Friday, December 23, 2011

_ My Mid Term Break _

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum.. =)

excited sangat ni.. mid term break dah start.. start hari ni, sampai awal tahun depan. yea!!!!!..... dari bulan 11 lagi dah plan ngan mak, nak balik bercuti kat kampung dia seminggu ni... so, awal2 lagi mak dah book cuti seminggu.. mesti best bercuti ngan mak ni.. our plan was, take bus to Terengganu, spent few days there, and go to Kelantan visiting relatives, and holidaying. muahahha... ( ok, suddenly adik bongsu aku nak ikot )

so, IM AWAY about a week.. next entri kite citer how this date turn out well yah...??



:::: in ma excited, im halfly sad, leavin u alone.. take care.. i'll b super fine. i got my angel by my side. ='(   

Sunday, December 18, 2011

_ Allah Selamatkan Kamu _

Muhammad Zairi Zainal Abidin,
Selamat Hari Lahir ke 26.
Semoga Allah selamatkan kamu di dunia dan di akhirat.

 

Tuesday, December 13, 2011

_ Bawak Mira Jalan2 _

Assalamualaikum. Kelas takde hari ni. my lecturer out station. esok pon same.. yuhuu... so, cuti panjang lah...  so, mira tak balk rumah dia coz family dia sume dah balik kampung.. aku ajak lah dia balik rumah aku... tapi awal2 lagi aku dah remind, jangan menyesal plak nanti sebab rumah aku kecik je, mane lah tau kot tak seselesa rumah dia kan? risau jugak... rumah kampung.. aku dah cakap awal2 and dia kate ok...

so.. mak keje pagi hari ni.. aku bertukang kat dapur siapkan makan tengahri.. masak nasik, sambal sotong, goreng ikan, ngan omelette jer. cume bertiga dengan adik bongsu aku je.. diorang tak de nak komplen2 kot... so, dah siap, pas solat zohor, kitorang pegi Alamanda...


 bukannya tak kenyang makan nasik tadi, tapi aku memang terliur betullah dengan pizza cheesy ni.. so, layan pizza cheesy 2nd time.


 bukan peace.. but, 2 times...


 sebelum tengok movie Puss In Boots pkol 5.30, kitorang sempat main Bowling dulu..Actually, Mira ni player bowling sukma.. and Bowling Alamanda ni, Uncle dia yang punye... so, kitorang main free jer.. sumpah, aku tak pernah tau pon... memang dia dah biase sgt dengan org kat cni.. ade kazen dia tengah training gak kat situ.. dia kuar masuk cam kedai sayur mak dia je... =)

 tak payah cakap pon korang tau dah lah sape yang menang kan...??

uuuueeewwww!!!! ( Puss In Boots watcher only will understand this, tq ) kahkahkah...dah semayang asar, masuk wayang.. nasib baik tak sejuk sangat... best jugak cerita ni.. ok lah.. release tension, hilangkan stress.. cerita2 yang complicated, aku tak berapa suke sgt... bg aku, watching movie ni supposed to b fun.. kalau nak layan citer2 yang peratus probability untuk berlaku dalam hidup besar, baik tak payah membazir...coz seems to be tired nak pikir, and nak layan lagi.. means, hidup u dah kelam kabut, stress dengan kerja, anak2, or pakwe maybe, pikir mane nak cari duit pagi petang ( belum yang mengigau lagi ), so, dengan kusut masai tu sumer, u nak pergi layan movie serabut kepala otak pulak? memang tak lah kan? better cari citer yang rileks.. got wat i mean peeps...???

tq for reading. bai.

Saturday, December 10, 2011

_ Indahnya Gerhana _

Assalamualaikum wbt. Gerhana Bulan ni baru jadi tadi, sekarang terus hupdate. Eksaited bebeno...
Semayang Sunat Gerhana belum lagi. ape lah...
mule2 tengok awan kaler oren je.. cantik sangat..
 bukan senang nak tengok awan time malam selain gelap je...
aku pon sampai dok bercangkung lah nengok bulan yang tengah gerhana tu. Subhanallah.


 this is the exactly same looks yang aku dok perhatikan time gerhana tadi. Amazing, rite? tanda kebesaran Allah. aku ade bace satu cerita, Nabi Muhammad SAW ade cakap kalau time gerhana ( matahari or bulan ), jgn lupe buat solat sunat untuk mintak gerhana tu cepat2 habis. takut kalau2 gerhana yang ambik masa yang lame, adalah tanda2 kiamat nak datang, and by that time, semua pintu taubat dah tutup.  Uisy... Takot lah...

= (  ; ini gambar yang aku ambik gune kamera cabuk aku je.. but still, im so grateful that i can see it in front of my eyes.

ok, aku solat sunat dulu. bai.

Thursday, December 8, 2011

Ultimate Cheesy Pizza Hut 4 Thanks Appreciation.

