Wednesday, April 27, 2011

_ H@PPY BERTHDEY , MAK _

selamat hari jadi, mak. semoga panjang umur, sihat selalu dan jauh dari perkara2 tak elok. semoga setiap kebaikan mendapat tempat kat sisi Allah SWT. dan setiap dosa dan kekurangan diampunkan juga oleh Allah SWT. terima kasih sebab besarkan kakcik dengan sempurna . ampunkan semua dosa2 kakcik ye, kakcik sayang mak.

kakcik balik hujung minggu nie, ade kad and hadiah untuk mak. ( kakcik tau mak simpan semua kad2 yang kakcik bagi kat mak =)

Sunday, April 24, 2011

_ M@jli$ Kh@t@m Al-Quran _

pagi tadi, pas semayang subuh, aku tidur balik. yelah, bukan senang nak dapt peluang tidur lame ni. kalau tak hari2 kena gi kelas pkol 8. since hari ni aku kat umah sebab takde paper, aku pk nak tidur sampai pkol 10 lah.

baru aku nak betulkan position bia dapat port lagi best, mak aku dah kejut suh siap nak pegi Masjid Sultan Abd Samad, name glamer, Masjid KLIA. ade majlis khatam Quran hari ni. aiseh, cmaner aku leh lupe plak.. dah 3 hari dia ingatkan. tpakse lah aku lupekan niat suci aku nak tido tuh.. mandi, cari baju lam almari, gosok tudung, pakai stokin, sarung kasut, start kete, dah sampai........




orang dah ramai pun time kitorang sampai nie... kire kes kitorang lambat ar senang citer.. terlepas sarapan pagi. cis.




memang sedap ar dengar Cik Syarifah bertilawah. alah... peserta Akademi Al - Quran tu lah.. korang asyik dengan Akademi Fantasia jer, memang lah tak kenal dia. rajin2 lah bukak Astro Oasis yer! Ader rancangan dia ajar mengaji. Lgi satu, skarang ni dah start Imam Muda 2, so, rugi lah kita bayar bil ASTRO tuh tiap2 bulan mahal2, tapi rancangan macam ni tak amalkan. ish ish ish.....









peserta2 yang khatam berarak masuk dalam masijid dengan selawat. ramai jugak, siap pakai jubah cam nak konvo. takpelah, muda2 dulu tak dapat nak rase konvo pakcik ye, dah tua2 pon ape salahnye........




seronok sangat weh. buat majlis khatam besar2 macam ni. orang ramai. aku dulu fes time sambut kat sekolah, mak buat pulut kuning, satu kelas makan. ingat lagi abah balik keje malam and datang hanta. risau je kalau abah tak datang sebab dah gebang kat satu kelas. huhu.. second time khatam kat rumah, alahai,majlis kecik cenonit. tak aci, Along punyer kenduri besar. yang ketiga lagi lah, just baca doa jer, tak de kenduri takde ape. tapi khatam kat masjid ni best. siap ade VVIP lagi. Cik Suhaimi Mubin pon ade. ok, sory. korang tak kenal. pengurus besar KLIA @ Nazir Masjid KLIA ni.




tengok, suke giler mak dapat ambik gambar nagn Cik Syarifah nie.




aku tak dapat ambik gambar ngan Cik Syarifah, dengan kubah pon jadi lah. =)


petang ni, balik Uitm. esok 3rd paper, English. wish me luck. Amin.

Friday, April 15, 2011

_ M@yb@nk M@l@y$i@ Open_

event ni held kat KLGCC lagik. same ar ngan tempat time kitorang jadi volunteer LPGA last sem. kali ni pergi memang setakat nak tolong jer. Cik Ali mintak tolong kitorang yang dah ade xperience ni, ajarkan kat budak2 lain. cume kali ni tak berapa gempak cam dulu larh. event ni 4 hari.
tapi aku gi 3 hari jer. 14, 15, ngan 16. ponek lah den asyik nak bangun awal pagi jor.. hari2 pokul 6, boleh kena talasemia dah har.... ( ape kene mengene?? )

hari pertama pegi nek bas, hari kedua konvoi nek moto ramai2, hari ketiga, den datang dari umah ngan kawan baik den. 5.30 pagi lah kitorang gerak hai. somayang subuh pon kat tol.

