Thursday, May 31, 2012

lastday.

hari ni lastday praktikal.

sangat suka. dan sangat gembira.


sekian, terima kasih.

Monday, May 21, 2012

alhamdulillah.


Syukur sgt dapat kesempatan untuk berjumpe Rejab sekali lagi untuk tahun ni.
Seghonok sgt!


Barangsiapa yang mengingatkan orang lain tentang kedatangan Rejab, seolah beribadah 80 tahun.

Barangsiapa berpuasa 2 hari di awal rejab, seakan ibadah 2 tahun.

 Sekian kawan2.

Sunday, May 20, 2012

lemang hari ahad.

 
Malam tadi habis dinner and ambik dot kat uitm and balik rumah dah pkol 2. So tidur memang betul2 tak sedar ape dah. Pagi ni pkol 9 bangun, lepas sarapan. Pkol 10.30 terus gerak dari rumah ambik Amy and straight ke Felda Serting, N9. Jauh jugak rupenya rumah si dot nie. Sampai aku boleh terkeluar statement “ Asal Uitm tak hanta kau gi duk Jengka je ey. Aku rase lagi dekat gi sane dari Shah Alam” wah. Hahahahah.

Anyway, kawasan umah dot memang best. Suasana kampung kan. Senyap, aman. Kalau bising pun bunyi ayam ja. Lagi satu,  mak ayah dia main masak2 hari ni, tu yang giler best tuh. Dapat lah aku merasa rendang ayam belanda. =)



 korang pernah tengok lemang masak dalam oven? haaaa... jgn terkejut plak.


 ok, fine. mulut aku penuh tengah mengunyah. naseb bek lighting cover.


 mak ngan ayah dot. diorg ni sporting habis. i will make them and love all of them as my second family, insyaAllah.


kerusi malas. dulu ade satu kat umah tok. tapi lepas atok dah meninggal, ntah mane2 kerusi tuh. tengok budak kecik tuh, bukan main sedap lagi dia, siap dapat mandi salin baju sumer.

pkol 4 lebih camtuh, gerak ke soromban plak hanta dot gi umah tumpangan dia. so aku pon terus balik rumah. jammed teruk sebab ade satu eksiden kat hiway. hum..
anyway, tq soo much sebab sudi ajak saye gi rumah awak. bile dah citer2 ngan mak, sebuk dia nak pergi pulak. =)

Saturday, May 19, 2012

Ibu Mithali Ibu Sejati

sempena hari ibu, aku bawak mak pergi dinner anjuran IKIM.FM kat Blue Wave Shah Alam.
yang best nya, dari siang tuh aku duk gosok baju, tudung dia, dia tak tau pon aku nak bawak dia gi mane. lepas smbahyang Maghrib kat masjid shah alam, kitorang terus gi Blue Wave. masuk2 je kat hall tuh, dia terus cakap ngan aku, "Mak rase macam tak percaya je boleh ade kat sini"
giler kau tak terharu mak sendiri cakap macam tu? ini seprais kakcik untuk mak.
aku tanye kat dia " ade tak dengar iklan dinner ni kat radio?" dia cakap "ade. hari tu dengar dalam kereta dngan cik ros, dia cakap kalau dapat pergi seronok ni, tapi mak cakap la jauh, tak sangke plak dapat datang"

festime aku dgar iklan dinner ni kat IKIM, aku terus mintak opinion kanda tanye dia ok tak kalau aku nak buat seprais kat mak. tambah2 plak ade Dr Muhaya jadi jemputan khas, actually, mak aku memang minat giler lah kat Dr Muhaya ni. tiap2 segmen Dr Muhaya kat radio, mesti tak tertinggal. yang kat astro plak, kalau tengok ulang2 pon takpe. dahtu, siap duk mesej semua adik beradik dia suh dngar same.
and bile kanda kate cdgn aku ni bagus, so aku cepat2 kol and book.

 muke mak dapat seprais.



 untung jugak dapat table depan stage. mungkin sebab book awal kot. alhamdulillah.



 suka sangat lah dia.. timing mak pergi bergambar dengan dia ni, memang tepat betul. elok je mak blah dari situ, terus dia kena kerumun, so org lain tak dapat lah nak ambik gambar peluk2 cam mak ni. =) dah balik rumah pon 2 hari duk cakap pasal Dr Muhaya lagi.. Mak, kakcik tak janji, tapi kakcik akan cuba usaha yang satu hari nanti kita boleh makan semeja dengan dia ye. mak tanye lah dia sampai dia penat nak jawab semua soalan2 mak tu ok? heheheh


 kak zuhaila ngan mak dia, semeja dengan kitorang.


mak, i love u soo much. puas aku duk tahan, tapi tumpah jugak air mata aku kat sini. kegembiraan yang sangat jelas kat muka dia tuh, buat aku sedar, jarang2 je aku ni sbgi anak buat dia rase senang hati and enjoy ape yg dia betul2 suka. Oh Dr Muhaya, tolong datang rumah kami. amin amin amin.

Friday, May 18, 2012

senyum je



Kalau asyik nak harapkan orang lain je susah jugak.
Ape salahnya langkah pertama tu bermula dari diri kita?

tak penting.

