Wednesday, October 24, 2012

finish my exam

habis sudah exam ntok sem lima. i feel awesome.

Monday, September 17, 2012

sabar laa =(



manusia di sekeliling kita boleh jadi membantu atau menghalang kita dari masuk ke Syurga.

Saturday, September 15, 2012

Pan Pac Raya.










salam semua. 
macam tahun2 sudah jugak. selalunya family den mesti pergi kalau pan pac buat jamuan raya. 
tahun ni kemain awal kitorg plan nak pergi. konon taknak berebut2 dengan org. 
so dari rumah pkol 1230 dah kuar...
tapi lahaiiiiii
sampai tu pon org dah ramai. agaknya subuh2 lagi dorg dah sampai kan. 
tapi masih bnyak lagi seat kosong and kitorg tanpa membuang masa serang semua kaunter yang ade.
seghonok gila makan sebab satu hari tak payah masak hari ni.
YEA!!!! 



Friday, September 14, 2012

tahlil & yassin kat rumah =)








p/s : mak cakap sempena adik nak PMR and aku nak final exam =) tq mak.




Thursday, September 13, 2012

Flaming Steamboat Sunway.


kenyang sangat sangat lah datang makan kat sini,. pastu bla pikir pikir balik, jelas gila dengan bos dia sebab ade kedai yang maju mcm ni.... 


 dari appetizer sampai ke dessert, semua nya ada. same ade larat atau tak je nak makan ok.





hope lepas ni boleh datang lagi. betul2 fall in love lah dengan udang dia ngan mussells dia yang banyak giler tuh, awww.

Wednesday, September 5, 2012

famili kita



#our beloved family.
#kenangan last semester.
#sayang korang semua.
#jgn lupa datang rumah aku tahun depan.

beraya lagi =)

 tak habis lage beraya. =)  time ni pergi umah Adam kat Meru. budak2 ni tak cakap tak jauh sgt, tapi aku rase mcm dah ondaway balik rumah aku dah.
mak adam ni masak banyak. ada mee kari ngan kuey teow goreng. pastu ada kuih cornflakes madu yg sedap. aku jarang suka bnda2 manis ni tapi kali ni betul2 sedap.







ha, ini muka gembira ni kat umah diman ( adli safwan yg pakai tshirt itam belakang den tu ) aku rase open house ni cukup cukup cukup best sebab mak dia punye nasik ayam memang POWER! . mak dia masak 2 periuk boleh setel kot. siap masak round ke 3. dah tu goreng kuey  teow lagi sambil budak2 ni layan arsenal vs Liverpool kat rumah dia.  

kepada sesape yg nak buat open house lagi, sila2 lah jemput saya. =) terima kasih.



Monday, September 3, 2012

OpenHouse Rally

 
HARI JUMAAT. rumah Abbas. dekat je. kat sek 7, belakang UNISEL. lepas maghrib terus gerak pi makan kaw kaw umah dia ada mee kari and nasik tomato.
kebetulan hari ni aku puasa, ape lagi melantak ta hengat lah.
tak tau apa yg slack, esok aku sakit perut. lol =(
 
 
HARI SABTU. hari ni ade 3 tempat. first sekali umah family Madam Account kitorang. punye laa sampai Segambut, KL kitorang pergi. tapi memang cukup ter ter ter terbaik! ade stesen laksa, spaghetti, lontong, ayam panggang,bihun, nasik goreng, stesen air sampai 3 jenis, chocolate fountain, popcorn, susah lah nak cerita keseronokan open house ni. =) TQ SO MUCH Madam sebab jemput kitorang.
 
 
 
rumah datul kat Klang. dari pagi dia masak. takkan taknak pergi plak kan?  memang sakit pinggang aku dari kl patah balik shah alam and pergi klang.
( semua pujuk hati masing2. "raya kan..." last sem pulak tu, ikotkan aje lah )
tapi bubur durian tuh memang sedap laa..
rugi sebab roti jala dah abis. takde rezeki nak rase.
 