 Assalamualaikum wbt. seronok..... pergi dinner di Pizza Hut tadi... keluar lepas smbhyg Isyak. dah janji nak gi dengan Ain, tapi aku bawak Rafidah sekali. macam ni cerite nye. Semester lepas, ade ambik subjek Economy. and aku betul2 tak terror subjek tu. takde basic langsung. maklumlah. aku sekolah teknik ambik engineering. memang bukan pelajaran aku lah nak kira2 masalah ekonomi ngan Bank Negara kita ni.

so, pendek citer, Ain ( my beloved skuad 32 ), dia ambik subjek bisnes kat Uitm ni. dah terang2 ekonomi tu macam melepaskan batuk di jalanraya jelah bg dia kan. so, 2 hari sebelum final exam, aku duk berguru dengan dia. 2 HARI Y'ALL!!  pagi petang, senja, malam, subuh, aku stadi betul2. aku tanye betul2 mane aku tak paham. kadang2 dia pon naik fedap sebab benda senang pon aku tak tau. ( dah memang betol tak tau nak bwat mcm mane pulak kan? ) . then, aku sabar je... at last, kita dah usaha, then tawakkal je lah. yang penting, time exam tu, memang aku dah bg ALL-OUT and keluarkan segala ilmu yang aku tau and jawab sungguh2, and aku semak banyak kali, and aku tak sempat nak toleh kiri kanan pon, and aku tulis jawapan cepat2 sebelum aku terlupa.








AND RESULT AKU UNTUK SUBJEK ECONOMY YANG SUSAH TU  A-,  SEBAB TU AKU BELANJA DIA  =)  ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA.

Wednesday, December 7, 2011

Biar Lambat Asal Selamat

 Assalamualaikum wbt. kepada my dear and dearest, yg selalu bertanya and berfikir bile nak bertemu jodoh, macam mana nak pastikan jodoh tu yang terbaik buat kita, susah aku nak cakap and terangkan. walau ape pon, selalulah bersabar dan tak terburu2. Allah nak bagi yang terbaik buat kita, bersangka baiklah dengan Dia. Dia nak bagi kita pasangan yang kita dapat bercinta dengannya sampai ke syurga. kalau pasangan kontrak yang cume setahun dua tu, bukan Allah yg bagi.. penting ntuk kita bersihkan hati and lapangkan jiwa kita dulu. baru kita akan rase tenang.

 kalau nak tanya pada aku, satu2 nya yang aku mampu untuk nasihat, is dekatkanlah diri kita dengan Allah. aku pon terkapai2 lagi. nak buang sifat hasad, rase marah, ego, amat susah. kita tak kacau org, org kacau kita. kita tak mengumpat dan cari gaduh dgn org, org lain umpat dan bergaduh dgn kita. terkeluar lah sifat2 mazmumah kite yg sbnarnye kite cube tanam dalam2. so, banyak2 kan doa. jangan ambik berat perkara2 yang tak penting dalam hidup kita. jgn sibukkan diri kita dengan hal2 org lain. bukanlah org lain tu tak penting, tapi kebenarannya, rase hati, perasaan, memang hanya kita dan Allah je yg tau. so nak mengadu kat org lain pun, diorg tak faham. diorg pun ade masalah sndr jugak. Allah yg Maha Tahu, Maha Tolong, so nanges2 lah mintak kat Dia. cube try. best!. biarkan ape kate orang. so kepada semua, dalam nak dapat pasangan yang memang Allah takdirkan untuk kita, BERSABAR LAH.


aku pon masih menunggu. sabar lah.

Tuesday, December 6, 2011

Doa Jodoh ( Attn : Zaharin Abdullah )

assalamualaikum wbt.
mungkin jadi dalam kalangan kita yang pernah rase suke, ataupon sayang pada someone sampai takut nak kehilangan dia. tapi at the same time, kita terpikir jugak boleh tak aku hidup selama2 nya dengan dia?
"macam mane kalau aku berpisah dengan dia. sedih nyeee.... aku sayang kat dia sangat.."
so, kat sini aku nak share satu doa dengan korang. lebih2 lagi for  a person that actually memang dah ade insan yg berkenan di hati, merasekan dia paling seswai, n yg paling korang syg la neh. (zaren, amalkan! )

Ya Tuhanku,
kalau dia memang jodohku, dekatkanlah..
tapi kalau bukan dia jodohku, jodohkanlah..
dan jika dia tidak berjodoh denganku, maka jdikanlah kami berjodoh.

Ya Allah,
jika dia bukan jodohku, jgn smpi dia mndapatkan jodoh yg lain,
selain aku seorang..
kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku, juga jgn biar dia mndapatkan jodoh yg lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti aku..
dan pada saat dia tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali.

Ya Tuhanku,
kalau dia adalah jodoh orang lain,
putuskanlah! jodohkanlah dengan ku..
jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biarkanlah orang itu bertemu jodoh dengan yang lain..
dan kemudian jodohkan kembali dia denganku.

Ya Allah, kabulkan doa dan permintaan hambamu ini. amin.