den dapat t-shirt saiz L lelaki. memang bosar bonar. takpelah, dah free, den pon amek la pakai. tapi sabtu, den dapat saiz M lelaki. kemas la sket. ha, den suke! den suke!


tempat den bekejo, masih same lagi cam duty sem lepas. kat main board. memang letih la hai. sampai habih nak hilang suara den.



dari pagi sampai ko potang kitorang kat sini, memang penat.



cik Ali Kimik. dialah lecturer Golf kitorang sem lepas.






besar dia punya lobby lah, dah macam besar rumah aku. uish, uish, uish.....



nadzirah yang gonjeng!!! dia duk kat leader board 11, asyik komplen panas lah, lapar lah, haus lah... huhu... tapi actually, Nadzirah ni, dia bagus and boleh di harap.
. tak macam...............



sebelum balik, biaselah............ briefing untuk duty2 esok plak... tapi walau ape pon terjadi, aku tau tugas aku mesti yang same. aku dah wanted kat main board tuh. hahhahaha...........


Wednesday, April 13, 2011

_ L@$t Cl@$$ _

last class..?? seronoknyerrrr.......... dah habis belajar la nie?? hahahahaaa..... of coz lah belum. last class hanya untuk sem 2 ni jer.. masih manyak sem baru habis ma... adoi... last class kitorang nie, memang best! subjek English, Madam mintak kitorang present Drama. ader 4 Kumpulan. Memang happening since semua kitorang pon bwat funny drama, my team bwat romentik komedy. 5 star ntuk Atan, sebab memang dia paling kelakar,sporting, and slumber. best, best, best! Rafidah n Aku. mentang2 belakon, masing2 wat props. lepas tuh dressing taknak kalah. nasib baik belakon gi shopping, kalau belakon gi swimming? nak pakai swim suit ker?? hahah..
Atan n Amir.


Zaharin and Jannah. kitorang satu team.






ni semua kes pose maut sementara tgu Madam sampai. ade team yang baru nak betulkan skrip lah, tukar watak lah...


ni Group Shah.. Diman jadi Justin Bieber, and wat konsert, siap nyanyi and menari lagi. giler arh.... watch out, jb!! lepas tu ade wartawan interview dia, and Ira jadi Gurlpren dia, tapi keje nak mengikis duit jer sampai lah si JB ni pokai. huhu.. Then Shah berlakon jadi Usher ( taknak kalah ), tolong JB ni naik semula. ok lah jugak even ade few pat yang kitorang tak paham ape diorang cakap...



ni time Group Ieya perform. pon best. pasal jiran yang suke Show-off. asyik menayang sangat handbag mahal konon beli kat obersea, barang2 rumah, last2 rumah kena rompak. bagus la idea dia.


kitorang group pertama perform. takde gambar, tapi ade rakam. tapi takleh nak upload dalam ni sebab payah sangat. tak taulah kot aku yang tak reti, tapi aku dah try weh, tak boleh gak. rugi korang tak dapat tengok. kitorang je group yang ade bwat ciri2 muzikal. tapi cume Atan je lar yang nyanyi. humm..



niway, last kelas untuk sem 2 tak mengecewakan. lepas ni start struggle untuk final. hope get better result. lagi baik dari sem lepas. Goodbye Sem 2.