 
 
balik dari rumah datul sempat lagi singgah klang golf country club lepak2 ambik angin petang tengok matahari terbenam. bila agaknya dapat duk atas bukit betul2 and tengok matahri naik plak kan?
=0
lepas ni nak pergi makan besar kat umah nenek ain plak, rumah yang ke 3 laa. so bg perut rileks sket.
 
balik dari rumah nenek ain tuh, memang kenyang tak terkata. rase nye festime aku pergi sampai 3 open house satu hari.
 
 
 
HARI AHAD. ni plak time pergi umah Aizat kat Serdang.depan umah dia ada tasik, so kitorang lepak situ tenangkan perut.  gerak lepas zohor. sumpah nak patah pinggang aku. tapi kawan2 punye pasal, raye plak tu.. so takde hal laa. lagipun makaroni yg mak dia masak tu, sedap. alhamdulillah.

thanks kat semua kawan2 yg jemput dtg rumah. and thanks jugak kat semua kawan2 lain yg mnjemput tapi  tak sempat nak datang. =(


cantik bukan subjektif


Aku tak kata ape yg orang duk kata2 selama ni salah. Sebab org suka cakap cantik tu subjektif. Kerana dia susah nak dikata, sukar nak digambarkan, and cantik ada banyak jenis. Ada org suka putih, ada orang suka hitam. Ade kate Kebaya cantik, ada kata Jubah yang cantik. =(
Maksud aku kat sini, tak semua cantik tu tak boleh dikelaskan sebagai satu cantik. I mean, cantik.

Mesti ada satu benda yang semua org kat dunia ni kena setuju bahawa itulah yang cantik.
Mcm mana?  Sebenarnya perkara ni tak payah nak argue panjang2. Dalam Quran dah cakap, hadis2 banyak dah cerita. Benda yang paling cantik kat dunia ni adalah WANITA SOLEHAH . Cmon guys. Takkan korang taknak setuju kot?

Perempuan yang menjaga diri, tutur kata, perangai, akhlak dan kecantikannya, dia lah yang CANTIK. Or maybe, PALING CANTIK. And aku berani cakap, gerenti satu dunia akan setuju bnda yang sama. Yang tak setuju tu kena polish hati sket.
So bila ada kawan2 or sesape yang suka cakap “Cantik kan dia syu?” “tengok tu, cantik kan dia?”. Ataupon tengok gambar kat internet “cantik kan?” Susah aku nak jawap. And aku pon terpikir. Memang dia sengaja tepek berpuluh2 gambar dia kat internet ni untuk org tengok , comment and puji ke? Extremely pathetic laa kalau mcm tu.

Bagi aku semua org cantik. Allah jadikan semua org ade kelebihan,nur, dan aura dia masing2, terserah diri sendiri nak “tayang mcm mane”
So untuk level kita2 yang biase2 ni, pendek citer  camni lah pandgn aku. Kalau kita pon tau cakap yang setiap Allah jadikan tu dah memang cantik, dah tu kenapa pi gatai2 tgn tu nak cukur2 and buang alis kening tu? Sebuk nak tukar2 kaler rambut dari itam pegi pink, merah, kuning. Nak jugak pakai ketat2 nak tunjuk sgt bentuk bdn tu.. sebab kalau kita dah tau yang kita memang cantik, tak perlu buat semua tu pon. So kepada sesape yg buat tu.. sorry fellas, i olls rase CANTIK takkan wujud dalam kamus hidup anda.



=) Muka tak perlu make up tebal untuk nampak cantik. Tapi hati kena make up bia selalu cantik.

Friday, August 31, 2012

dah senang nak senang.


Percayalah, sebenarnya apa yang kita ada ni, dah terlebih2 cukup untuk diri kita.
Sama ada kita nak rase syukur tu ada dalam diri kita, atau tidak.
Dan percayalah kalau sesekali kita pandang and rase orang lain ada kurang dari kita and rase berbangga sebab tu, humm.. Sebenarnya kita lah org yang lebih kurang dan paling rugi.

