Thursday, August 9, 2012

Sebalik Kisah Lailatul Qadar. Ada yang tak tau.

Pernah suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Dia guna kulit unta time berlawan memang  mudah tewaskan musuh. Kalau dia haus time berjuang, Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar, allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak Kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya ikat seutas rantai besi dan cuba sebanyak dua kali, namun kedua-duanya gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah.
Tapi sebab Syarm'un ni tak tau, dia dedahkan rahsia kekuatan diri dia.  “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini perangkap diri dia. dia  tidak dapat melepaskan diri apabila dikat dengan sehelai rambut. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum di bunuh. macam2 seksaan dilakukan pada Syarm'un. matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah bagi kesempatan kat Syarm'un ni supaya memohon perlindungan so Allah pun perkenankan doa dia yang mintak supaya dia dapat goyangkan tiang rumah biar roboh and menghempap semua musuh yang ada. So semua yang ada dalam rumah tu terbunuh termasuklah isteri dia yang jahat tu sekali.
And nak jadi cerita, badan Syarm'un pun jadi cergas dan elok semula. so sebab rase gembira dan kekuatan iman dia yg sgt luar biasa, dia pun berpuasa hampir 1000 bulan sebab Allah dah selamatkan nyawa dia. Rasulullah and para sahabat semua sedih and terharu gila sebab even diorg tak dapat buat macam tu.
Bila para sahabat tanya dekat Rasulullah ganjaran yang Allah bagi pada Syarm'un tu, Rasulullah pun cakap yang dia tak tahu. So, Allah turunkan lah Surah Al-Qadar tu. Anugerah mnghidupkan malam Lailatul Qadar sama ganjaran seperti beramal 1000 bulan, dan tak perlu berjihad gila hebat seperti Syarm'un. Subhanallah. Allah Maha Besar, Maha Penyayang.

Aku harap aku diberi kesempatan nak lawan malas2 ni dalam sisa baki Ramadhan yang ade ni. Amin

No comments:

Post a Comment