Monday, November 28, 2011

Labbai Kallah Humma Labbaik.

 tak tau kenapa berdebar2. bukan nak menjemput orang tersayang pun. mungkin status yang lagi tinggi kot, tetamu2 Allah. seronok sangat tengok org2 haji balik. berkobar2 semangat nak pergi sane jugak. Tuhan je yang tau. tengok diorang semua menanges2 time baca doa terakhir, aku tak dapat tahan air mata jugak. huhu... mak cakap, selalu tekad dalam hati, InsyaAllah dapat sampai sane.

 ok, bek to reality. kitorang ni menjemput kawan mak. yg depan ni Cik Ros. belakang tu laki dia, pakai spek, kopiah putih. seronok je muke2 diorang semua.. jeles. Cik Din, kawan baik Abah. even Abah dah takde, dia stil baik dengan keluarga kitorang. dok Shah Alam. kalau ade kenduri, mesti jemput. raya, tahun baru, dia mesti hanta mesej. orang dah baik dengan kita, mestilah kita balas baik jugak kan. thats y lah mak ajak aku gi kumpe diorang ni.

 saya sayang mak saya. musim2 haji, hari2 lah aku duk dengar citer dia time pergi haji dulu. pantang nampak iklan atau gambar Kaabah kat Astro OASIS, mula lah.. dia tak tau ke aku jeles sebab tak dapat nak sampai sane lagi? mak harap dapat pergi haji lagi sekali.. and umrah tiap2 tahun. dia pergi umrah bulan 6 hari tu. tapi dia teringin sangat nak duk kat sane time bulan puasa.. aku cakap benda yang same " mak tekad dalam hati, Insya Allah sampai" =)

 aku yang tolong angkat beg dari Carousel. berat giler kau. macam ade unta sekor dalam beg. tapi tak hardcore sangat ni. bagus lah pergi sane pun bukan untuk shopping. aku tengok yang lain, walaupon sorang je, beg dia sampai 3,4.
 part ni lagi best lah kan. aku pon pernah rase. dulu, mak pergi haji dalam tahun yang same abah meninggal. berdouble2 lah sedih and rindu kitorang. tengok diorang semua berpeluk2 and nanges tgu parents masing2, buat aku lagi hargai mak aku yang memang ade depan mate.

suke la jumpe ayah kau!

Sunday, November 27, 2011

Twilight ( S.A.D.I.S )

 Assalamualaikum wbt. muke suke je mule2 nak pegi layan Twilight ni. maklumlah tiket 2 hari dah booking. nak jugak aku tau ape jadi kat citer ni dah alang2 aku tengok dari awal dulu.. Kebetulan Nini balik weekend ni. pergi dengan dia. tapi kitorang tengok differ movie. Nini layan Puss In Boots. aku layan Twilight.
 lama sangat dah tgu dia tayang kat wayang tau tak. semenjak dari siri 3 lagi aku dah tgu lah senang citer. tgal final part lepas ni. teringin nak tengok dengan mak sebenarnya. tapi dah tau dia keje..

 see? tiket dah beli 2. tapi tengok sorg2 je. "cik, tengok movie sorg je ke?" "ya, kenapa?" "susah nak jumpe lah. pelik sebab selalu perempuan mesti dengan pakwe.." ELLEHH... tak payah nak pelik sangat lah... kalau aku dah kawen, aku bawak lah laki ngan anak2 aku, tapi dah kau nampak aku sorang tuh, maksud nye aku SINGLE la encik oi!!! tak pelik pon!!

seat sebelah kosong. Admit, layan movie sorang2 ni pelik sikit. coz kita totally tak boleh nak bercakap ape dalam movie kan. takkan tibe2 nak tegur orang sebelah and cakap, "sejuk nyer.... " sambil bwat muke comel ,dah konfirm partner dia buat muke pelik. tapi, kalau nak nanges, tak segan sebab takde sape kenal kite. =) so far, OK! aku puas hati. cuma, banyak sangat scene cium2. tak suke lah. tak sesuai mane mak bapak bawak anak2 diorang tengok citer ni. layan astro fes je kat umah. tengok bedua dengan bini dalam bilik. LIKE!

Tuesday, November 22, 2011

_ Harimau Muda dah tunjuk taring! Roar!!! _


kalau aku tak cakap n publish kat sini pon, korang semua rase gak dia punye seram, berdebar2, jantung nak pecah, and so on... kan??
yang pasti, aku happy sangat, with damn scream kat bilik TV kolej (small yet fun dengan semua gugurls )
and KAU DUDUK SITU DIAM2 INDON!
 
Sincere to National Football Team :  Let's not be complacent and start working slowly but steadily for bigger titles.