#PremiumRush Time



PH. so boleh tahan jugak org dtg tengok wayang kan. datang tengok wayang ni sebab tak de buat ape hari ni  ( sebenarnya assignment bertimbun2 ) so, kitorang pon puasa dah jimat duit tengok wayang tak payah beli pop corn ngan air kan? tapi terliur jugak tengok org lain makan and minum. Sabar je laaa..

 
org tak ramai  untuk citer ni, so kitorang boleh bergerak dgn bebas..
 nampak tak? gambar tu bergerak kan?
hahahah =)

Monday, August 27, 2012

miskefahaman


Salah ertikan. Misunderstanding.

Same je la tuh. Kan. So ape nak buat kalau dalam keadaan mcm ni?

Nak biar, rase panas plak hati kita.

Nak fight balik, org kate kita sebuk nak tgakkan benang yang dah basah.

Nak mengadu kat org lain, ntah dia paham ke tidak kang.

Buntu kan?  Sedih and marah berkumpul sebab tak puas hati betul rasenye bila ape2 yg dicakap atau dibuat, DISALAHERTIKAN.

 
So manusia2 luar sana, kalau rase2 tak paham and tak tau pucuk pangkal cerita, jgn pandai2 buat cerita k. Annoying tau tak.

jom puasa 6.


Di Dalam Riwayat Hadith Muslim :
Barang siapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian di ikuti pula dengan Berpuasa 6 hari di bulan Syawal,  maka pahala nya seperti " dia berpuasa sepanjang tahun "

 1. Puasa enam dalam bulan Syawal merupakan tanda kesyukuran seorang hamba kepada Allah SWT kerana berjaya puasa penuh sebulan bulan Ramadhan.

2.  Barang siapa yang berjaya berpuasa enam dalam bulan Syawal , itu adalah merupakan tanda Allah s.w.t telah menerima puasa Ramadhannya.

3. Puasa enam dalam bulan Syawal merupakan tanda kerelaan hamba-Nya melakukan ibadat kepada Allah yakni tanpa rasa ada paksaan.
4. Tanda kerinduan seorang hamba untuk melakukan ibadah kepada Allah s.w.t secara berterusan.

5. Puasa enam menggantikan pahala solat sunat rawatib.
kami berpuasa bersama. InsyaAllah. dah habis 6 tuh, baru lah kami betul2 Beraya.. =)

shah alam? again?


Balik shah alam memang betul2 buat batin aku terseksa.

Ya Allah, Kau permudahkan dan habiskan semua ni dgn jaya dan pantasnya. Amin.

selagi kau sayangkan aku.




As long as you love me [x3]

We're under pressure,
Seven billion people in the world trying to fit in
Keep it together,
Smile on your face even though your heart is frowning
But hey now, you know, girl,
We both know it's a cruel world
But I will take my chances

As long as you love me
We could be starving, we could be homeless, we could be broke
As long as you love me
I'll be your platinum, I'll be your silver, I'll be your gold
As long as you love, love, love, love me (love me)
As long as you love, love, love, love me (love me)

I'll be your soldier,
Fighting every second of the day for your dreams, girl
I'll be your Hova
You can be my Destiny's Child on the scene girl
So don't stress, don't cry, we don't need no wings to fly
Just take my hand

As long as you love me
We could be starving, we could be homeless, we could be broke
As long as you love me
I'll be your platinum, I'll be your silver, I'll be your gold
As long as you love, love, love, love me (love me)
As long as you love, love, love, love me (love me)

[Big Sean]
Yo, B-I-G
I don't know if this makes sense, but you're my hallelujah
Give me a time and place, and I'll rendezvous, and I'll fly you to it,
I'll beat you there
Girl you know I got you
Us, trust...
A couple of things I can't spell without 'U'
Now we are on top of the world, 'cause that's just how we do
Used to tell me, "Sky's the limit", now the sky's our point of view (view)
Man now we stepping out like, "Whoa" (Oh God)
Cameras point and shoot (shoot)
Ask me what's my best side, I stand back and point at you
You, you the one that I argue with, I feel like I need a new girl to be bothered with,
But the grass ain't always greener on the other side,
It's green where you water it
So I know we got issues baby true true true
But I'd rather work on this with you
Than to go ahead and start with someone new
As long as you love me