_ $core Orienteering _

next kelas outdoor, kitorang wat Score Orienteering satu Uitm. memang Terbaek lah! setiap checkpoint dah di susun oleh alumni, memang diorang main hujung2 jer, macam nak bergaduh punya jauh. mula2 ingatkan berkapel2, upenye sorang2 plak.. HADOI! cam biaselah, sebelum kelas, mesti che Syam bg briefing lu. antaranya, rules kitorang wat xtvt nie, tak di benarkan bercakap dgn sape2 pun, no cell phone, and no riding. tak kesahlah tumpang orang naik moto ke, kete ker, basikal ke, semua DISQUALIFIED. sebelum start, semua orang akan dapat satu peta. kita tengok kat master map setiap checkpoint yang dia dah tanda, and mark kat peta yang ade dgn kita tuh. so, lepas tuh, ade 1 jam 1/2, nak pegi kat 9 checkpoint tuh. memang tak ah kan. aku dapat pegi 6 jer. itupon dah separuh mati aku lari and cari. memang kaw2 alumni kenakan kitorang. checkpoint bukan main lagi atas2 bukit je semua. sayang sebab time aku ngah cari2 tuh, takde sape yang bleh tolong ambikkan gambar, kalau tak boleh tunjuk kat korang checkpoint2 yang memang jauh sangat2 tuh. then biler dah sampai, kena pulang balik control card yang kitorang pergi tanda setiap checkpoint yang kitorang singgah tadi. markah kira kat situ lah. sape pegi checkpoint paling susah, dia dapat markah tinggi. aku pegi 6, tapi dapat 140. tapi ade budak yang pergi 8, cume dapat 125.
1 jam 18 minit je taw. haahhahh.... kurang satu jam stengah. kalau aku nak habiskan pon, stil tak sempat jugak. so, cukup2 lah tu...


budak lelaki 8 orang berjaya habiskan semua chekpoint. perempuan sorang jer, Rafidah. strategi aku salah. laluan yang aku pilih tak betul. huhhhuuu.. banyak lah alasannnnnnnnnnn......................


mira lagi kesian dia dapat pegi 8, tapi dia lebih masa. 1 minit, tolak 10 markah. bayangkan dia lambat, tak ingat lah brape minit, tapi banyak gak lah kena potong. kesian............




berdiri belakang sekali. 4 dari kiri. peserta terbaik untuk score orienteering nie. Muhd Nazrul Azril B Razlan. tahniah oi...

Tuesday, April 12, 2011

_ H@il@m Kopiti@m _

balik kelas, memang kitorang dua2 pon kebulur sebab tak makan ape lagi dari pagi. so, kitorang hbis kelas kinesiology pkl 4, trus jalan2 cari makan. takleh gi jauh sangat sebab japgi pkol 5 nak kena menghadap cik azhan. ( lecturer sport safety ). so, kitorang gi lah Hailam Kopitiam yang aku penah gi ngan mak n Epa dulu.
panas2 , layan cendol pon sodap...




aku makan spaghetti ayam.



ain makan fish fillet with hailam sauce kot. kalau aku tak salah lah.


ain cakap sedap. aku punye spaghetti pon boleh tahan. maybe sebab ayam dia memang banyak, and panas, and spaghetti jenis angel hair, so, tak cepat muak.


muka kenyang...yaey!!!!

Monday, April 11, 2011

_ Kur$u$ Penguru$@n Org@ni$A$i _

hari sabtu ngan ahad 9 & 10 hb, kitorang SMF kena gi satu kursus pengurusan organisasi (KPO ). and jugak several wakil dari setiap kelas. Kat kem el- Azhar, banting. bunyik cam dekat je ngan umah kan. hum.. ikotkan hati memang nak lari je balik umah. kitorang gerak kol 1130 dari Uitm, and sampai lam pkol 1240. bas macam siput. banting tuh takdela jauh mane pon dari shah alam tuh kalau lalu Klang. ( marah plak ).
sampai2 jer, terus letak beg kat bilik Bayu23, then makan and solat. pastu mule lah sesi ceramah sampai ke petang. tengok Fareed, orang suh dengar, dia bukan main khusyuk, tawaduk, tiduk.


penceramah pun nampak kitorang cam lemau jer. so, dia suh kitorang wat chicken dance ramai2. kalau you all tak pernah tengok chicken dance ni, search ar kat youtube.



petang pas asar, ade war game sket. so semua kena tukar pakai baju and kasut sukan.

kitorang main tolak tali. basically, same cam tarik tali, but the different was, korang tak menghadap lawan korang tuh. korang pandang belah belakang. so, dia jadi tolak tali, instead of tarik tali yang selalu kita tau tuh.













malam pas makan, sambung dengar ceramah lagi. camaner nak wat kertas kerja untuk permohonan ke luar negara. itulah tugas sekretariat kan. ajar cmaner nak wat surat cari sponsor, how to handle event correctly, the protocol. tapi masalah nyer, aku nengok semua orang pon cam suam2 kuku jer.


kecuali diorang bertiga neh.



pendek citer. esok nya, setiap kumpulan kena wat presentation untuk sask yag diorang dapat. aku group 4, dapat task untuk organise majlis anugerah cemerlang pelajar diploma. ok lah, so far kitorang pk hbis dari tema sampai lah ke bajet and sponsor.



sebelum balik. bye bye banting. off. to shah alam.

dalam bas : Kroih...Kroih.... ZzZZZZzzz......


