suka membangga diri. apesal? malaikat kelas apa yang damping kau sampai nak membezakan sangat kau dengan org lain? mati nanti, kau pakai kain kapan emas ke? so please lah. membangga diri sangat dah tak relevan dalam dunia yang semua org bijak pandai nak berpikir sekarang ni.

apa yang kau ade, walaupon sati inci kulit jari kaki, dan satu gunung emas sekalipon, semua hak Allah. sekelip mata Dia nak bagi, lagi laju dari sekelip mata kalau Dia nak ambik balik =(

hari ni org makin pandai2 dari kita, kita rasa tak puas hati. tapi kalau ade pulak org yg lagi tak pandai dari kita, kita ejek pulak. so nampak x? hati sendiri pon x dapat nak control and puaskan, so jgn sesekali nak criticize org lain untuk penuhi cita rasa kita .. not good, not good.

bersyukur dengan apa yang ada dan rasa sangat puas untuk segala yg kita miliki sbnrnye secara otomatik buat kita positif dlm hidup. takde lah sebuk nk berlawan dengan jiran sebelah, kawan2 opis, sedara mara. klu yg lg teruk tu, antara adik beradik pon nak lawan rumah sape lagi cantik. adoiyai.

pendek kata, walaupon dah banyak aku membebel kan, muhasabah diri hari2 pon x rugi. selalu pikir hari2 ape yg kita ade, kita miliki, kita hargai baik2. ade anak, anak yg sihat. ade suami, walaupon gemuk, tapi masih pnjg umur, ade kereta walaupon buruk. tapi masih boleh bergerak. nak comparekan dgn org yg takde semua tu? Subhanallah.

Friday, May 2, 2014

klia2 Punya Cerita. =)


salam 1 malaysia. cewah.

bermula lah kerja baru yang basically same je dengan kerja lama. acaneer tu.
doesnt mean takde perubahan walaupon skop kerja sama.

kawan2 lain, boss dah lain, parking pon lain, yang penting, unipom pon lainnn. hahahaha.
sekali sekala perasaan macam jadi peguam syariah pon ade pakai baju berblazer2 bagai ni. hoh.

so, rutin kerja dah bermula, memang menggelabah sikit lah nak susun dengan anak lagi, suami, dobi, urusan rumah tangga, bil2, beras susu gula tepung, eh. macam2 pulak.

ape yang penting, rezeki tu, semuanya Allah bagi.
nak besarkan anak dan suami bukan satu tanggungjawab mudah. hehehe. sebab Umi nya dah memang
besar. =(


dengan mak iti. ( Battutah punye 2nd mak ) =) 




Sunday, April 27, 2014

we ols love u lah, Mak!!

Selamat Hari Jadi kepada Bonda tercinta.
 kitorang adik beradik tempah lunch buffet kat restoran 360 KL Tower tu.

kitorang semua kalau boleh memang nak bagi yang terbaik untuk mak. honestly aku pon sebagai anak, sape yg taknak bagi bnde yg bagus2 untuk org tua dia kan. kalau aku ni banyak duit, jangan kate hadiah mahal, private jet pon aku nak belikan untuk dia. bagi dia rumah, bagi rantai emas, cincin, tanah berekar2, semua bnde lah nak bagi. tapi apakan daya, den tak mampu. so aku mmpu doa semoga mak dirahmati Allah, masuk syurga dan jadi dahan tempat kami anak2 nak berpaut untuk mengahadapi Sirat nnt. InsyaAllah. =)



Family Angah


Family Kakcik


Mak ngan Adik


My Big Happy Family


Family Along

Makan pon boleh tahan, view pon cantik boleh pusing2 sambil makan. =) yang penting, mak seronok. 
dulu dia muda2 macam kita tak dapat nak merasa semua ni. jgn kate kereta, moto pon xde.
so sekarang anak2 kereta sorang satu, tolong lah senangkan hati mak ayah, bawak diorg makan angin, rileks.. dah tua2 tu jgn kita anak2 bagi masalah lagi kat diorg. 


Battutah muka redha. =( dah letih sehari berjalan ke KL Tower & KLCC.
Bibik pon dah letih dukung Afia budak gemok. 



Wednesday, April 23, 2014

Anak Umi 2 bulan =)


Abi dia tdo sebijik mcm ni..  So, who needs the DNA test? =)) 



Our first mak n anak picture together =) 




Mak Iti . 


Anak umi tolong jadi anak yang baik. tolong jgn mnyusahkan orang sekeliling. jadi hamba yang soleh. semoga Allah jadikan Battutah tangan umi dan abi berpaut untuk ke Syurga Akhirat nnt. besar harapan umi Battutah jadi org yang kenal  dosa pahala, halal haram dan umi mntak Battutah ingat yang syurga Battutah bawah kaki umi dan abi. kami sentiasa sayang Battutah. 

Tuesday, February 18, 2014

Battutah, our lil precious. =)

meet my babyboy guys, Alahamdulillah. =)

Battutah Bin Muhammad Zairi. =)
org tanye kenapa Battutah? hehehehe unik kan? Ekceli , Abi dia kan sangat2 suka membaca. so terjatuh cintalah kat sorang pengembara nama Ibnu Battutah ni. nak dedikasikan pengalaman Battutah tu dalam hidup dia kepada anak kitorang, so tu je citer dia. nak citer banyak2 pengalaman Battutah tu, memang 4 hari pun tak habis. merantau ke sana sini, jumpa macam2 orang, hadapi bnde yang ajaib. =) harap sikit sebanyak tersemat lah kat dalam hidup dia. aminn.

time keluar je dah 3.47kg. hehehehe. sakit nak beranak, memang toksah cakap lah. tapi Allah Maha Adil kan.sakit tu hilang sikit2 pastu jadi sihat sikit, pastu sihat terus and takde rase sakit ape dah. SOOO, boleh lah beranak lagi. HAHAHAHAHA.

sape taknak rezeki lebih kan. ada nak ni memang seronok. ragam memang macam2.





senang citer, PENAT TAPI BAHAGIA. =)