Ape yang tak penting dalam hidup ni? Duit, Pasangan, Harta, atau Kasih Sayang?

TEEEETTT! Semua tu penting lah.. benda tak penting yang aku nak story mory kat  cni adalah berkaitan tak penting nya untuk kita Hidup Sibuk Nak Memikirkan Orang Lain. paham tak maksud aku?

Alah... u all u all semua dah besau, dah bijak nau nak pikir pun.. Sebenarnye dalam hidup ni, hati kita sendiri pun susah kita nak puaskan. Ape lagi nak puaskan hati org lain, betul tak.
So senang citer, selagi ape yg kita buat tu kita yakin tak berdosa, tak menyusahkan orang lain, tak membatasi hukum dan syariat, buat je lah! toksah nak sibuk2 pikirkan org lain. mulut org ni, sampai bila2 pun kita tak boleh tutup. Lumrah lah kalau salah yg kecik pon dah di besar2kan, yang besar apetah lagi. =(

Nak buat ape2, jangan sibuk orang. Ni ade orang duk pikir “bertunang kecik2 ni je kang, org cakap ape pulak”. Alah, toksah sebuk kat org tuh. Belanja kita, duit kita, dia nak sibuk ape? Dok bwat kawen besau2 grand nak ikot2 org tu bwat ape. Membazir je. Yg penting kita bahagia dan gembira sudah lah. takut nak bwat kecik2 nanti org duk ngate. Alah. Kita duk bayar mahal2, habis duit giler2 tuh sampai berhutang2  japgi nak beli brg2 rumah pon susah, dey all nak tolong ker? Humm. Jgn ikotkan org. Segalanya ukur baju di badan sendiri.

“Kalau aku pakai beg mahal ni pergi kenduri tu kang, orang kate aku nak menunjuk plak”. Eh, semuanya kan atas niat kita. Dah kalau mak kau hadiahkan beg mahal tu ntuk kau, guna je lah. orang memang suka jeles =) ( kecualilah niat kau sendiri memang nak menunjuk2 ) not good. Not good.So, basically, kebanyakan ape2 benda kita nak buat, memang kita duk suka sgt pikirkan org lain. sampai lah kalau kita tau kawan kita buat salah “ takut lah nak tegur, kang org kate kita tunjuk bagus pulak” Adoi.

Penting untuk kita bagi good impression pada orang, tapi berpada2 lah sayang.. untuk puaskan hati semua org memang tak boleh. Berapa million pulak orang ade kat Mesia ni kan? Buat lah ape2 dengan bersungguh2. Yang penting niat kita tu. Ape nak jadi, ape org nak cakap, itu belakang kira.

Summore, nak buat ape2, pikir la betul2. Walau nak buat baik kat semua org pon, pikir la dulu. Kalau dah sampai tahap2 yg mengarut tuh, baik lupekan jelah dan jgn risau sebab pelung untuk beramal kat jalan Allah ni, banyak gila sebenarnye. Kalau boleh nampak dengan mata kasar ni, mau pening jadinya  tak reti nak pilih mane satu.

Satu pengalaman yg jadi kat kenalan lelaki saya . Kata dia (tak tau lah same ade betul atau pun tidak) ade orang mintak dia tolong seorang perempuan ni. So pendek cerita, kalau ye pon niat dia baik untuk tolong perempuan tersebut tapi terpaksa membawa kepada keadaan mereka terpaksa berdua, mencetuskan perkara atau keadaan tak elok ( plus, bukan org islam pulak tu yang  boleh nak duk sembang cakap pasal sedekah, zakat wat so ever kan ) So, kan tak bagus tu..kate org nak buat baik, tapi tak kena langsung caranya. Timbulkan fitnah orang lagi ade lah.  kenapa lah tak pikir panjang sebelum buat ape2? So, jadikan pengalaman sebagai tauladan dan pengajaran.

So, KALAU LAH kenalan saye ni still nak argue “saya ikhlas tolong org tuh. Niat saye elok”. Aku nak jawab satu je. “kalau seribu kali ikhlas pon tapi letak tepi hukum agama, syariat, maksud nye awak ikhlas ikutkan Syaitan je...=) tapi, kenalan saye tu sedar silap dia ( i hope so ) alhamdulillah.

(8,8) Ramai orang tak faham erti ikhlas. Be Nice.

aware.


Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh
Selamat hari jumaat semua. Allahumma Solli A`la Sayyidina Muhammad.

Sebenarnya hari nak kongsi satu benda lagi. Nak cakap betapa pentingnya hari2 tanamkan azam dalam diri kita untuk menjadi semakin baik dan baik.

Mulakan pagi dengan berfikiran positif dan sematkan dalam hati “harap aku sabar dengan ape pon yang jadi hari ni, insyaAllah”

Kadang2 kita sebagai manusia biasa ni tak merancang pun untuk marah2 , ape lagi cri gaduh and sakitkan hati org lain. kan? Tapi bnde2 mcm ni terjadi luar jangkaan kita. Contohnya, da bngun awal2 pagi nak siap2 gi keje sumer, tibe2 stuck dalam heavy jammed yg buat kite lambat sampai opis. Tak pasal2 kena marah ngan boss, terus otomatik spoilt mood kita kan? So tak semena2 nak buat kerja lain pon terus tak best dah. Dahtu, org sekeliling yg tak bersalah pun habis kita taknak layan. Dengan kerja2 yg bertimbun pulak, terus lah rosak satu hari kita tu. Rugi laaaa....