As long as you love me (Love me yeah yeah yeah)
We could be starving, we could be homeless, we could be broke
As long as you love me
I'll be your platinum, I'll be your silver, I'll be your gold
As long as you love, love, love, love me
As long as you love, love, love, love me
As long as you love, love, love, love me (I'll be your silver, I'll be your gold)
As long as you love, love, love, love me
As long as you love, love, love, love me
As long as you love me

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Semua


Allahu Akbar , Allahu Akbar, Allahu Akbar
La Ilaha Illallah Wallahu Akbar
Allahu Akbar Wa Lillahil Hamd.
Assalamualaikum semua.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Honestly speaking, even aku sangat gembira dengan Syawal, tapi hati aku lebih sebak nak melepaskan Ramadhan. Tak tau kenapa. Rase nye dah 2 tahun rase macam ni. Tak sebuk nak sambut raya gila2. Jangan nak kata handbag or kasut baru, baju raya pun tak buat tahun ni. Masih ada baju yang elok lagi, daripada membazir elok aku pakai kan... and summore, sedih lah hati aku ni memikirkan yang ntah sempat ntah tidak nak jumpe Ramadhan lagi tahun depan. Tu yang totally buat aku less excited nak raya kot, ataupun sebab tahun ni aku beraya sebagai orang bujang lagi, tu yang bertambah boring.. heheehhee

Raya is about celebrating kemenangan kita dah berpuasa sebulan, menyambut hari kebesaran dengan penuh kesyukuran dan bermaafan.  

p/s : Dis is wat i love the most about Aidil Fitri.  Airmata yang mengalir rasa syahdu gila kat pipi sambil susun ayat nak mintak ampun kat mak.

salam aidilfitri sayang.


Istimewa untuk teman tersayang.

Selamat Hari Raya awak. Mintak maaf zahir batin ye
ampunkan dosa2 and salah saya pada awak.
halalkan makan minum ( ni yang penting ni )
Terima Kasih sudi temankan saya ke Masjid.
Saya Sayang Awak.

Thursday, August 16, 2012

Elok Elok Jalan


Hati2 di atas jalan raya.
Kawan2 kelas ramai yang balik sambut raya kat rumah naik motor. Korang please hati2 k.
Tiap2 tahun kes kemalangan time raya tak pernah turun kot.
Make sure

1.     Kenderaan korang dah konpom2 dalam keadaan baik. Kalau tayar da botak, bunga pon langsung tak nampak tu, jangan lah cari nahas.

2.    Item2 yang di perlukan mestilah ada. Contohnya baju hujan, duit ( kalau lah ada apa2 jadi kan )

3.    Handphone korang yang mahal2 tu mesti ada kredit nanti kalau kecemasan, taklah korang menggelabah sangat

4.    Korang patuhi arahan lalu lintas and jalan raya. Kalau dah tau jenis drive tuh perlahan je, jgn la menggatai nak duk lane kanan ok.

5.    Jangan bersuka2 sangat. Dan kalau ngantuk, berhenti lah rehat. Jangan paksa2 mata

#Pandu lah dengan selamat. Ingatlah orang yang tersayang.


Wednesday, August 15, 2012

#BalikKampung

ok, untuk pengetahuan semua, katil belakang yang bersepah2 tuh, bukan tempat aku k. ini bilik dot. Katil belakang tu tempat roomate dia. aku duk bilik sebelah, ( sooooorrrrry sket nak kata anak daraa ni teruk k ) hahaha

Alhamdulillah. Kelas nutrition cancelled petang nie. Seronok giler rasenye.

Ikotkan hati macam nak jerit je kat fak tadi. Hahahahha.

Lecturer pon paham mood belajau memang dah takde hujung2 nak raye ni.

So, aku pon bergegas2 le kuau kelas pas jawab test Akaun tadi and balik kolej kemas beg.