Well done to Kim Swee and the Harimau Muda lads. You deserved to win.

Sunday, November 20, 2011

Fesday Sem 4 MEREMPAT!

Assalamualaikum wbt.

nak luah perasaan sikit.. Sem 4 dah mula kan? sebok2 beli barang, sedih2 nak tinggal mak, rumah.. pujuk hati beria, tapi awal2 sem lagi dah tak seronok. nak daftar bilik kat kolej hari ahad sebab hari isnin sok nak start kelas dah. rupe3nye, name takde dalam senarai mane2 kolej. sedihnya.. dah macam pelarian pulak. cakap ngan akak kat opis tu. "so, kena tgu esok la ni kak, time opis bukak kalau nak buat urusan? " dia pon jawab " haah, kitorang tak tau apa2. tu semua kerja HEP. esok lah kena pegi tengok dia hanta kolej mane. malam ni duduk lah mane2 dulu". Teruknya. jahat sangat. sedih tau. plus, masalah ni ramai lagi kena kat member lain. kitorang pun menumpang bilik kosong kat Delima ni. tingkat 6 plak tu. hadoi.

sabar je lah. tak seronok tau kalau ade masalah cenggini. leceh sangat. nak jumpe orang tu, orang ni, mintak surat, pegi opis ni, leceh sangaaaaaaaaaaaat.
but watever, ape2 pun, sem 4 dah start. kena start belaja balik and pegang pen and bukak buku semula.
semangat, semangat.

:::... tak dapat tipu. nanges ingat mak.

Thursday, November 17, 2011

_Selamat Hari Lahir, Raiyan Amsyar_

Raiyan, selamat 2 tahun! Abg makin besar, makin pandai, makin hensem. cik de sayang abang. cik de tak beli hadiah ape2 la. nanti cik de dah keje cik de bawak abang pegi Sunway Lagoon k?


i love you.


Wednesday, November 16, 2011

_ Badminton @ Dewan Kuarters KLIA _

amboi..... baik nya ref ni... yang kalah pon dia bagi menang ni. hhahahahahaha........ actually, ngangah and adik datang cni tiap2 mgu main badminton. angah dah book court. ntahlah, tibe2 malam ni rajin plak aku rase nak ikot sekali. aku ni tak pandai sangat main badminton. setakat pkol2 biase tu boleh lah. tapi kalau nak bwat skill, nak smash2 ni, memang ke parit lah..






aku tau yang diorang ni memang giler main badminton, maklumlah, tiap2 hari main, sampai aku ngan mak dah panggil diorang "atlit", tapi tak sangke yang diorang memang main sungguh2. terharu plak. haha. tibe2.


benda yang diorang memang suka, kita dapat tengok lah diorang sungguh2.







aku pegi ni bukan setakat duduk tengok je tau. main jugak 2,3 round. tapi time aku main takde sape nak tolong ambik gambar. lagi satu aku main tak lah macam diorang. hahhahaa.. tapi yang paling aku suke, berpeluh. rase ringan badan. spent quality time dengan family. tu yang paling bagus sekali.

_ HiTea Secret Recipe _

tadi pegi bank. uruskan hal mak. pastu pergi Guardian. beli barang nak bawak balik kolej. tibe2 mak ajak pegi makan kek. bab2 makan ni, memang faveret aku. hee...


kiri tu, creme brulee cheese. baru tau. sebab tu aku try. mak punye, chocolate cream cheese. dua2 pon sedap. tapi aku punye tu lagi tiptop. tak menyesal lah ambik risiko try kek tu. cakap pasal kek secret recipe, rasenye lebih separuh dari semua jenis kek diorang aku dah rase. tiramisu, indulgence, black forest, white macadamia, mango delight, chocolate cheese, blubery cheese, ntah lah.. macam2 lagi.. aku tunggu dia bwat kek belimbing plak lepas ni. harap2 lah.. sebab aku suka sangat makan buah belimbing.





suke nye mak den dapat jasmine tea dia.



tom yam kung flat rice noodles. luar planning ni. tadi cakap nak makan kek je. hahhaaahaa.. tergoda tengok gambar kat dinding. ape daa...



i love u, mak.

u r sweeter and fluffier than the cake, mwahx!!