Have we ever noticed that di sebalik kebengangan and kemarahan kita tuh, theres a THING yang melompat2 terkinja2 kegembiraan?  Nak tau sape? Syaitanirrajim.

Seawal2 pagi lagi bila kita dah bukak mate, setan ni akan berusaha supaya kita takkan menjadi org yg baik. Tak boleh guna cara A, dia corner ikot jalan B pulak. Macam2 care lah dia buat supaya kita ni tak jadi muslim/ah yg baik. Kalau kita tergolong dalam group yg tak aware dngan perkara2 cmni, rugi la... so make sure kita selalu ingat yg apabila setiap perkara tak elok atau tak baik datang approach kita, banyakkan istighar, tolong lah bersabar.. dan sangat penting untuk kita berfikiran positif. Barulah boleh elak sangka2 buruk nie. Kalau kita bia satu perkara membelenggu kita, macam mane perkara2 baik yang lain nak masuk? So, lepaskan perkara2 buruk tu.

Walaupon seawal pagi lagi kereta kita dah dilanggar lari oleh mat rempit yg tak bertamadun, jgn di sebabkan satu kejadian tuh, kejadian2 yang lain dalam hari kita, kita dah malas nak enjoy. =) we faced so many amazing things in our daily life act, so teruskan untuk menikmati kehidupan kita kat dunia ni tanpa mengikut hasutan2 syaitan yang sangat inginkan kita untuk bergaduh, bermuram durja, bersengketa, berdengki2, and bla bla..

Selalu lah pujuk2 hati tu ye. Jgn ikutkan sgt rase benci, marah tu. Ingat. Tu semua Syaitan. Benci kat Syaitan kan? So, buktikan. Kalau kita marah2, maksud nya kita sokong dia. Nauzubillahi min zalik.


Hari2 jadi baik ok. insyaAllah, aman, tenang, dan bahagia. =) lastly, i shared a tips, Senyumlah selalu. Kepada sesiapa pun, di mana2 pun, ape2 keadaan pun. Tiap2 kali kita senyum kepada org lain, secara tak langsung mencetuskan prasangka baik di dalam hati masing2, meraung2 lah semua Syaitan yg ade sekeliling kita tu. =) padan muka Setan.

Wednesday, May 16, 2012

saye berdoa VS saye berharap



Dengan bercakap kosong, hanya akan mendapat angan-angan kosong.
Dengan berusaha, InsyaAllah menjadi nyata.

pikir betul betul

Orang tua2 selalu cakap.

“ nak buat ape2, pikir dulu...”

“ pikir panjang2, masak2, nanti menyesal...”

Betul tak? Pernah tak dgar mak ayah korang cakap macam tu?

Sebenar nye, kalau kita rase kita sendiri tak mampu nak buat keputusan bijak sendiri , ape salah nya refer pada yg tau?

Basically, kebanyakan perkara yang adik beradik aku nak buat, kitorang akan refer to each other. Kecuali angah. Kalau hal2 yg biase macam beli slipper baru, racquet baru, baju or seluar baru, dia takkan cakap ngan sesape. And normally, along pun macam tu jugak.

Tapi kalau bnde2 lain, macam nak beli meja makan baru ke, mak nak cat rumah, tukar fon baru, nak keluar pergi mane2, macam2 lagi lah hal yg lain... kitorang akan mntak opinion each other.

Contoh : my lil sis belajau kat johor kan? Sumtimes dia akan kol and “kakcik, aku ingat nak beli baju/seluar/kasut/beg baru lah.. yang lame tuh dah buruk dah. Dah terkoyak dah pun. Kau rase camne?”

So selalunye aku akan cakap pikir betul2. Dah tak boleh pakai sangat ke. Aku taknak sampai dia membazir.  kalau ade duit beli lah. and aku tau dia pandai pilih and tak beli yg mahal2 melampau. Summore,  Mak selalu pesan. Kitorang belajar lagi. Sesuaikan keinginan dengan keadaan kitorang. And kadang2, aku akan cakap, balik lah dulu, nanti kite cari and beli kat sini. So kitorang boleh buat pilihan sesame kan? In fact, kalau ade brg2 ape yg dia nak, aku akan pergi beli and carikan untuk dia ja. =) ( your luggage was the bestest pick ever i had choose rite?)

Contoh 2 : “ Mak, malam ni kakcik@nini ingat nak pergi tengok wayang lah. boleh tak?

So, depends on situation jugaklah jawapan mak tu.. “Alah.. malam ni malam Jumaat lah.. tak payah lah. tak eloklah. Lain kali jer. Pergi waktu siang lah” ATAU “awak nak pergi dgn sape? Jage diri elok2. Cepat balik tau. Jangan melarat2 singgah tempat lain plak dah lewat2 tu” =)

So, selalunya, walaupun jauh, kitorang akan tetap berhubung. Ape2, kitorang adik beradik takkan memandai buat keputusan sendiri. Its not that we r not independent, its just that we are growing up by this kind of lesson from our family. =) . Fikir betul2 so that setiap ape yg kitorang buat kitorang memang takkan mngeluh ataupon dapat susah.

