Tuesday, July 31, 2012

sahur luar first time


sedap dapt sahur kat McD makan Fillet O Fish hari nie.
selalau masak nasik je beli lauk and makan kat bilik. =(
semangat awal2 bangun tidur pkol 4 suku.
pastu terus pi subuh kat masjid sampai tertido2. naseb bek tersedar time azan. ahhahah


untung lah sukaaa dapat sahur dengan Mamat Sepah "dari jauh" =)

Monday, July 30, 2012

Manchester City @ SNBJ.

Alhamdulillah, rezeki aku.

Sebenarnya kitorang  hampir2 tak dapat tengok sebab takde tiket, tapi aku nekad gak nak stay dulu sekurg2 nya berbuka and solat kat bukit jalil. Takkan nak balik jugak dah dekat2 maghrib tu. Kami ber10. 6 laki2 4 pompuan. Pastu aku je yang excited bonar nak tengok City ni. Diorg sokong Malaysia, tapi sebab aku tak tau jalan nak pergi sendiri dgn Dot, terpaksa lah follow diorg. Takpelah.. kite tengok je sape menang japgi. Tengah duk beli makanan berbuka tu, tibe2 dapat tau ade sorg ulat nak jual tiket. Huisy, terus tgalkan gerai tu, cepat2 pi beli, so memasing berbuka tuh senyum je laaa.. naseb bek aku cakap ngan bebudak ni suh tgu. Kalau balik terus tadi dah melepas.
Berbuka makan nasik lemak harga 2 rinngit. Tu je paling murah kitorang boleh cari. Burger sebijik 3 ringgit. Org kedai tu nak pi haji agaknya.

Lepas berbuka, terus solat. Org lain awal2 lagi dah sebuk masuk dalam. Aku pikir jugak, takkan semua diorang ni period kot? Humm... sabar lah wahai hati.. think positive.. musafir kot semua tu.
So, kitorang pun masuk lah dalam. WAH. Bermacam2 ragam, jenis, style manusia la kan. Aduh, tak tenteram jiwa aku. Tapi Manchester City punya pasal, istighfar je lah bnyak2. Kalau game lain, memang jgn harap aku nak datang ni....

So, nak di jadikan cerita, sekeliling aku ni peminat malysia agaknya. Minit awal yg malaysia dapat free kick tu, diorg semua duk jerit Gol! Gol! Gol! Gol! Sampai bingit telinga aku. Tapi tak masuk kan? HAHAHAHAHAHHAHHHA. Aku sorg je cakap YES! So sekeliling aku sumer diam jer.

Yg paling best bila Manchester City gol tu. Hahahahahhaha. Seronok betul rase nye. Tambah plak dapat 3 bijik kan. Tapi spoilt betul si Johanssen tu bg lepas plak gol malaysia sebijk buat ape. Bia diorg kosong je lah. hisy, pilu hati aku.

Ok, tak mau citer panjang2. Aku kalau pasal Manchester City ni, semangat sket. Hee.. tak kesah lah tak dapat jumpe diorg in personal pun, Allah kata rezeki aku BELUM sampai tahap tu. In future, Amin. Tapi dapat tengok diorg punye game pun dah memang TERBAIK! Seriouly Malaysia macam cap ayam je lawan ngan diorg.



p/s : pakai baju longgar seluar longgar, Manchester City tetap menang. InsyaAllah better audience next time. Amin.

Sunday, July 29, 2012

manusia memang suka ambil ringan.


Soalan : apa hukum kalau seorang lelaki memuji atau bercakap mengenai kecantikan seorang perempuan yang tidak sempurna aurat nya?

Jawapan : dia mendapat dosa, dan yang menunjuknya mendapat lebih lagi.

So, susah lah macam tu.

: humm takpun, sebab tu pandangan kita kena ditundukkan. Kalau nampak pompuan sexy2 tuh, cepat2 istighfar dan bukan duk bercakap lagi2 nak puji kecantikan palsu tu. Wanita Solehah kan perhiasan dunia. Jadi, diorang lah yang layak menerima pujian. Instead, takde sape2 dapat dosa. Nice... lagi satu, duk puji2 tuh, jgn berangan lah depa nak duk suka kat kita. Kalau Allah kata tak, tak lah keputusanNya. Ape lagi bg alasan “build up connection?” hahahhaha. Punyer la berjuta muslimah sejati yang suci murni kat dunia ni, tapi kenapa yang dicurigai jugak yang di cari. Itulah manusia. Ataupon, yang baik2 itu sememangnya dah diyakini susah untuk didekati? TIDAK. Kamu tak berserah pada Allah dan menjalani hidup mu tanpa rasa syukur.

cute little baby.

p/s : pelik kdg2 manusia ambik ringan bnyak benda, termasuk lah diri aku sendiri. Auzubillahi min zalik. Plus, tak suka tengok laki pakai suar pendek melampau kat bazaar, sakit mata. Astaghfirullahlazim. =)

Thursday, July 26, 2012

dah pulak.


kesian iris qistina.