Mak, nantikan kepulangan anakmu. YEAH!

Tuesday, August 14, 2012

Total Recall =)


Sempat pulak kitorang ni dating berdua and tengok wayang citer Total Recall nie. Hehe
Ape laaa. Pose2 pon pi tengok wayang. Tapi seriesly, best lah. takde orang kot. Tak sampai 15 orang pun. Kosong and senyap je. Pikiran pun tenang nak concentrate kat movie. Yelaaa,kalau tak selalunya movie penuh je kan. Mane nak dengar budak2 menangis, mane couple2 yang sebuk buat “wayang” sendiri, ( i hate this kind of couple, Nauzubillahi min zalik )   mane yang lupe nak silent phone la. Macam2..

So, dapat tengok wayang time kosong mcm ni memang heaven.
Habis wayang terus sebuk2 pi cari air and port nak lepak untuk berbuka. Pastu semayang baru makan.

p/s : lastday nak berbuka dengan my bestie. (*,^)


Thursday, August 9, 2012

tolong berambus dari si dia.


Apakah perasaan anda bila dapat tau rupanya anda sering di perhati dan di amati oleh org lain?

Seram mak angggg.. ada jugak org mcm ni zaman2 millenium ni kan? Kesian. Tak tau lah same ade kurg kasih sayang, kurang agama atau kurang malu.

Ntah ape bnda yang ada dalam kepala org2 yg suka ambik tau and stalk orang lain ni. Macam dah takde bnda lain nak buat.

Kalau betul takde, meh den nak habaq mai. Quran ada 30 juzuk tau. Surau dan masjid kat selangor ni pun tak terkira, and buku2 ilmu memang takkan habis kat kedai buku tuh. Dan kalau memang tak suka sgt dengan semua tuh, tengok lah tv astro tuh 24 jam dok ada je cerita tak hbis2. Takpun tidur toksah duk bngun2 lagi baik dari intai2 org, sebuk2 hal org.

Masalah kat sini is, aku cuba paham kalau org2 mcm ni sbnr nya konon2 tak dapat nak menahan diri  dari ambik tau pasal org tuh, tapi... as long as kau tak kacau hidup dia, and dia tak tau, ok lah. tapi kalau dah sampai semua bnda kau tak puas hati kau nak kecoh, konon ade bnde kau terasa ape lah kau sebuk nak bgtaw, habis semua kawan dia kau nak sebuk, pe jadah nye semua tuh? Kau tak pelik ke kalau kawan kau cakap “si Polan ni follow aku lah” hai, mcm kenal plak kau dgn member aku tuh? Kalau bukan sebab kau nak jadi STALKER YANG LEBIH BERJAYA, takkan kau buat mcm tu kan?  But anyway, congratulations  sebab tambah satu lagi “point” untuk diri kau.

Suka nak bg mood aku bertambah2 spoilt. Tau tak ape patut di buat kat org mcm ni? Org yg suka buat org lain mnyampah and sakit hati ni. LEMPANG MUKA DIA LAJU2 BIAR DIA BALIK MENANGES KAT MAK DIA. ( sumpah aku marah gila. )

#Susah betul la manusia tak paham bahase ni. Aku punye pasal la hidup aku. Aku tak kacau hidup kau sudah lah! Oh Allah, Kau tau kan org mcm ni takkan jadi pilihan aku. Please.


Sebalik Kisah Lailatul Qadar. Ada yang tak tau.

