Wednesday, August 31, 2011

_ Selamat Datang Syawal _

ASSALAMUALAIKUM WBT.

kepada semua yang mengenali diri saya, syuhada bt hj mohd mokhtar.

selamat hari raya aidli fitri, maaf zahir batin.

maafkan segala salah silap saya yang pernah menyakiti hati sesiapa pun, tak mungkin sekali pun dalam hidup saya, terniat sengaja untuk sakitkan hati semua orang yang ade di samping saya. saya tak berniat, maafkan lah saya.

halalkan makan minum saya, dan segala hak atau harta kalian yang pernah diberi untuk saya. kepada sesiapa yang lebih rapat dengan saya, maafkanlah turun naik mood saya yang kalian terpaksa layan dan sabar.

kalian semua saudara saya, yang saya suka, dan saya sayang.

Monday, August 29, 2011

_ t@m@t r@m@dh@n 2011 _

tamat Ramadhan, aku sedih sangat. menangis2..orang lain meriah dengan persiapan raya, tapi ombak sebak yang besar datang melanda aku. aku takde kasut raya, tudung raya, handbag raya, tak ada. bukan sebab aku taknak pegi beli, bukan sebab aku tak mampu, tapi aku tak rase aku perlukan semua tu sekarang ni. bantulah aku Ya Allah. hilangkan segala rasa sebak, sedih, yang ada kat dalam hati aku ni..

" Ya Allah, aku mohon Kau limpahkan segala keberkatan kepadaku di dalam bulan Ramadhan ni. ampunkanlah segala dosa2 ku, dosa kedua ibu bapaku, adk beradikku, guru2ku, dan org2 yg tlah berbuat baik kepadaku. masukkan kami kedalam syurga mu Ya Allah. aku berharap agar ini bukan lah Ramadhan ku yang terakhir, tapi kalau sebaliknya yang Kau tentukan untuk aku, aku mohon sangat ya Allah, kau limpahkan segala kebaikan, keberkatan yang aku patut dapat daripadanya ya Allah kerana aku tidak akan berjumpa lagi dengan bulan keberkatan ni Ya Allah. ampunkan dosaku, ampunkan dosaku, ampunkan dosaku samaada yang lalu, yang sedang aku lakukan, mahupun yang akan datang, amin."

Monday, August 22, 2011

_Indahnya Lailatul Qadar_

pada malam lailatul qadar tu, aku turunka limpah kurnia Dia yang merangkumi semua mukmin di atas muka bumi ni dari timur ke barat. dan yang paling penting sekali, Nabi Muhammad SAW dah bersabda, "malam Lailatul Qadar ni diberikan kepada umatku sahaja". terharu kan? bukan senang nak dapat ganjaran untuk beramal kat malam lailatul qadar ni yang amalan nya adalah labih baik dari amalan 1000 bulan yang lain. Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. orang islam digalakkan untuk menghidupkan malam lailatul qadar ni dengan solat2 sunat, mengaji, berzikir dan berdoa diampunkan dosa oleh Allah. hari2 terakhir Ramadhan ni Ya Allah, kau limpahkan segala kurniaMu kepadaku. sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untukMu Ya Allah. amin.

lebih banyak kelebihan malam lailatul qadar ni kalau kia betul2 berminat nak tau sebenarnya. percayalah, kaum yang melepaskan Ramadhan berlalu pergi begitu sahaja adalah kaum yang teramat rugi. peringatan untuk diriku juga!! (',')

Saturday, August 20, 2011

_ T@m@t 2/3 R@m@dh@n

Assalamualaikum wbt.

kite jumpe lagi kali ni sebab nak cakap pasal 2/3 Ramadhan yang dah berlalu kelmarin. in advance, dalam pertengahan Ramadhan ni, aku dapat tambah 2 lagi koleksi Masjid2 yang aku pergi. best!!
diz is, Masjid Al-Mutmainnah, masjid kat rumah je. kebetulan minggu ni aku balik lagi sebab public holiday Nuzul Qur`an. datang solat ngan mak and nini kat sini. semayang subuh jemaah kat sini and terus hanta nini gi kerja pagi. tapi gambar tu bukan lah on dat day. aku curik kat google. time semayang subuh, alahai... lelaki dalam 10 orang je, perempuan pun 8 orang je.. tak meriah.....