Mak pon for sure tak nak kitorang buat bnda atau perkara yg akan mnyusahkan diri kitorang kemudian betul tak? So nak buat ape2, memang dia suruh kitorang pikir betul2. Ingat lagi time aku ngan Nini mula2 nak pi sambungbelajar dulu. Mak cakap “ awak org pikir betul2. Rase2 boleh tak nak pergi belajar, dengan course tu. Kalau rase tak larat, rase tak boleh bawak, baik jangan. Nanti susah kemudian awak org jugak yang menyesal. Pikir masak2. Ade mase lagi nie”

Ape pon, semuanya dia mintak kitorang adik beradik pikir panjang2. Time along nak kawen “ awak yakin dah ke ni? Pikir masak2. Jgn ikut suka je. Pikir betul2.”

And so far, wat ever happens in our life, dia jadi ok. I mean, dengan semua bnde and perkara yg kitorang pikir kan betul2 tu, kitorang tak dapat susah. ( walaupon tak sesenang org lain ) u got wat i mean?

So kesimpulan dia kat sini, nak buat ape2 pon, walau sekecik mane pun hal tu, pikir kan betul2.

Mungkin bile kite pegi jalan2 kat Mall, and kite ternampak satu handbag yg cantik ni kebetulan ade sale pulak, kite terus beli sebab kite pikir pendek “ sale lah, rugi ni kalau tak beli” tapi kalau kita pikir panjang “ sale ni bile2 Insya Allah ade lagi , beg sekarang pun ade 3, 4 elok lagi. Tgu lah kalau ade yg rosak nanti, baru gantikan. Tak lah membazir” see the different?

Bukan dari segi material je. Sosial pon same. Kalau kita duk marah2 and berkecik hati kat org. Kita suka ambik jalan pendek “ lantak lah kau. Kau ingat bagus sangat? Aku malas nak layan kau lagi. Ramai lagi org lain ade” while as, sepatutnya kita pikir betul2 “ takpelah, mals lah nak gaduh2 nie. Mood masing2 pon tak elok nie. Harap2 esok lusa ok sebab kot2 lepas ni kalau susah ape, mungkin nak kena mintak tolong” pikir la betul2 k. Seriously ke korang sgup bermasam muka, tak bertegur semata2 bnde kecik yg boleh setel?

Cmon guys. Perubahan yg kecik, bawak perbezaan yang besar. PIKIR BETUL BETUL. =)

Tuesday, May 15, 2012

metal tech 2012


assalamualaikum.
hari ni agak letih. mujur lah aku tak puasa. kalau tak munkin tercungap2 jugak. =)

gerak dari opis, pkol 12. singgah makan tgahri kat Sunway Hotel Resort & Spa. ( makan ngan bos kan... ) makanan punye laa banyak. aku terpikir, yg lebih2 tu japgi diorg buang atau waiter2 akan tapau? kalau buang, adoiyai. sumpah membazir gilaa. Rasulullah mesti sedih sgt tngok umat2 akhir zaman ni membazir sampai mcm tu sekali.

then dalam pkol 3 gerak ke PWTC untuk Metal Tech 2012.



 ape benda tuh?  Metal Tech is the venue of choice for professionals in the manufacturing sector in search of products, services and news in the industry. The show has been proven to be the perfect meeting ground for product manufacturers to network and do business with their customers and suppliers.

Niosh nak bukak satu lab baru kat JB. Thats why laaa...
pening jugak kepala aku dgn org2 ramai kat sane. perut pon sebu, tekak loya... ape pun tak boleh!



then pkol 4.30 ondaway balik bangi. yg best tuh, my boss pasang cd Azhar Idrus dalam keta dia. so sepanjang perjalanan aku hepi je lar.. ( to be honest, dalam bnyak2 bnde yg jadi hari ni tadi, part ni je yg paling aku suka =)

(*,^) NEW EXPERIENCE, NEW EXPOSURE. alhamdulillah.

Monday, May 14, 2012

oh please!



Orang lain pun ade kerja, ade masalah.

Tolong jangan pentingkan diri sendiri!


semuanya sementara.

iman & imam.



Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANNYA HEBAT, maka dia akan memimpin dengan baik tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.

Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMNYA. Dan sudah pasti dia mahukan calon imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal imam, lebih penting daripada memilih bakal makmum.

tahniah City.


First of all, selamat bersenang hati  kepada semua peminat Manchester City selepas ‘KITA’ berjaya menjadi juara keseluruhan Liga Premier Inggeris malam tadi. Wahh. Dan2 je KITA kat situ. Huhuhu...

