Thursday, September 29, 2011

_ hi-Tea Wif Skuad 32 _

jom pegi makan kambing panggang! yea!




ade ucapan sikit sebelum makan. ni Afiq. Koperal skuad kitorang. aku memang setuju sangat2 lah dia dipilih. sebab aku rase dia memang layak and compare dengan orang lain, cara dia lebih berhemah and boleh tolak ansur. congratulations Afiq!


biler nak habis semua ucapan ni, orang dah tak sabar nak makan..












final exam aku belum habis pon lagi. tapi skuad dah sungguh2 ajak, stap pon suruh datang, so aku pergi lah jugak tunjuk muka. tak manis plak tolak pelawaan orang mentah2 kan.

Wednesday, September 28, 2011

_ Ya Allah _

**Terima kasih Ya Allah, kerana hadiahkan macam mane perasaan jatuh cinta di dalam hidup aku ni. DUP DAP DUP DAP rasenye. hahhaa. seram, sweet, and sakit. aku mengaku aku cuba nak try berhubungan macam orang lain yang aku tengok biase, bahagia.. so aku harap aku dapat habuan yang same. aku try, bukak sikit ruang kot2 aku pon boleh behubungan macam orang lain. rase ape diorang rase. aku leka pada tanggungjawab aku Ya Allah. aku makin takut dengan jenis perasaan macam ni. seram sejuk badan aku kalau aku pikir balik. aku cuba Ya Allah, tapi ternyata kuasa Kau lagi hebat. perkara ni bukanlah perkara terbaik di dalam hidupku. memang berhubungan macam ni, tak sesuai pada hati dan perasaan aku. aku tak perlukan hati yang serabut, pikiran yang kacau. dan aku sedar ape punce semua ni Ya Allah. aku tak sesuai macam tu. aku tak boleh paksa diri aku lagi. aku takut. lindungilah aku YA ALLAH. aku taknak bercinta. hati aku tak tenang. so aku taknak cuba2 lagi. aku nak kawen! itu yang terbaik mungkin dalam hidup. (gatal!)

Monday, September 26, 2011

_ Musim Periksa _

*fesday peksa. paper english.

kepada semua kawan, sory lambat sikit, tapi semoga berjaya untuk final exam ni. harap kita dapat buat yang terbaik and dapat keputusan yang lebih cemerlang. kita sama2 berusaha, dan kena sama2 bertawakal. bile kita dah usaha n rancang, kemudian Allah yang tentukan. gudluck tu u ols! walaupon aku rase aku sendiri tak berapa nak luck dengan subjek2 killer sem ni.
cepatlah habis periksa.... 3 Oktober . last paper. freedom.






berakit-rakit ke hulu,


berenang-renang ke tepian,


bersakit-sakit dahulu,


bersenang-senang kemudian.


Insya Allah.

Friday, September 23, 2011

_ Jamuan Raya Masjid As-Sobirin _

petang tuh, k.long tepon. dia tanya mak masak tak. aku cakap la belum. nak semayang asar dulu, tapi dah siap bahan la. then dia cakap, tak payah masak. simpan je sume tu sebab malam nanti masjid kat kg sebelah buat jamuan raya besar2an. tapi aku tanya mak dulu, dia nak pegi tak, then dia cakap ok jer. aku dah agak dah. satu hal yang aku suke dalam family aku ni, xtvt2 mcm ni, kalau kitorang betul2 ade kelapangan, mesti kitorang pergi. mak cakap, tak rugi rajinkan diri pegi xtvt2 masjid. masjid ni rumah Allah. kalau kita pergi masjid, maksudnya kita ni tetamu Allah. aku suke pergi masjid! lagi2 kalau masjid tu aircond. hehhe... ( panjang giler mukaddimah dia )



jamuan tu lepas isyak, tapi kitorang datang awal sebab ade ceramah dulu, then solat isyak jemaah baru bleh makan.. ade la jugak terjumpe mak member2.. cikgu2..






nak pegi masjid, kena pakai tudung. budak kecik pon dah pandai pk. tapi aku selalu cakap dengan dia "bile kakak besar nanti, kakak mesti pakai tudung, bukan pegi masjid, tapi semua tempat kakak kena pakai tudung". pastu dia mesti buat muke pelik.