Pernah suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Dia guna kulit unta time berlawan memang  mudah tewaskan musuh. Kalau dia haus time berjuang, Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar, allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak Kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya ikat seutas rantai besi dan cuba sebanyak dua kali, namun kedua-duanya gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah.
Tapi sebab Syarm'un ni tak tau, dia dedahkan rahsia kekuatan diri dia.  “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini perangkap diri dia. dia  tidak dapat melepaskan diri apabila dikat dengan sehelai rambut. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum di bunuh. macam2 seksaan dilakukan pada Syarm'un. matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah bagi kesempatan kat Syarm'un ni supaya memohon perlindungan so Allah pun perkenankan doa dia yang mintak supaya dia dapat goyangkan tiang rumah biar roboh and menghempap semua musuh yang ada. So semua yang ada dalam rumah tu terbunuh termasuklah isteri dia yang jahat tu sekali.
And nak jadi cerita, badan Syarm'un pun jadi cergas dan elok semula. so sebab rase gembira dan kekuatan iman dia yg sgt luar biasa, dia pun berpuasa hampir 1000 bulan sebab Allah dah selamatkan nyawa dia. Rasulullah and para sahabat semua sedih and terharu gila sebab even diorg tak dapat buat macam tu.
Bila para sahabat tanya dekat Rasulullah ganjaran yang Allah bagi pada Syarm'un tu, Rasulullah pun cakap yang dia tak tahu. So, Allah turunkan lah Surah Al-Qadar tu. Anugerah mnghidupkan malam Lailatul Qadar sama ganjaran seperti beramal 1000 bulan, dan tak perlu berjihad gila hebat seperti Syarm'un. Subhanallah. Allah Maha Besar, Maha Penyayang.

Aku harap aku diberi kesempatan nak lawan malas2 ni dalam sisa baki Ramadhan yang ade ni. Amin

#MisiMencariLailatulQadar

Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).
cube la pikir. zaman sekarang ni bukan senang antara kalangan kita yang mampu ataupun ada rezeki nak hidup sampai 1000 bulan tuh, lebih kurang 83 tahun. selalu umur 50 pun dam mcm2 penyakit. so, ade rezeki nak dapatkan pahalam amalan mcm 1000 tahun, rebut lah.

Tuesday, August 7, 2012

#MalasBerleluasa


Kenapa malas sangat hari ni?

Takde mood nak buat ape2 pon, tu yang tibe2 teringat nak merepek kat sini. ( anak2 ibu, jgn tiru perangai ni ye?) amboi. Statement macam mintak penampau. Yolah, mane tau satu hari nanti anak2 den duk bace balik blog den ni kan...
Hari ni panas. Mungkin tu sebabnya.. so  aku dah penat sgt and malas giler nak mandi, malas nak makan ( eh, makan? Hewhewhew ) malas nak solat, malas nak bace buku, malas nak bercakap, malas nak bergaduh, semuanya malas lah senang citer.

Tapi Amazing sebab nak merepek kat blog ni aku tak pulak rase malas kan? Hewhewhew. Nak malas ape lagi kalau dah menaip pon sambil baring haa, nampak nau malas nyee anak dara ni.
Mungkin sebab aku main tulis je ape yg terlintas kat kepala aku, tak payah pikir panjang, tu yg buat aku tak kesah kot. lagi pun korg semua kena tau, kalau setakat keyboard laptop ni, tutup mate pon aku boleh menaip lagi. Selamber je. ( nak cakap expert ngan keyboard la tu) kerani kat opis2 tu pon boleh kalah kalau lawan menaip ngan aku. Agak nye la...

Jarang2 je aku rase MALAS GILA macam ni. Selalu ade je benda aku nak buat. ( tak buat ape sgt pun kalau hari2 duk overnite layan citer korea sambil nangis2 sorang2 ) =)
So hari ni, aku dah bertungkus lumus perform persentation ENT . Walaupon takde basic bisnes, aku cuba jugak sedaya upaya. Ni dah semester terakhir aku. Aku nak manfaatkan sebaik mungkin. And i feel so great about it for the time being.

Cuma, aku tak tau kadang2 nak bwat mcm mane dengan diri aku yang malas ni. Any idea?
But please, jgn mintak aku buang semua drama2 and movie korea yang ade dalam laptop aku nie. Tu je peneman aku. Musim bollywood dah hbis. Tgu musim citer2 jepun plak k. Huhu..