Actually, aku sendiri salah sorang peminat Manchester City. Rase nye semenjak season lepas lagi. Ikut perkembangan match diorg, mata, kedudukan team nie. Tambah plak Angah pon sokong diz team. So kitorang same2 duk tengok bola and jerit, and tension and sorak kat rumah. Kalau aku ade kat shah alam, selalu my sayang @rafidah512 akan teman pergi tengok bola.. but for sure, angah and aku mesti texting each other and kalau pasal sport nie, memang tak tdur pon xpe..  ( sorry adik, coz dia fans Tottenham )

Selalunya ramai org cakap, “pompuan ni bukan reti sgt tengok bola. Over je lebih kadang2”. Yaup! Aku sangat setuju. menjerit2 kemain, kadang smpai ade yg mencarut, mngalahkan pengurus pasukan. Tapi aku pon tak nafikan yg memang ade sesetengah pompuan sgt fanatik pada bola mengalahkan lelaki pulak. Kategori aku, peminat setia yg biase2 je. Takdelah sampai sebuk nak berkumpul2 kat mamak 3 4 pagi, pakai jersi2 cat2 muka ape bagai and jerit2 and lompat2 macam org gila. Kadang2 bila tanye kat diorg tu pon, “tau x sape main untuk City?” diorg tak tau pon. Hampeh...

Satu pkara lagi, in my class, theres a lot of ManU , Chelsea, Liverpool fans, and suprisingly, aku sorg ja sokong City. So diorg2 ni pun kuat la membahan and mngejek2 team yg kalah. Dulu, cepat je aku dapat mesej “bosan lah duk atas ni kaksu, cepat la naik” . so sekarang bile team aku dah duk atas, henpon semua dah hbis kredit ey? Hahahahahhahha. ( yg ni aku suka )

So, for last 10 games lah tak silap aku, aku ngan angah keep updating each other pasal bola nie..  sampai lah the moment nak make sure City menang tuh, memang kitorang tak senang duduk lah. Lucky Aguero jadi hero and sumbat gol peledak minit 93 tuh. Adoiyai.

boleh bace tak mesej ngangah tu? =)
semangat aku baju biru tudung biru gi opis.
Right after, terus dapat mesej angah, “kemenangan yang sungguh TRAGISSSSS.....” . aku gelak je bace and reply “tak kesah lah tragis, tragik, tragedi pon.. yg penting MENANGGGG!!!!!” hahahaha
Kahkahakah.... pantas kan? Ntah lah. bnde2 mcm ni, memang boleh buat aku gelak and senyum sumtimes. Spent most of time kat rumah dgn adik beradik lelaki, inilah pengaruhnya kot. ( itu aku belum cerita kitorang main wrestling2 kan? )
O Allah, im so lucky to have dis great brotha.
Niway, tahniah kepada kerja kuat yg akhirnya buahkan hasil yg sangat memuaskan.

Mood : sangat berpuas hati dan gembira.
(*,^) i Love City. ( i mean, all City ) =)

Friday, May 11, 2012

yes. i adore myself.



Sumpah.

Aku hanya insan biasa yang amat teringin menjadi luar biasa.

tak patut.

Orang suka bg statement macam ni.

“ ilmu agama je tinggi, tapi perangai macam haram”

“Nampak macam ustad/ustazah, tapi.....”

Panas tul telinga aku kalau dengar and dapat tau bnde2 macam nie.. dapat plak yg hambur tu, ikut lantang mulut dia je nak bicara sesedap rase ikot hati. Dah tak pikir dah public ke ape ke.. tak pernah dgar ke, IKUT HATI, MATI! Adoiyai. Ape pon tak boleh!

Macam mane boleh keluar statement mcm tuh? Kalau org yg kite kenali NAMPAK seperti baik, maksud nya dia mestilah menjadi baik sentiasa tanpa melakukan ape2 dosa, mcm tu? Kriteria tu memang kena bagi kat org2 baik je ke, org2 yg jahat kalau buat dosa, tak pelah? Cik kak, kepala otak jgn letak kat kepala lutut boleh tak? ( sorry aku kasar sikit )

Kalau org tu dah terang2 TAK NAMPAK seperti baik, dengan memakai pakaian yg ketat2, bersosial tanpa mngenal hukum, so nak cakap dia tak baik lah, dan boleh dimaafkan pulak kalau manusia2 macam tu buat kesalahan? Perrgghh... cetek nye pemikiran. Tak sangke wujud lagi makhluk2 mcm ni kat muka bumi ni. ( Astaghfirullahal A’zim.. marah sungguh aku kali nie )

To be honest, awak tu, sbgi seorg yg tidak lah berapa sempurna keadaanya sebagai seorang muslimah bg saye, terima tak kalau org lain terus2 meletakkan standard yg awak tu bukan org baik, bukan org yg bagus di sebabkan personaliti awak? Mesti awak pun marah kan? Tau awak sakit hati kan? Konpom seminggu plak awak nak melenting kat Fb awak lah, blog awak lah.. Tapi realiti? Hakikat? =)

Sebenarnye bagaimane pun keadaan seseorang hamba kat  muka bumi ni, kita takde hak ape2 nak menentukan ape lagi menilai2 sesuka hati kita. Ingat semua org yg alim, yang warak, yg bertan2 ilmu agama dalam dada tu, tak di uji ke time hidup kat dunia nie? Hello! Lagi teruk dari dugaan untuk awak tau! Jadi kalau golongan2 mcm ni buat kesilapan, kenapa taknak ambik dia sbgi lumrah yg manusia memang akan buat silap? Manusia memang takde yg sempurna. Mungkin kali ni dia betul2 silap, dan kalau pon kesalahan tu dikira satu dosa, dah dapat satu dah kat dia. Tp yg lain alhamdulillah, mungkin dia bnyak yg elok. So then, cube cermin diri kita pulak? Jgn cermin muka je please.. cermin iman dalam hati, agama dalam dada.