siap ade bunga api, dah konpius dah, ni jamuan raye ke new year?



cakap pasal makan, humm... memang melantak lagi lah.. tambah plak malam tu ade kambing panggang.. wahh. all time feveret tuh! 2 pinggan aku ambik. ade ikan bakar, roti canai, coleslaw,rendang, lemang macam2 lah...




coleslaw dia sedap lah pulak. sure, kalah KFC punye. 3 kali aku gi ambik, last sekali, memang aku lah tukang licinkan tuppeware tuh.



dah kenyang, pulang ke sarang. itupon aku tengok, time kitorang nak balik tuh, masjid tu nak kosong dah. orang lain dah lame balik. hahahaha... kaklong terus balik rumah dia. so aku balik berdua ngan mak je. "nak gi lepak mane pulak?". mak tanye aku macam tu. amboi." jom kite balik lepak atas katil kite je lah mak, dah penat". huhu... tak payah pelik sangat lah, aku memang tidur dengan mak. so?


Thursday, September 22, 2011

_ That is wat we called REZEKI _

dekat Office etiQa ni. presint 15, putrajaya. ari kames. mak nak setel hal insurans takaful dia. lepas zohor kitorang gerak dari rumah. nak jadi citer, sebenarnya kitorang nak pose sbb hari ni hari kames. tapi time aku bangun tidur aku tengok mak sedap je tengah makan lempeng cicah sambal ikan bilis. aik? tak pose plak? hahah.. aku pon selamber je gi makan. "takpelah, puasa 6 kita pon dah habis" , mak cakap.



hah, yang best tuh, kebetulan hari ni jugak lah office etiQa tu bwat jamuan raya. tersengih2 aku ngan mak... "patutlah berat je nak puasa hari ni.. rezeki besar". aku ngan mak pon ape lagi.. sementara nak menunggu tuh, memang macam2 lah kitorang makan. tak payah segan, aku tengok orang lain duduk bangun duduk bangun pegi tambah. ade spaghetti, soto, mee sup, nasi impit, kuah kacang, sate, nasi tomato, kuih2, cookies, coklat, memang terbaik lah!


mule2 makan spaghetti, lepas tu nasi impit, nasi tomato, last soto plak.. hambek kau! tu belum kire berapa kali aku gi refill air sirap limau dia, kuih koci, ngan puding laici yang kitorang makan. nafsu, nafsu....


semua orang pon makan tak hengat, makanan memang banyak, so takkan nak tengok ja kan?





eh, tengok name officer tu? name kite same la kak..... kalau kena badi, untung2, keje bank aku 1 hari nanti... kahkahkah... harapan ler kau ambik sains takde kene mngene ngan kire2 oi.



*Im an ambassador of Olay on my own.


balik bank, trus gi alamanda. semate2 nak cari magazine mak jer. sebab kat cni je selalu ade, kedai2 lain susah nak cari.


hah, puas hati? Anis di hatiku lettuw.


syukur Tuhan turunkan rezeki tak diduga macam tu. perut kenyang, hati senang, duit pun tak kurang. Assalamualaikum.

Monday, September 19, 2011

_ Rumah Juju cyg Pulak _

balik dari Ros kawen, trus ondaway gi umah Juju. one of my clique time keje dulu. memang syiok habes lah dengan dia ni. even kitorang dah lame tak jumpe pon, still boleh sembang n gelak2 sampai begegar umah. dulu time kat tempat keje pon, kalau ot, mesti request dok 1 kaunter. gelak tak hengat. juju2... tak ubah. tapi time aku sampai, awal sangat. diorang pon ngah prepare lagi. then aku cakap takpe. sebab kalau aku dah balik umah nanti, malas nak kuar lagi.


kesian plak kat dia n Abe Syam. sebok nak angkat air lah plak, hidang cucur udang lah, padahal diorang pun belum mandi n siap2 lagi. nak jadi citer plak, Abe Syam ex anak buah mak dulu. pung pang pung pang diorang dok bercerite plak. sedap cerita, dia pon sedap je mengangkat kuih lah, kek lapis lah suh kitorang makan. sampai senak perut aku. tunggu mak Abe Syam datang plak bawak kuah Mee Bandung, melantak lagi. kebtulan diorang baru balik dari Johor, so Pes kuah tu ori la dari johor. memang sodapp!!!












lame gak lah aku duk ade kat umah juju ni. orang dah ade yang datang tuh, aku beransur dulu lah.. banyak lagi keje juju dari nak sebok ngan aku je kan. but anyway juju cyg, tq sebab jemput aku. seronok dapat jumpe kau lagi. ape pun aku akan doakan semoga kau cepat dapat baby biar rumah kau bertambah meriah. insyaAllah.