mak ndak gigih sapu ubat kat kakak. cik de sebuk ambik gambau je
budak cantik demam. i love u so much sayang.
Kesian kakak. Time memula dia nak demam ni, aku yg dapat detect. Sebab selalu dia aktif kemain, satu hari tuh duk melekat, berkepit je ngan aku and nenek dia. Pastu biler aku peluk badan dia, rase panas. Aku cakap ngan mak kakak nak demam, badan dia panas.
so pas 3 hari, aku balik rumah balik dari shah alam. Laaa.. memang dah kena demam campak pun. Tapi nasib baik tak teruk. Kesian dia. Makan nasik pun menangis. Mungkin sebab tekak perit kot.
So, along pun beli lah buah kelapa 3 bijik bagi dia minum ( tapi makcik dia melantak banyak, haha )
2,3 hari jugak lah tergaru2. Seriesly aku kesian tengok dia. Pastu part yg tak boleh tahan tuh “papa garu lah badan kakak nie...” ataupun “papa garu lah atas, kakak garu bawah niii” hahhahh. Sakit2 pon, still bijak lagi budak nie.
Tak sabar nak tgu dia pergi tadika tahun depan, and nanti bnyak lah cerita dia kat tadika tu kang.

Wednesday, July 25, 2012

no need



Ape guna hari2 beramal, solat tunggang tungging, puasa beria2, terawikh tak tinggal, tapi niat tak betul?

Ape yang kite buat bukan untuk show off. Same la kes sibuk nak menayangkan apa yg kita pakai. Aku paham jadi trend bila bulan puasa ni ramai yang bertudung, berhijab, berbaju kurung sentiasa, berjubah. Same la dengan aku pun. Tapi please la, buat apa2 tu biarlah ikhlas kerana Allah. Buat apa nak sibuk2 tunjuk2 kat org.  Ingat cantik sgt ke. Kalau ye kenapa tak pergi bertanding Miss Universe je..?? tau tak segala pakaian dan kecantikan tu dtg dari Allah? Kalau Allah kate “Aku nak balik”, tak sampai sesaat dia boleh ambik tau.

Semai lah rase cukup kat dalam hati tu dan tidak sesekali memandang rendah pada org lain.

Biarlah kamu tidak cantik di mata penduduk dunia tetapi namamu manjadi sebutan penduduk langit

 ( Saya! Saya! Saya! ) please cakap pasal saya.
hahahaha


(*,^)  org kata bila tangan kanan nak memberi apa2, kalau boleh pastikan tangan kiri tak tau.  =)

Tuesday, July 24, 2012

Shaytan is locked up.


Ukur tahap keimanan, kesabaran, ketakwaan, kekayaan, kesyukuran, kejujuran, kepuasan, kebaikan  dan KEJAHATAN kita di bulan Ramadhan ni.

Kalau tanpa Syaitan pun kita masih lagi terdorong ke arah keburukan, maka rugi lah kita. Subhanallah.

p/s : Syaitan kena kurung time bula pose ni, so kalau ade yg jahat2 lagi, maksud nye tu sekutu Syaitan jugak.  Same2 lah kite beringat dan beramal. InsyaAllah. =)

Monday, July 23, 2012

please Allah?


Ya Allah, kalau boleh, kau bagi lah kat aku sorang lelaki yang macam nie. Walau ape pon keadaan, jauh mane pun perjalanan, susah apa pun ujian, namun dia takkan sesekali lupakan Kau.

Please Allah? Thank You.

p/s : kalau tak dapat lelaki mcm tu, dapat moto tu pon jadi lah =)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan lagi bermakna untukku


Takde ape yang dapat buat aku terlalu excited dan bahagia selain Ramadhan. I dont even  felt this much of joy and happiness on my birthday.
Ya Allah, aku mohon semoga Ramadhan kali ni menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dan yang akan datang menjadi lebih baik lagi. AMIN.

P/S : i  love u Allah sebab masih dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan Ramadhan kali ni. Love u, love u. Love u so much. =)

Thursday, July 19, 2012

student life kan.


dengan assignment and project final sem yang berlambak ni, spoilt betul. aku dah takde mase nak pikirkan swimming, bola tampar, wayang.
huisy! stress!
makan, makan, makan..
mane la tak kembang..
p/s : takde mase nak meleser2 nie. fokus final sem je. tapi seghonok sikit2 tu ade lar.. kalau tak tekanan jugak hidup ni kan =)

Thursday, July 12, 2012

my wish.


Azam umur baru :
lebih bersyukur dan lebih bersabar.
Insya Allah.

Wednesday, July 11, 2012

KFC crunchy


Dah pergi test dah?
Belum lagi?????
Haisy, pergi lah cepat. Depa dok bwat promosi ayam ni 2 bulan ja kot.
Tak dak la sedap sangat eh sampai jilat2 jari apa, tapi boleh lah.. ade kelainan sikit la dari yg sebelum ni... pi cepat, pi cepat. Esok2 nak posa dah, kang hang pa asyik terlior jaa tengok iklan kat tv tu.
Time aku makan KFC tu, aku duk berbuka puasaa. So pinggan aku licin tuh tak tau lah sebab memang sedap ke ataupun aku tengah lapar.
p/s : KFC, tolong bayar sket duit royalti promo kat aku. Sekian, terima kasih. =)

Tuesday, July 10, 2012

yang penting adalah dari awak.