Bebaru ni aku dengar satu ceramah agama kat IKIM. Memang betul pon ape yg Prof Muhaya tu cakap. “ape yang kita tunjuk, itulah diri kita. Saye sedih melihat golongan perempuan zaman sekarang yang seolah2 makin lupa pada hukum agama. Theres no such thing that mulut je jahat, tapi hati baik. Kalau hati tu betul2 baik, masakan mulut dia sgup keluarkan bnde yg tak elok, mngumpat, mngutuk sane sini. Mulut yg baik berzikir dan memuji yg baik2. Limau kalau diperah, tetap keluar jus limau. Kalau yg baik kita tonjolkan, baik lah dia. Tak perlu bising2 org pon pandai menilai. Tapi kalau buruk yg kita pamerkan, jngan lah marah kalau orang menganggap kita same dngan ape yg kita tunjukkan. Sebab pilihan tu kat tangan kita.”

(*,^) Pikir lah.. Syaitan cume hanta Konstabel je nak menggoda manusia2 jahat mcm kita ni yg terlalu mudah nak dengar hasutan diorang. Tapi Syaitan hanta Jeneral untuk goda org2 agama, org2 baik, untuk make sure diorang pun buat silap tau! Tapi diorg sanggup sebab diorang percaya Mujahadah tu Pahit sebab Syurga tu Manis.


Wednesday, May 9, 2012

Summit.

assalamualaikum wbt.
hari ni cuti. tak pernah cuti lagi sepanjang duk buat praktikal ni.
hajat di hati nak keluar dgn Dot ni and hanta dia ke Uitm terus sebab dia ade game minggu nie. lagipun, dah lame kitorg tak jumpe and gelak sesame, jalan and makan sesame.
kan kan kan


 y summit? cause we both tak pernah sampai sini lagi.. =) summore, dia jadi senang lah sebab japgi nak hanta si dia ni ke Uitm. lagi dekat, compared initial plan nak ke KLCC.

 Chatime. bersungguh pergi sini sebab duk sebuk nakkan bubble tea dia tu je.. =) dulu kat uitm selalu minum flava Apple. pastu mintak pearl lebih, bile kena cas lebih 1.50, rase tak berbaloi. hahahahah.

 sebab teringin nak rase flava baru diorang jugak. Banana. sangat sedap. tak terlalu manis. and tak muak walaupon bnyak rase susu. while as, for me, Lychee tak berapa top sgt sebab manis dia sampai ke tekak. =) kurang kan manis dalam minuman, bnyakkan manis dalam senyuman kan?


 maksud tulisan tu, Chick Rules. series ok. =)



 sebab dia terigin nak makan. kite ikotkan aje... kenyang, alhamdulillah.


 sampai berpeluh2. bukan menangis tau!

 singgah sembahyang zohor kat Masjid Pusat Islam Uitm. tak tau kenapa aku akan jadi sangat suka and excited kalau masjid yang aku pergi, ade aircond. syiok wooo... tenang dan sejuk je nak perform ibadah kan.. =)




jage diri awak. elok2 training and perform untuk game, ok. Insya Allah, panjang umur nanti, kita jumpe lagi.

Monday, May 7, 2012

badly hurt.


Sudah jatuh, ditimpa tangga. Familiar dengan ayat ni kan?

Maksud dia, dah dapat kesusahan, pastu ditimpa kesusahan yg lain pulak. Berganda2 lah kesusahan tu jadi nya.

Tipulah kalau perkara2 mcm nie tak pernah jadi dalam hidup korang semua. Tapi.. kalau seriously tak pernah, memang aku je lah org yg malang dan kurang bernasib baik kat dunia ni.

Dah lah dah jatuh, sakit dia Nauzubillah nak tahan. Lepas tu ditimpa tangge pulak, terus tak bermaya rase nya. Besar betul dugaan yang Allah bg nie.

Bila masalah datang, aku jarang melatah. Yg aku perasan, aku akan banyak keluar.. maksud aku, jalan2, pergi jogging kat taman, makan2, tengok wayang.. jumpe kawan2, sembang.. then tension or stress tu skit2 akan hilang.. kalau duk rumah, aku akan rase teperuk. Then buat aku tak boleh lupa masalah tu.. so aku tak suka kalau masalh tu bwat aku tension and then tak pasal2 semua org kat rumah tuh yg tak bersalah terpaksa kena tempias dia jugak.

