Saturday, May 19, 2012

Ibu Mithali Ibu Sejati

sempena hari ibu, aku bawak mak pergi dinner anjuran IKIM.FM kat Blue Wave Shah Alam.
yang best nya, dari siang tuh aku duk gosok baju, tudung dia, dia tak tau pon aku nak bawak dia gi mane. lepas smbahyang Maghrib kat masjid shah alam, kitorang terus gi Blue Wave. masuk2 je kat hall tuh, dia terus cakap ngan aku, "Mak rase macam tak percaya je boleh ade kat sini"
giler kau tak terharu mak sendiri cakap macam tu? ini seprais kakcik untuk mak.
aku tanye kat dia " ade tak dengar iklan dinner ni kat radio?" dia cakap "ade. hari tu dengar dalam kereta dngan cik ros, dia cakap kalau dapat pergi seronok ni, tapi mak cakap la jauh, tak sangke plak dapat datang"

festime aku dgar iklan dinner ni kat IKIM, aku terus mintak opinion kanda tanye dia ok tak kalau aku nak buat seprais kat mak. tambah2 plak ade Dr Muhaya jadi jemputan khas, actually, mak aku memang minat giler lah kat Dr Muhaya ni. tiap2 segmen Dr Muhaya kat radio, mesti tak tertinggal. yang kat astro plak, kalau tengok ulang2 pon takpe. dahtu, siap duk mesej semua adik beradik dia suh dngar same.
and bile kanda kate cdgn aku ni bagus, so aku cepat2 kol and book.

 muke mak dapat seprais.



 untung jugak dapat table depan stage. mungkin sebab book awal kot. alhamdulillah.



 suka sangat lah dia.. timing mak pergi bergambar dengan dia ni, memang tepat betul. elok je mak blah dari situ, terus dia kena kerumun, so org lain tak dapat lah nak ambik gambar peluk2 cam mak ni. =) dah balik rumah pon 2 hari duk cakap pasal Dr Muhaya lagi.. Mak, kakcik tak janji, tapi kakcik akan cuba usaha yang satu hari nanti kita boleh makan semeja dengan dia ye. mak tanye lah dia sampai dia penat nak jawab semua soalan2 mak tu ok? heheheh


 kak zuhaila ngan mak dia, semeja dengan kitorang.


mak, i love u soo much. puas aku duk tahan, tapi tumpah jugak air mata aku kat sini. kegembiraan yang sangat jelas kat muka dia tuh, buat aku sedar, jarang2 je aku ni sbgi anak buat dia rase senang hati and enjoy ape yg dia betul2 suka. Oh Dr Muhaya, tolong datang rumah kami. amin amin amin.

No comments:

Post a Comment