One more, yg paling buat aku malas sangat hari ni mungkin sebab ada kelas sampai ke malam. Letih sebenau nya tapi ape nak buat, dah nasib badan. ( ayat ni bukan maksud nya aku tak bersyukur ye )

Ok, nak tdur. bye

Sunday, August 5, 2012

its ok we still proud of u DLCW

Aku tak tau nak tulis ape. serius.

by the time aku nak tulis ni pun, air mata aku dah bergenang. DLCW, SERIOUSLY ITS OK. sebak kot ayat kat twitter dia mohon maaf kat rakyat Malaysia. aduh. pilu giler rase hati
tapi dah kita sbgi org islam kena percaya setiap ape yg berlaku ade kebaikannya. so sabar je la dato.

sumpah, cara DLCW memang commited gila nak menang, tapi akhirnya setelah kita berusaha, kita kena tawakal.

p/s : sumpah, ni first time aku rase sedih gila menusuk kalbu sampai menangis walaupun bukan kaitan hal saudara seagama. first time.

Friday, August 3, 2012

ustad dzul di hatiku. cewah.


dah lame sebenarnya aku nak sangat cd zikir Ustad Dzul nie. sebelum ni mak beli zikir Fikri UNIC tu. takde lah tak sedap, tapi muzik dia sangat lembut boleh buat aku mngantuk drive sorang kadang2.
so, bebaru ni mak belikan aku cd Ustad Dzul ni. seronok gila aku rase. macam dapat hadiah bulan puasa pulak.

ustad, saya ada satu soalan lah "ustad ada anak lelaki tak? anak sedara ke, anak sepupu? atau anak buah pon boleh"

aku recommend sangat2 cd zikir ustad dzul ni kat korang korang korang semua. secara peribadi, zikir dia sangat mudah di ikut, muzik yang tak mngantuk dan sangat membri kesan, InsyaAllah.

p/s : jgn rase segan kalau air mata menitik2 bila dengar alunan2 zikir ni, tu buktinya hati kita taklah sekeras mana dan dalam hati kita masih ada iman tu.

Tuesday, July 31, 2012

sahur luar first time


sedap dapt sahur kat McD makan Fillet O Fish hari nie.
selalau masak nasik je beli lauk and makan kat bilik. =(
semangat awal2 bangun tidur pkol 4 suku.
pastu terus pi subuh kat masjid sampai tertido2. naseb bek tersedar time azan. ahhahah


untung lah sukaaa dapat sahur dengan Mamat Sepah "dari jauh" =)

Monday, July 30, 2012

Manchester City @ SNBJ.

Alhamdulillah, rezeki aku.

Sebenarnya kitorang  hampir2 tak dapat tengok sebab takde tiket, tapi aku nekad gak nak stay dulu sekurg2 nya berbuka and solat kat bukit jalil. Takkan nak balik jugak dah dekat2 maghrib tu. Kami ber10. 6 laki2 4 pompuan. Pastu aku je yang excited bonar nak tengok City ni. Diorg sokong Malaysia, tapi sebab aku tak tau jalan nak pergi sendiri dgn Dot, terpaksa lah follow diorg. Takpelah.. kite tengok je sape menang japgi. Tengah duk beli makanan berbuka tu, tibe2 dapat tau ade sorg ulat nak jual tiket. Huisy, terus tgalkan gerai tu, cepat2 pi beli, so memasing berbuka tuh senyum je laaa.. naseb bek aku cakap ngan bebudak ni suh tgu. Kalau balik terus tadi dah melepas.
Berbuka makan nasik lemak harga 2 rinngit. Tu je paling murah kitorang boleh cari. Burger sebijik 3 ringgit. Org kedai tu nak pi haji agaknya.

Lepas berbuka, terus solat. Org lain awal2 lagi dah sebuk masuk dalam. Aku pikir jugak, takkan semua diorang ni period kot? Humm... sabar lah wahai hati.. think positive.. musafir kot semua tu.
So, kitorang pun masuk lah dalam. WAH. Bermacam2 ragam, jenis, style manusia la kan. Aduh, tak tenteram jiwa aku. Tapi Manchester City punya pasal, istighfar je lah bnyak2. Kalau game lain, memang jgn harap aku nak datang ni....