 Pernah sekali aku ade masalah kat Kolej. Biler balik rumah, satu hari aku tarik muka dengan mak. Langsung tak bercakap dgn adik, ngangah, and ape yg aku bwat cume duduk layan movie kat laptop dalam bilik sorg2 sampai malam.  Pastu aku terpikir “ape salah mak? Ape adik dah buat kat aku? “ sangat tak berhati perut aku sakitkan hati mak macam tu kan? So.. dats y kalau ade masalah, aku suka keluar.. itu rasional dia. Meanwhile, aku tak nafikan kalau memang time tu aku ade kat rumah, aku solat lah.. bnyakkan mengaji dan berzikir. Dengan zikir kan hati jadi tenang..

Cume bebaru ni, masalah nampaknya sgt suka datang and hadir and jenguk diri aku. Tak setel yg satu ni, datang satu yg lain. so buat aku rase sgt sedih, kecewa, dan tak bermaya. O Allah, please...  jgn lah kau timpa lagi masalh dalam hidup aku sebelum aku setel kan dulu yg mane ade ni. Please.. aku merayu sgt.

Untuk sesiapa je yg melibatkan aku dengan masalah ni secara langsung ataupon tak langsung. Percayalah, aku cuba sebaik mungkin untuk memaafkan. And how i wish that i have short term memory so that i can forgive and forget.  Perkara terjadi ade alasan dia. Manusia buat salah, pun ade alasan dia. Either its too good, or too bad.  

Sadly, aku yg terpaksa diheret dengan masalah2 nie sgup berdepan and cuba terima hakikat sebaik mungkin tapi org lain boleh bg alasan “malu?” untuk berdepan hakikat kesalahan dia sendiri..

(*,^) tau tak kalau kita bwat salah, org akan pandang rendah pada kita? Itu lumrah. Tapi kalau kita bwat salah dan biarkan salah tu terus mnghantui kita, itu bodoh.  


Saturday, May 5, 2012

buah hati saya.



yes. i love them both. setiap hujung minggu akan di habiskan berguling2 dengan diorang, layan kerenah diorg yg makin macam2, and teriak diorg yg makin kuat sampai boleh jadi migrain. love u, Iris Qistina & Raiyan Amsyar.

Friday, May 4, 2012

tq ustad =)

assalamualaikum wbt. first of all, tq kat ustad sebab belanja kitorang makan =)



see? yg kiri tu lah ustad kitorang... ape name ustad ek? adoi lupe plak. Rashid kot. kan bebaru ni MAB dapat Bonus, ( ustad ni keje kat Masjid KLIA )  so ustad cakap nak belanja kitorang satu family makan. kitorang pun tak sampai hati nak pokaikan ustad kaw2, so ajak makan nasik arab je kat Nilai nie. nak pergi ke Sabaa Cyber tuh, jauh sgt plak. sebab along tgal kat rumah ngan baby. mak cakap pantang tak hbis lagi, jgn keluar rumah.. =)


 mak ni, baru je habis keje petang. ambik dia kat airport, terus datang sini.


 sebenau nye, aku diet. sebab tu makan double beef mush je. hahahahhha. =)


nini pon baru sampai dari Johor petang tadi..

By The Way, kemungkinan besar, personally aku takkan datang makan sini lagi. first, makanan dia boleh tahan tapi sedap lagi kat Sabaa. second, servis dia sgt lambat. kenapa lah kedekut sgt nak hire staf ramai sket? susah aku nak terima kalau makanan dah sampai setengah jam, pastu baru dapat air. kalau tngah makan tuh ade yg tercekik mcm mane? third, ntah lah. tapi tak berapa seronok lah makan kat sini. yg penting aku dah try n lepas ni tak nak dtg lagi. tq.

enlighten me.

Salam semua. Selamat hari jumaat.

Basically, hari jumaat memang salah satu hari yg buat aku rase sangat gembira. Sangat ok. Seriesly. Not only bcoz of aku akan rase sgt excited untuk  pakai jubah setiap jumaat, tapi disebabkan  pahala mencurah2 yg kita boleh dapat lah. Pahala selawat yg berganda2, pahala zikir yg berganda2 jugak, and pahala senyum yg berganda2.  Senang citer, semuanya DOUBLE la hari ni.. 

So, nak cakap kat sini, kalau lah hari jumaat aku akan di spoiltkan oleh ape2, aku akan rase DOWN. Aku akan rase bengang and cakap dalam hati aku “ tak boleh ke nak cari pasal ngan aku hari lain?”
Haa... sampai macam tu sekali kan. Aku tau perangai aku teruk. And kolot wat so ever. But yg penting, bile aku stress or tension, aku takkan lepaskan kat org lain. Sungguh tak adil ok.

Like wat happen today, aku lepaskan perasaan kat blog nie. Heee....  tapi kisah dia, bukan tension or robek jantung..
Bebaru ni, aku ade noticed dat dis one fine girl seems meniru2 and mengikut2 care aku. Aku kate meniru lah sebab dulu aku kenal dia tak macam tu pon.

 ( THIS IS SERIOUS OK. BUKAN SOAL PERASAN OR PERASAAN )
The way she dressed, the way she acted, and for sure the way she expressed her thoughts. Damn similar.. memule aku cam perasan tuh, aku bia jer.. yelah, kot aku je yg memandai kan. Aku bukan retis pon org nak mngikut2 nie. But then, bila aku rase macam ape yg dia bwat dah agak mnyerupai gaye dan care aku, aku mintak org lain tolong tengokkan same. And nak tau ape komen aku dapat? “Haah lah.. same. Hahahahahhahaah....”

