Wednesday, October 23, 2013

Tiap orang lain - lain. =(

salam alaik.

hari ni festime ghasenye aku nak bcerite pasal kandungan aku ni. aku ni jenis yg tak mahu, tak suka, tak berniat nak Show-Off. so, jgn ambik hati klu ade sesape yg terasa ok. aku tulis ni untuk rase hati aku sendiri je pon.

sedia makluman, kandungan aku dah cecah 6 bulan da pon. so far, takde pulak cerita atau kisah pelik2. takde pon mimpi gempak2 mcm Aminah time mngandung Nabi Muhammad, atau mimpi dr mak Imam Syafie tu, sampai terang benderang satu dunia. =)

awal mngandung, alahan aku sgt teruk. usia 2 bulan mengandung, time bulan Ramadhan hari tu. ada hikmah lah jugak aku tak jadi pergi umrah bulan puasa tu agaknya, kalau tak mau aku duk lepak je kat hotel.

lepas sahur, tak sampai setengah jam, aku mesti muntah balik. dah camaner aku nak puasa mcm tu? ade yg tak muntah tapi pas zohor, perut aku dah berbunyik2, memang tak dapat tahan lah. ade jugak satu kes tu, pukul 6 aku berbuka. aku dah cuba nak tahan tapi tak boleh jugak. padahal sejam lagi nak berbuka. =( dugaan.

cakap pasal selera pulak, yang aku perasan time mengandung ni, aku suka makanan pedas2, dan panas2. tak panas, tak selera aku nak makan. bubur nasik kosong dengan kicap pun takpe, yang penting panas =) ketam masak lemas nanas lebih dari sepuluh kali aku makan dalam sebulan. kau ade??

perangai pulak, hehehehhe. mntak maap lah encik zairi.. teruk bebeno rasenye perangai aku time mngandung ni. dia balik keje lambat pun nak marah, bau busuk pun nak marah, tengok dia main ps pon marah, dia baca buku pun marah. pendek kate semua kau nak marah. nak harap dia berkepit je dengan aku 24 jam. mngade kan? aku pon marah dengan diri aku sendiri. bila aku tanye org, diorg cakap " biase lah... pembawakan budak" lau cmtu, aku pikir, kalau mngandung 5 kali, tanggung azab 5 kali lah suami aku. hahahahah.

 kalau dapat yang macam ni aku terima..


tp hari makin hari, aku kena la bnyak bertenang, bnyakkan mngaji, berzikir, berdoa untuk anak ni. so bila hati dah tenang, perangai pelik2 takde dah. ape aku nak makan, insyaAllah dia akan cuba cari. mane aku nak pergi, dia akan bawak kalau takde masalah ape2. kalau mntak sapukan minyak, atau urut2 tu, muka nampak jugak lain. maklumlah, festime dah 28 tahun hidup nak buat mcm tu kan. sorry lah encik asben.


 tapi kalau dapat yang macam ni pon aku terima jugak.
 sebab tak tau "jin" Abi dia kuat ke tak. hahahah


series aku cakap, memang aku terasa sangat2, semenjak mngandung, rezeki aku sangat murah. macam2 benda and perkara baik jadi kat aku. alhamdulillah. semoga anak ni terus bawa kebaikan dalam hidup kami, keluarga kami, dan agama kami. InsyaAllah. 

p/s : makluman, jantina bayi memang tidak akan diketahui sehingga dia selamat jumpa dunia. =) seprais!! sorry lah doktor, kami taknak tau.





Sunday, October 13, 2013

seriesly, bukan senang nak ikhlas.

Nak ikhlas bukan senang.

Aku tak cakap pasal korang, tapi diri aku sendiri. Tiap kali kita buat something, dalam hati mesti ade terdetik. Kita semua tau dalam diri kita ade Qarin kan.





Qarin ni syaitan pendamping, yg kita boleh ibaratkan kembar kita. Rapatnya dia dengan kita sampailah ke mati. Dialah yg bisikkan rasa was2, rasa tak puas hati, buat marah kita membuak2, dan ape2 jelah yg negative dlm diri kita tu. So, sebab tulah Allah datangkan malaikat untuk seimbangkan rasa dlm diri kita untuk selalu dorong pda kita, bisik pada kita, jadi pendinding ntuk kita buat baik pulak. Terpulang pada kita lah nak bela Qarin atau Malaikat kan…???