So, nak di jadikan cerita, sekeliling aku ni peminat malysia agaknya. Minit awal yg malaysia dapat free kick tu, diorg semua duk jerit Gol! Gol! Gol! Gol! Sampai bingit telinga aku. Tapi tak masuk kan? HAHAHAHAHAHHAHHHA. Aku sorg je cakap YES! So sekeliling aku sumer diam jer.

Yg paling best bila Manchester City gol tu. Hahahahahhaha. Seronok betul rase nye. Tambah plak dapat 3 bijik kan. Tapi spoilt betul si Johanssen tu bg lepas plak gol malaysia sebijk buat ape. Bia diorg kosong je lah. hisy, pilu hati aku.

Ok, tak mau citer panjang2. Aku kalau pasal Manchester City ni, semangat sket. Hee.. tak kesah lah tak dapat jumpe diorg in personal pun, Allah kata rezeki aku BELUM sampai tahap tu. In future, Amin. Tapi dapat tengok diorg punye game pun dah memang TERBAIK! Seriouly Malaysia macam cap ayam je lawan ngan diorg.



p/s : pakai baju longgar seluar longgar, Manchester City tetap menang. InsyaAllah better audience next time. Amin.

Sunday, July 29, 2012

manusia memang suka ambil ringan.


Soalan : apa hukum kalau seorang lelaki memuji atau bercakap mengenai kecantikan seorang perempuan yang tidak sempurna aurat nya?

Jawapan : dia mendapat dosa, dan yang menunjuknya mendapat lebih lagi.

So, susah lah macam tu.

: humm takpun, sebab tu pandangan kita kena ditundukkan. Kalau nampak pompuan sexy2 tuh, cepat2 istighfar dan bukan duk bercakap lagi2 nak puji kecantikan palsu tu. Wanita Solehah kan perhiasan dunia. Jadi, diorang lah yang layak menerima pujian. Instead, takde sape2 dapat dosa. Nice... lagi satu, duk puji2 tuh, jgn berangan lah depa nak duk suka kat kita. Kalau Allah kata tak, tak lah keputusanNya. Ape lagi bg alasan “build up connection?” hahahhaha. Punyer la berjuta muslimah sejati yang suci murni kat dunia ni, tapi kenapa yang dicurigai jugak yang di cari. Itulah manusia. Ataupon, yang baik2 itu sememangnya dah diyakini susah untuk didekati? TIDAK. Kamu tak berserah pada Allah dan menjalani hidup mu tanpa rasa syukur.

cute little baby.

p/s : pelik kdg2 manusia ambik ringan bnyak benda, termasuk lah diri aku sendiri. Auzubillahi min zalik. Plus, tak suka tengok laki pakai suar pendek melampau kat bazaar, sakit mata. Astaghfirullahlazim. =)

Thursday, July 26, 2012

dah pulak.


kesian iris qistina.


mak ndak gigih sapu ubat kat kakak. cik de sebuk ambik gambau je
budak cantik demam. i love u so much sayang.
Kesian kakak. Time memula dia nak demam ni, aku yg dapat detect. Sebab selalu dia aktif kemain, satu hari tuh duk melekat, berkepit je ngan aku and nenek dia. Pastu biler aku peluk badan dia, rase panas. Aku cakap ngan mak kakak nak demam, badan dia panas.
so pas 3 hari, aku balik rumah balik dari shah alam. Laaa.. memang dah kena demam campak pun. Tapi nasib baik tak teruk. Kesian dia. Makan nasik pun menangis. Mungkin sebab tekak perit kot.
So, along pun beli lah buah kelapa 3 bijik bagi dia minum ( tapi makcik dia melantak banyak, haha )
2,3 hari jugak lah tergaru2. Seriesly aku kesian tengok dia. Pastu part yg tak boleh tahan tuh “papa garu lah badan kakak nie...” ataupun “papa garu lah atas, kakak garu bawah niii” hahhahh. Sakit2 pon, still bijak lagi budak nie.
Tak sabar nak tgu dia pergi tadika tahun depan, and nanti bnyak lah cerita dia kat tadika tu kang.