Makin hari, makin same... and awkwardly, aku tak tau ape yg patut aku rase.. Yelah. Kalau Rihanna, Posh Beckham yg jadi ikutan, of course diorg ghase bangge kan? Tapi kenapa aku tak rase cam tu? Ade satu perasaan serba tak kena bila seolah2 aku dapat tengok pantulan diri aku kat org lain. im sorry i felt that way. N worstly, i felt annoying. Sebab kenapa nak merubah diri tuh dan mngikut2 care org lain. jadi diri sendiri je lah. Tak susah ke nak mngubah2 care, style yg awak dah ade selama ni semata2 nak buat diri awak nampak same mcm org lain yg AWAK SANGKA lg better? Ulang, AWAK SANGKA. Coz im seriously bukan macam ape yg awak pikir. Stop buang mase ok.
Lastly, kalau ape yg aku cakap ni nampak macam tak patut sebab ade korang2 yg rase “ish, biarlah. Sukati dialah nak ubah care dia and ikut2 ape yg dia suka. Itu hak dia kan. Hana Tajima tu sengaja publish kat Utube care dia pakai shawl nak bagi org ikot” Ouh Hello. Itu Hana Tajima. Aku Syuhada Mokhtar ja! Aku tak taulah kalau aku teruk sgt sebab pikir mcm ni. Tapi kalau aku salah, please, do enlighten me.

(*,^) sorry aku rase pelik bile tengok kau pakai baju macam aku, ambik gambar macam aku, and aku tak boleh tahan gelak sebab kau dah mula cakap macam aku. =)

Wednesday, May 2, 2012

keypoint.



Pernak tak kite tertanya2 sebnau nye dalam hidup ni, ape titik yg mentukan same ade kite dah dikire berjaya atau belum?
Org kaye ade yg berjaya. Org miskin ade yg berjaya. Orang yg gagal ade yg berjaya. Org yg berjaya terus berjaya dengan jayanya.

Tapi, ape sebenarnye requirement atau guide yg kite nak point untuk kate dia tu berjaya?

Kereta besar? Banglo 3 tingkat? Travel 2 kali seminggu?  Ape lagi?

so basically, untuk tau ataupon at least mngukur kejayaan seseorang, adalah  dengan kesungguhan dia untuk sentiasa menambah pengetahuan, meningkatkan prestasi and berubah menjadi yg lebih baik. Yes! Thats it! BERUBAH MENJADI YANG LEBIH BAIK.  Itulah org yg berjaya.

Ondaway ke Klang kemarin, aku dengar IKIM.FM time magreb tuh. Cakap pasal titik penentu kejayaan ni lah.

Mcm mane seorg perempuan ( contoh lah ) mengambil mase yang amat panjang dalam hidup dia untuk sambung belajar. Tadika, sekolah rendah, sekolah menegah, universiti, degree, master, phd and sampai lah ke tua...

Kemudian satu hari kakak dia bersuara “akak tumpang simpati lah dgn kau ni.. tak sangke kau sgup susahkan hidup kau bertahun2 untuk belajar” ( kalau akak aku yg cakap macam ni, memang aku suruh mak aku sumpah dia jadi peti ais je. =)

So, berjaya nya si adik ni tadi sebab dalam hidup dia terus menerus menuntut ilmu dan membuat perubahan agar menjadi lebih baik. Sentiasa ingin mengetahui dan menambah ilmu yg ade. Sedangkan si kakak telah mencapai satu titik kepuasan pada diri dia sendiri dan membuatkan dia berhenti mencari, menggali, dan meneroka dunia ni. Itulah contoh org yg gagal. Org yg mudah berpuas hati dgn ape yg dia ade dalam hidup dia sedangkan realiti nya, masih bnyak yg dia tak tahu.

So, kesimpulan dia. Kalau seseorang tu mempunyai tahap kemampuan yang lebih dari org lain, asalkan dia terus berusaha, dia adalah org yg berjaya.

Kalau seseorang tu hidup susah sekalipon asalkan dia berusaha untuk menjadi lebih baik lagi dia tetap org yg berjaya.

Tapi org kaye yg berhenti untuk berusaha menjadi yg lebih baik, dia adalah org yg gagal. Dan org susah yg juga tidak berusaha untuk menjadi lebih baik, juga org yg gagal.

Tak kesahlah kat gred mane, takuk mane, level mane pun kite berada, asalkan memang kite berusaha untuk terus menerus menjadi yg lebih baik ( duniawi & ukhrawi of course ) , kita sebenarnye adalah org yg berjaya. Kesusahan dan kesenangan hidup yg sibuk kita banding2kan tu semua sebenarnye kerja Allah. So, takde istilah org yg kaye berjaye, org yg miskin gagal. Itu TAKDIR tahu!

semoga kita menjadi org yg berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

the only thing matters.


U soothes me. More than anything, and anyone.
Dont break my heart. I mean, again.