_ Roslina dah kahwin _

roslina ni kawan sekolah dulu. sekelas time tingkatan 2. memang baik sangat2 lah. kitorang rapat sampai masalah pakwe pon citer same2. bab tak paham belajar kitorang tak sebok pikir plak time tu. humm.. time dengar berita dia nak kawen tu, tak terkejut pon. aku tau dia layak, mampu, dan bersedia. time datang umah dia tuh, aku tengok walimah dia tersangat2 sederhana. bagus sangat. aku puji sangat orang yang tak membazir dalam perkahwinan ni. grand atau tak bukan pengukur kebahagiaan rumah tangga tu. walaupun tak besar, ak tengok diorang tetap bahagia, bersyukur, and paling penting suami dia tetap nak berkepit dengan dia. ( jeles, jeles, jeles )


aku terjumpe kak ira ngan cik man plak kat sini. cika man sepupu Roslina ni. "habis kau bile pulak ?" tak suke dengar soalan macam ni, sebab jujur tak tau nak jawab ape. mukmin soleh yang aku pasti untuk jadikan pasangan sehidup semati aku pon aku tak jumpe lagi, habis tu macam mane aku nak kawen? ingat main boleh beli2 je ke kat pasar? aku betul nak kawen. tapi Tuhan kate belum rezeki aku. sabar la kan.



terima kasih banyak2 mak sebab temankan kakcik. nasib baik mak perempuan, and mak kakcik. kalau tak, kakcik mesti masuk meminang mak.



paling top sekali, siap boleh terjumpe ustazah sekolah rendah tu. dia yang tegur aku dulu plak tu. " awak anak murid saya kan, dekat mane sekarang? teruskan perjuangan semoga berjaya dunia akhirat" . giler tak touching ustazah cakap macam tu?


*Ros, selamat pengatin baru. semoga kau bahagia n jadi isteri serta ibu yang solehah. aku tau kau bahagia dan aku yakin suami kau sayangkan kau. semoga semua ni membantu kau dapatkan kunci untuk masuk mana2 syurga yang kau nak. kalau bentang satu padang bola pun untuk aku tulis aku cemburukan kau, still takkan cukup.




Sunday, September 18, 2011

Last Class Sem 3, lega!



last class would be english class. madam Jane memang lecturer paling top lah! tak pernah ade lecturer yang belanja kitorang butter cookiesssssssssssss, ferrrrrrreeerrrrrooooooo rocherrrrrr.... huhu. terharu! madam memang best!


*korang lebih2 sangat lah. dah tak nampak madam.

Friday, September 16, 2011

_ exam lagi ke? _


* penat sangat2 lah rase nye. subjek susah2. beratnya dugaan tahun ni.

first of all, I want to tell that I am very headache and fatigue for the upcoming final exam. I am worried that I can not do well for the exams diz times. I do not want my mother feel upset towards me or have any damn feelings, I hope I can do well. I hope.

Wednesday, September 7, 2011

_ Mood Aku : Masih Raya _




muka gembira aku sebab dapat keluar dari bilik, sebab rase cam breathless giler 2-3 hari nie. tension yang teramat sangat , macam nak meletup dah kepala. Masya Allah ( untung lerrrr... panjang umur lagi ). still hepy lagi untok tengok decoration raya, orang pakai baju raya, even aku dah susah payah kena layan kelas balik, aseiment, test, and bla bla..



orang semua tengah raya lagi, tapi aku dah bz dengan final exam. ah, aku tak peduli. MOOD AKU : MASIH RAYA LAGI!!


*mesti ada orang tertanya, "eh, bila ni? dia pergi ngan sape?"

= dengan mira. pergi pejabat pos kat DSB tu. = )