So balik soal ikhlas tadi, Qarin ni memang selalu akn buat kita rasa tak puas hati dan tak seronok bila kita buat baik dengan orang lain. Kat situlah timbulnye soal tak ikhlas tu. Sebab tu wujud pulak perkataan cepumas MENGUNGKIT.



Pry will never exists in sincerity. Lepas buat apa2, kena selalu pesan pada diri “ aku ikhlas, tak harapkan balasan” tak kesahlah dalam ape kes sekalipon. Same ade hari ni kita tumpangkan orang, bg orang makan bekal kita, pinjamkan barang kita, atau ape2 jelah. Ini tak, elok hari ni kau bg orang tu makan bekal spaghetti carbonara kau, esok kau mngharap dia belikan starbucks jugak ntuk kau bila kau nampak dia minum yee. Not good, not good.



Buat apa2, biarlah lapang dada, pikir mcm ni je. Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, dibalas jahat. Or else, kalau dah rase memang jenis berkire dan payah bebenau nak ikhlas, latih diri cmni. Kalau org tak mntak, jgn kau mandai2 nak willing lelebih. Takut kang kau pulak tak puas hati sendiri. Then, kalau rase memang tak boleh nak buat ape je yg org suruh atau mintak tolong, terus terang je cakap tak boleh. Takyah esok lusa kau nak mngungkit. Elok2 belah kanan dah berat sebab niat murni kau dah tercatat, jadi ringan balik sebab dah kena catat yang belah kiri pulak. =(



Memang….. jgn tipu aku, berapa banyak bnda dlm hidup ni kita belajar ntuk ikhlas. Ikhlas kerja, ikhlas beri bantuan, ikhlas senyum, ikhlas berkawan, ikhlas menegur, ikhlas bermadu, eh. macam2 lagi lah. Pendek kata, buat semua bnda memang nak kena ikhlas, kalau tak tak berkat lah.



Same2 lah kite berdoa Allah bg rasa cukup dalam hati kita so kita hidup kat dunia ni tak berkira dan tak habis2 tak puas hati dengan orang lain. Amin.

Friday, October 11, 2013

Barakallah Zulhijjah =)

Assalamualaikum wbt.



Aku nak citer sket, nak ambik port ke tak terpulanglah.



Lately, mak aku tiap2 pagi takkan terlepas program tanyalah ustaz/ah kat tv9 tu tiap2 lepas subuh. So, aku yg kebanyakan masa tak join dia ( tdo le tu.. ) akan dapat info2 bile dia cter kat aku plak kemudian.



Bebaru ni, sempena masuk bulan Haji ni, program tu bnyak lah citer pasal Zulhijjah ni. Sedekah, Qurban, Aqiqah.



Ade satu bnde yg baru je aku dengan mak discover, rupa2nye, 10 hr terawal bulan zulhijjah adalah SIANG HARI YANG PALING BERKAT. Kita semua maklum 10 hari terakhir Ramadhan ( Lailatul Qadar ) adalah 10 malam yg paling berkat kan? So 10 hr awal Zulhijjah pulak adalah siang hari yg paling berkat. Berapa org dah tau perkara ni angkat tgn sekarang??



Huhu. Jahilnye aku selama ni. Tapi takpelah, dah adat kite berguru atau belajar pun, memg dr tak tau kita jadi tau kan. Klu dah tau semuanya, kita lah yang akan jadi guru pulak. Lol. =)



So, nak dijadikan cerita, aku dgn mak pon berusaha sedaya upaya make sure 10 siang hari terbaik ni berbaloi. Mak siap puasa dr 1 zulhijjah oi. Aku memang tak larat la kan… so guys, ape yg kite same2 boleh buat, bnyakkan mngaji, solat2 sunat, berzikir, dan selawat. Semoga setiap ape yg kita lakukan, terkesan di pandangan Allah. Nak sebuk pandangan org buat apa, bukan dia tentukan syurga neraka kite betul tak?? =(



Hidup ni series singkat sangat. Aku bile pikir balik pon, tak sangke dah besar, dah keje, kawen, nak dapat anak dah pun. Tapi aku piker ape yg aku ade dlm hidup ni, senang ke aku kemudian nnt?? =( Astaghfirullah Al Azim. Selagi boleh kejar amal yg kecik2, sikit2 tu, kite same2 lah kita kejar ye. insyaAllah, kita jadi org yg sentiasa beringat.