Its from you

that matters
Thank you for keep me waiting

Friday, July 6, 2012

early birthday treats?


Sekali lagi.

Terima kasih sayang.

Thursday, July 5, 2012

selamat hari lahir, Faris Qusyairie.

besday Faris bebaru hari tuh, so angah nak sambut laa besday ank dia yang setahun ni. aku dtg dari shah alam, ajak ema sekali sebab kebetulan dia pon puasa hari ni, boleh berbuka sekali. lagi pun aku tau jenis mak mertua abang aku ni kalau buat kenduri, makanan memang banyak punye lah. so kitorang makan memang tak hengat.

anyway, thanks kat ngangah sebab jemput aku dtg majlis anak dia ni kan? kalau tak, makan hati je laaa....


: thanks sebab sudi teman kakcik and meriahkan lagi majlis.


kereta, pokok, bola, bendera, angry bird pon habis semua nak letak atas kek, cmane nak makan pon tak tau lah. #apepontakboleh.


selamat hari jadi faris. harap muat la baju tu nak pakai time raya nanti. =)


sorang lagi makhluk halus. thanks for always being by my side. susah senang dengan awak tu, harap Tuhan je la yg balas..

Allah, gembira nya aku dengan hidup ni. aku harap Kau terus2 jadikan aku hamba Kau yang reti bersyukur, bersabar dan bahagia. Amin.

Wednesday, July 4, 2012

insyaAllah.


InsyaAllah,  always in my heart.

mesti larat.

Seberat mane pun ujian, dugaan, atau pon masalah2 yang datang menyemak dalam hidup kita, jangan terlalu asyik sibuk pikir perkara2 tersebut sampai tak nampak kebaikan2, perkara2 faedah lain yang boleh di dbuat.

Masalah ni datang dalam pelbagai segi, bentuk, rupa. Betul tak. Ade org masalah duit, org lain masalah keluarga, orang ni masalah kerja, yang ni masalah mndengki nak menunjuk2 tak hbis2. Orang yg ni pulak, masalah pasangan. (^,^)

So wat eva it is, tiap2 kali dapat dugaan or ujian, pikir balik... mane salhnye, mane nak betulkan.

Muhasabah diri dan anggap tiap ape yg terjadi tuh, memang definitely yg terbaik. Allah takkan uji umat dia melebihi kemampuan diri seseorang tersebut. See? So dah konpom ape2 masalh pun, kite mesti larat nak tahan dan selesaikan.



“Jangan seseorang itu mengaku dia beriman selagimana dia tidak di uji oleh Allah SWT”

 MOTS : Aku tension sgt sem ni dgn Acc & Law sbenarnye. =)

Tuesday, July 3, 2012

Semayang Ajat.

assalamualaikum wbt
time ni pergi Masjid Uitm ade Majlis berbuka anjuran budak Akaun ngan Finance. kebetulan diorg ni nak peksa, so buat sembahyang hajat and yassin + tahlil sekali.
petang tuh, si Ema ajak aku pergi, aku pon cepat2 pi mandi and siap ajak diorg pergi awal.


 datang awal ni semangat kemain nak duk Saf depan kununye.


 muka excited dapat berbuka nasik tomato. tau tak ape yg buat nasik tu sedap sangat? sebab FREE. hahahhaaa. macam ni lah life student. seronok betul kalau ade makan2. tu pon, dia sorg je makan 2 bungkus.


seronok kan duk ramai2 camni?
bace yassin ramai2, tambah2 kawan. tak payah dapat kawan luar negara pun takpe.
InsyaAllah bahagia jugak. im totally in love with this.


dengan bertelekung macam ni lah kitorang terus pergi McD. hahahahahhaha. Drive Thru je lah. kalau Dine In, mau tak makan semua org kat restoran tuh duk tengok kitorang je ( makcik mane lah balik umrah terus dtg makan McD ni kan?)

Nisfu Tahun ni.


Excited sgt sebab malam esok Nisfu Syaaban kan.

Nak sambut ramai2 bagi meriah kat Masjid, tapi kalau budak2 bilik ni nak hidupkan malam Nisfu ni kat bilik, aku on jer...


Bace Yassin 3 kali ye. Mohon Allah ampunkan segala dosa2 yang ade. Mudah2an segalnya diterima. Amin..

(^,^) boleh jadi ape yang kamu sangkakan baik untuk diri kamu sebenarnya adalah sesuatu yang buruk, dan boleh jadi ape yang kamu sangkakan  buruk adalah sebenarnya yang terbaik untuk diri kamu. =)

Nisfu tahun ni, sekali lagi. tanpa kamu.

Monday, July 2, 2012