yang ni plak, tak payah cakap pun dah kenal kan. Masjid Putrajaya. masjid ni memang simpan terlalu banyak kenangan bagi diri aku. dulu time abah ade, boleh kate tiap2 minggu kitorang datang sini. mak mesti masak banyak2 and bungkus lepas tu datang semayang isyak kat sini and lepak sampai malam. rindulah kat abah tibe2. ok, hari tuh, aku datang berbuka and tarawikh kat sini dengan mak and adik. memang tersangat lah seronok! dalam banyak2 masjid aku pergi, aku rase yang ni paling terbaik. dah lah orang ramai, pastu suasana dia sangat lah menenangkan hati. tak tau nak cakap macam mane. harap sangat boleh datang lagi, tapi mase tu lah, susah betul.

so, habis 2/3 Ramadah lagi. sekejap je Ramadhan dah nak habis. sedih sangat kan. aku tengok, mak paling sedih. hari2 dok cakap dengan aku. humm.. sayu hati kalau fikir betul2. Ramadhan tahun depan belum tentu sempat jumpe kite. so, hari2 Ramadhan berikutnya dah masuk tempoh 10 hari terakhir, hari keberkatan. yang ade tersembunyi LailatulQadar. same2 lah kite beramal soleh dan menghargai sisa2 terakhir Ramadhan ni. percayalah, kalau kita nampak kebaikan dia, kita takkan bangun pun dari sejadah, masalah kita adalah sebab hijab kita di tutup. cari, and rase lah keberkatan sebenar2nya dalam bulan Ramadhan ni. kita takkan rugi. InsyaAllah.


Monday, August 15, 2011

_ sedihnya.. bukan rezeki _

*macam ni punye gaye pun still tak menang lagi.


semalam, mak keje petang. aku kebetulan ade kat rumah sebb balik hujung minggu. dah tau, selalunya memang aku yang kena masak kalau mak takde kat rumah. takpe, best! i love cooking. tapi sebab aku tau ade final BWF magrib tuh, aku pon masak la cepat2 sebab nak tengok game tuh. pas asar lam pkol 5 suku camtuh, aku dah start masak. haah. aku masak sorang je... pendekkan citer, kopek bawang, basuh ayam, basuh sayur2, blender cili, so hasil pon keluar. sayur campur + ayam masak lemak cili api. then, baru aku masak nasik. ok, back to the main point, ( panjang giler pengenalan ).. aku, angah, adik, nini, memang fokus 120 % la kat game ni. first game was final for womens double. huh, China vs China. so, aku tengok je lah tak heran pun mane menang kan, but for sure rego no 1 negara diorang la yang menang. then, kitorang tinggal tv dulu and berbuka. aku rase taklah masak sedap sangat tapi banyak betul diorang makan. angah siap tambah and meratah2 lauk lagi. haha.. tak sia2 suke tengok Masterchef. ( wekk! ) pastu semyang magreb cepa2t and bwat perhimpunan balik depan tv.


ok, next game yang di tunggu2.


final mens single. Malaysia vs China. Lee Chong Wei Vs Lin Dan. memang dah tau konpem la sengit kan. kalau dua2 tak hebat cmaner bleh pegi final. ape la. tapi pendek citer lagi ni, Malaysia kalah. 22-20, 21-17, 22-20 kalau tak silap. set pertama je menang. sayang lah.. sedih sangat.. tapi dah kalah tu, kalah la kan, nak bwat macam maner lagi.. bukan rezeki. lee chong wei ade keluar statement, yang game kali ni dia paling harapkan n sebab dia nak sangat world champion tu. sedih plak. mesti dia kecewa sangat kan. takpe, u try lagi next game for Olympic k. dengar citer dia target olympic tu game terakhir dia. lagi payahlah Malaysia nak monopoli sukan badminton lepas ni..



*tak suka kau! tak suka kau!

dari peringkat awal lagi kitorang follow BWF ni. ingatkan bile Lee Chong Wei dah menang bergaya dengan Chen time semi, boleh lah memang final ni. humm. bukan rezeki. even dari time KKK ngan Tan B H stil dalam game, kitorang memang follow lah. ish, kuciwa. when last diorang kalah dengan regu Korea. adoyai.. tapi takpe, kat final pon, regu Korea tu kalah dengan China. padan muke korang! sape suruh kalahkan Koo Ken Kiat ngan Tan Boo Heong??