(`,`) , theres a person yang sakit by the time i had this course here. he said, he had a bad stomach-ache. im so worried bout u. dont skip your medicine. even after u feel better. i just dont want a same thing happen to u again.

Saturday, April 9, 2011

_ Low Rope Course _

entri Low Rope Course ni patut dah lame dah update. mungkin 3 minggu lepas punye aktiviti outdoor. tapi sebab memori kamera ade makhluk haram jadah yang pinjam and wat harta and cam tak reti nak pulang, so lambatlah aku dapat gambar2 ni semua nak hupdate. aktiviti low rope ni kitorang wat next class outdoor after ABSEILING. basically, low ropes ni aktiviti2 tali yang rendah lah. kire setiap aktiviti ni ade di dalam tahap selamat yang tak berapa perlu nak dibimbangkan.
kumpulan dah dibahagi 5 hari awal, so stiap kumpulan dah tau low rope jenis ape yang diorang nak bwat. ape2 barang yang diorang nak gune pon sumer dah setel awal2.


ni kumpulan berapa ni..?? cam ramai sangat jer..??!!



ha, ni group aku. group satu. so, kitorang wat low rope kat stesen satu.

kitorang wat "multiple vine". ade satu tali panjang untuk pijak kat bawah, tapi ade tali2 terjurai untuk kita pegang and terus jalan atas tali yang kita ikat kat bawah tuh.


lepas semua kumpulan dah siap low rope masing2, ade taklimat dari en Syam dulu. then baru lah semua orang start buat benda ni. dari stesen 1 hingga stesen 7.



nie group den ni. Yaa Ren, Kucai, Naz, Dak Abang ( Zifri )




aku kat stesen satu. kitorang punye low ropes. multiple vine. memang senang, sebab tu dok kat nombor satu.







"criss cross" nampak cam senang, tapi payah jugak nak alih kaki ke sebelah lagi satu tuh.



"singe loop". yang paling mencabar. 2 kali aku ulang kat sini. tapi nasib baik tak terjatuh cam aten. susah wooo nak bergayut kat tali2 tuh and pindahkan kaki satu2 ke loop lain sampai hujung. ni stesen 2 kalau tak silap.



suah. siyes tak tipu. tapi best lah kalau dapat buat tuh.



stesen 4. "chicken walk". sebelah kaki jalan atas kayu, sebelah lagi jalan atas tali.. memang jalan senget2 cam ayam..


stesen 5. "high postman walk". basically, yang ni senang jer, yang watkan dia adventure sket, sebab jauh. and kat tengah tu plak ade lopak lecak. kalau jatuh memang best lah.



stesen 6. "forward tension traverse". ade satu tali kat bawah untuk kita jalan, and ade satu tali yang diikat dari atas, pastu bia dia terjurai untuk kita tarik tali tu tegang2 sambil kita jalan ke depan. agak payah. tapi tak sepayah loop tuh.


stesen 7. "leopard crawl". cantik plak benda ni duk kat stesen hujung sekali. memang terbaek lah. ade dua tali kita ikat sejajar dengan jarak tak berapa nak jauh. agak2 sedap nak letak bahu. then, kepit kaki kat dua2 tali tuh, and tarik badan so that kita move ke depan. memang hot lah kau punye ketiak and betis kan. time ni aku halau semua budak laki yang ade kat situ and tak bagi diorang pandang. segan giler kot.


dah sampai yeay! jom bergambar dulu. tq kat Ain and Jannah yang banyak tolong jage and support aku. tq k.



team aku yang sengal.



kalau bab bergambar, no satu. but anyway, tq koranggggg............... teamwork korang, sporting korang, and support korang time aku kena ulang tuh.. tq koranggggg.......