Friday, November 11, 2011

_ Nasi Minyak & Baskin _

ade kenduri kawen ni. hari ni kan 11-11-11. ramai lah nak manfaatkan tarikh cantik ni ye dak. agknye kalau buat survey satu Malaysia, ntah berapa ramai yang kawen hari ni. huhu... kenduri kat Dewan p18 , Putrajaya. mak baru balik keje malam, tidur dulu. and pas zohor kitorang pergi.






cantik pelamin dia. simple tapi kemas. tak payah sarat2, and tak payah membazir.









pas makan kenyang, kitorang terus nak pegi beli barang ntok open sem 4 nanti. Alamanda lagi lah jawabnye. ah, aku suke pegi Alamanda. ta kesahlah. banyak kenangan. korang mane tau. hu...



tadaa... dah beli barang kat Careefour, layan Baskin Robbin dengan mak.


suka keluar dengan mak. mak sporting. and lagi best buang mase dengan dia dari dengan sape2 betol tak. orang lain lagi suke lepak2 ngan kengkawan, makan2 ngan member, tapi kuar ngan mak sebulan sekali pon tak. alasan? mak duk kampung.. mak keje,bz..alah mak kau ibu tunggal, boleh lah, mak aku tak makan fast food..... kalau alasan tu yang kau nak bg, dia jadi macam tu lah sampai biler2 pon.. aku pon sayang kawan2 aku, tapi aku sayang mak lebih lagi.. even kalau tak keluar, kitorang makan roti bakar minum teh o kat rumah sambil citer2... pendek kate,mak selalu jadi priority. sebnyak mane mase kite ade, cube pkir balik kat mane keutamaan yang kite letak kat mak kite? jasa, pengorbanan, kasih sayang, sabar yang mak kite bagi, sampai kiamat pon kita takkan dapat ganti. selagi ade mak ni.. ingatlah. kalau takde nanti, nanges 4 hari pon tak de gune lagi.


::: asal emo sangat ni? dah nak bukak sem, sedih sangat2 nak balik kolej and tinggal mak.... humm.. patut la...



Tuesday, November 8, 2011

_ Hari Keluarga 3 dah habis _

nak balik dah..

nak citer ape lagi?

dah habis. paham tak dah habis. =(

_ Hari Keluarga Kitorang!!! _

pagi tadi dah penat main masak2. potong2 sayur, siang2 bawang, lapah2 lembu. petang ni mase bersuka ria plak.. tapi tak best sebab tak semua ade. ade yang belum sampai lah, gi rumah sedara lah ape lah..

korang tengok semua hadiah tu?? nampak macam banyak gile la kan, tapi satu pon aku tak menang. hampas! tak de luck.. lagipun tahun ni acara tak banyak macam dulu.. buat sikit2 je. sebab aktiviti Qurban & Aqiqah tu yang utama.



timbang bola pinpong. time dia suh angkat kaki kanan tu, aku trus jatuh. huhu..



adik menang! yeay!!!!



ngangah mestilah juru acara. sebab dia yang paling kepoh.


along pon kalah. bertanding kategori ibu ni.



mak pon same. tapi dia menang...!!!! JOHAN!!!! CAYALAH HAJAH RABIAH.



Gaya macam ni pun belum tentu menang!!


kategori bapak. kalah jugak!!! baru aku perasan, gambar time main rebut kerusi, pecahkan belon, bawak telur, tak de kan?? humm..



ni time malam plak. siap ade slide show tau. tunjuk gambar2 family day yang lepas2.... makan nasik goreng, mee goreng, ngan daging panggang. malam ni pon meriah jugak. sebab ramai dah ade.


Eni dapat cabutan suruh nyanyi lagu nasyid. dia pon nyanyi lah ngan anak dia. tapi semua orang yang ade pon nyanyi jugak. tak aci sebab dia je yang dapat hamper besar tuh kan??











bersungguh2 nak ambik hadiah cabutan bertuah, rupenya pinggan je. kuang3....



ni time nak balik ni. hari isnin. my tok.

bye tok..

Sunday, November 6, 2011

_ Selamat Hari Raya Aidil Adha _

SELAMAT HARI RAYA QURBAN!!!


time sembahyang raya. nak tau which part yang paling best? Takbir. tiap2 kali dengar takbir and bertakbir, aku mesti menangis. syahdu nye rase... takut pun ade.. sempat lagi ke aku nak dengar takbir raya lepas ni???



lepas semayang raya, makan lah dulu.






dah balik rumah, makan lagi, ade nasi dagang, ketupat, daging, macam2 lah. ni yang best kalau balik raya kat kampung. makanan banyak!



Ayah Ngah. kitorang anak2 sedare ni, selalu ambik rokok daun dia and hisap ramai2. tapi tak buh tembakau lah.



Selamat Hari Raya Qurban, mak. walaupon takde sape yang dapat tanding pengorbanan Nabi Ibrahim, tapi percayalah mak dah banyak berkorban untuk kami, anak2 mak.. kakcik doakan semoga segala pengorbanan dan kesabaran mak mendapat balasan dan pahala yang banyak, Amin.