*dalam islam, kita tak boleh berdoa untuk orang kafir. so, Dato LCW, saya tak berdoa untuk u, tapi harap u terus sukses n bg all out performance on ur next games so u boleh menang k. sebab when u kalah, kitorang pun terasa sedih lah.. gud luck! kitorang sekeluarga memang peminat sukan tahap dewa, keep it up! ( dah tawar hati kat pasukan sepak takraw Malaysia sebab main ntah pahape time world chmpnshp kat kl baru2 ni :-'( .

Thursday, August 11, 2011

_ T@m@t 1/3 R@m@dh@n

ASSALAMUALAIKUM WBT.
pertama sekali, meh kita sama2 bersyukur sebab masih di panjangkan umur sampai hari, dan saat ini. best! best!

dah habis suku Ramadhan untuk tahun ni kan? cepat betul rasenye. walaupun aku baru puasa berapa hari je. hehhe... kat cni, nak citer sket pengalaman aku untuk 10 hari pertama Ramadhan kali ni.

walaupun dalam bulan puasa, aku tetap ade latihan army kat Melaka. 3 minggu berturut ade latihan. letih dia, jangan cakap lah. bayangkan even berpuasa, pkol 7 pagi kitorang tetap pergi jogging. even tak seteruk selalu, but still penat la kan. and summore, time latihan betul2 penat sampai rase cam nak gi tido je kat toilet, series ni, tak tipu. ( even theres one time aku gi toilet and terlelap )

cakap pasal bulan pose, of coz ade sahur, berbuka, and tarawikh. untuk 10 hari yang pertama, 2 kali je aku dapat bersahur n berbuka kat umah. sedih, kan? sikit lah.

dekat U, aku pergi smyg tarawikh kat Masjid Pusat Islam. best. dah lah besar, aircond plak tu. perempuan smbhyang kat tingkat atas. aku suke datang awal and dok baris depan sekali. boleh tengok sape budak laki kelas aku yang suke balik awal, and marah diorang esok kat kelas. hahaha... ade mase, kalau aku rajin, subuh pon aku datang semayang jemaah kat sini. best sgt, tak tipu. lepas solat tuh, rase cam nak tido terus je kat situ. sebab aircond. hehe.. tapi takut japgi kalau pak imam ronda2 ke, dia marah plak.

kalau aku balik rumah pulak, aku pegi smyg tarawikh kat Masjid Sultan Abdul Samad. name glamer dia, Masjid KLIA. masjid ni, dah jadi macam masjid tetap untuk family aku. suke sangat datang cni. semenjak abah ade lagi, memang kitorang rajin datang tarawikh kat cni. walaupon takde aircond, tapi dia tetap selesa sebab ruang dalman dia amat luas dan free air tu yang paling top. ( pernah jugak pegi tarawikh kat surau dekat rumah tu, tapi gambar surau tu takde plak dalam google, heee )


tapi, dalam banyak2 masjid yang ade, Masjidil Haram ni lah yang paling aku berharap sangat dapat pergi. seronok nya kalau dapat tarawikh kat cni kan. tambah plak dengan orang tersayang.. wahhh..... semoga panjang umur, and dapat pegi sane untuk lengkapkan rukun islam yang ke 5.

kita tengok ape jadi 2/3 Ramadhan lepas ni ye. teruskan berpuasa dengan sabar k korang semua.

Monday, August 1, 2011

_ selamat berpuasa _

Assalamualaikum semua.
Sebelum terlambat, nak ucapkan selamat berpuasa di dalam bulan Ramadhan ni. seronok sangat dapat jumpe Ramadhan semula kan? eksaited sgt nak mengaji banyak2, pergi tarawikh, berzikir, and baca ma'thurat tiap2 hari kan? betul tak? sape tak nak pahala berlipat2 ganda2 banyak2 nye.

nak kongsi dengan korang sikit :

1. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

2. "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga".

penah dengar sorang ustad cakap, jangan setakat puasa menahan lapar dari pagi sampai senja je, tapi tak dapat pahala ape2. rugi. masa siang kita masih lagi membuang masa, talking nonsense, mengumpat and membazir. kita kena usaha sedaya upaya untuk elakkan semua tuh so that kita dapat fahami and hayati Ramaadhan Al Mubarak ni. jaga solat sebaik mungkin, banyakkan bersedekah kepada sape yang mampu, dan paling penting menutup aurat dan jaga perhubungan untuk menghormati bulan puasa ni.

* Ramadhan kali ni betul2 bwat aku menangis.