Monday, December 5, 2011

Selamat Hari Asyura


selamat tahun baru =)




assalamualaikum wbt. aku nak ajak korang semua puasa esok. sempena hari Asyura. 10 Muharram. sebenarnya elok 9 & 10 muharram. tapi dapat sehari pon dah bagus dari takde ape kan. tapi aku pose lah jugak untuk 9 muharram tadi.. banyak perkara berlaku 10 Muharram ni. sebab tu kita elok puasa untuk raikan dia. antara yang aku tau, Allah Taala jadikan langit dan bumi pada hari Asyura, jadikan laut pada hari Asyura, jadikan bukit-bukit pada hari Asyura, jadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura.

tapi ape yang best, puasa 10 Muharram ni, hapuskan dosa2 kecil kita setahun yang lepas.
tak sayang ke lepaskan peluang macam tu? Allah dah bagi banyak peluang untuk kite, terserah nak manfaatkan atau tidak. time kita masih sehat, muda and kuat ni, bersyukur lah. sebab kalau Allah nak tarik semua tu, lebih laju lagi dari sepantas kilat, atau sekelip mata. Wallahualam.

Ya Allah, pada hari kau terima taubat Nabi Adam ni, Kau ampunkan lah segala dosa2 ku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, guru2ku, serta semua org yang telah berbuat baik terhadap diriku. amin.


_Happy 19th Birthday_

Assalamualaikum wbt.
First of all, SELAMAT HARI LAHIR, RAFIDAH BTE ZULKAPLI. a.k.a Dot.
semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia, dan berjaya di dunia & di akhirat.
makin besar, harapnye makin pandai pikir mane baik, mane buruk. tentukan yang betul & salah.
{ kalau kita dikenali sbgi seorang yg baik, maka usahakanlah supaya kekal dan tak berganjak dari kebaikan, tapi jika kita dikenali sbgi seorg yg kurang baik, maka usahakanlah juga supaya berubah dan tidak kekal dengan kurang baik tersebut }
takde hadiah gempak2 pon k, setakat belanja makan ni je yang syu mampu. 

 at first, nk pergi makan kat secret recipe, tapi kitchen dia dah tutup. so, kitorang ke Noodle Station, but sempat lah beli kek satu slice untuk dia. tak syiok lah hari jadi takde kek, btol tak??


 makan lah kenyang2 sayang. sekali setahun je syu belanja ni. =)


 kebetulan hari ni, Isnin, 9 Muharram, aku puasa, so, sebab nak belanja diorang makan, so, time berbuka, aku minum air je dulu. lepas maghrib, trus tgu Isyak, then baru pegi makan. lewat sikit, tapi dah solat siap2, lagi senang. samapi2 tu, memang dah lapar lah..

 "sos ni susah sangat nak bukak, mcm taknak bg makan je.."

again, HEPY BESDAY DEAR. MAY GOD BLESS U. ALL TIME. AMIN.

Sunday, December 4, 2011

Happy Feet 2, ok!

fun! satu benda aku nak share ni. filem ni mule2 nampak macam biase je. yelah, setakat citer kartun penguin nyanyi2, menari2 kan, ape lah sangat... but the more you get into it, baru u ols paham.. theres one part bile anak penguin ( Erik ) nyanyi satu lagu untuk ayah dia, dengan tak di sangke2, AKU NANGES..... aku rase the whole crowd dalam tu toching giler by that scene coz semua orang pon diam je. ( dalam wayang memang tak bleh bising, makcik! pang! ) tapi seriesly, choices lagu2 yang diorg pilih untuk movie ni amatlah happening. aku bg 5 markah penuh! sangat sesuai bawak anak2 datang tengok cerita2 macam ni, jalan cerita dia tak complicated, senang faham, and watak2 dia yang sangat adorable. like me! thank you for reading.

Saturday, December 3, 2011

Weekend kali ni.

pergi kenduri kawen and majlis cukur jambul. dah berapa minggu berturut kenduri. time ni pergi umah Cek Jah. dia Cleaner kat KLIA. tapi sangat baik dengan mak. buat kenduri cukur jambul cucu.  bagus buat majlis macam ni. konsol dua orang baby terus. banyak benda boleh jimat. jimat mase, bajet, jimat tenaga.

 baby selamber gak tidur macam takde ape2 perasaan. lagi seronok kot, dengar orang selawat2, sambil dok berendoi kat dia.. ni fes time aku pergi msjlis cukur jambul yang hidang makanan sangat banyak. nasik putih, ayam goreng, sup tulang, ikan keli, daging masak kicap, masak lemak perut, gulai daging. kek batik, kuih cara, apam, cendol, mee jawa, memang banyak lah. dah macam pergi makan kat kedai. semua ada.

 and tak sangke jumpe Izzati kat sini. kawan time kat Teknik dulu. rupenye sedara dengan family Cek Jah ni. kecik nya dunia. sekarang dia tengah praktikal dekat MA Tech. tak sangke betul.


 makan lagi. kenduri kahwen anak Hj Redzuan. agaknya kitorang sampai pon dah lambat, lauk dah surut sikit. tapi sambal belacan tu yang buat selera tuh.

 yeay!!! tak sangke jumpe kak ani. best! A Gift Of The Day. duk sembang ngan dia and Abg Saiful. "kawen... hubungan ni, kalau asyik tangguh2 and brek je,susah nanti..." itu yang dia ceramahkan kat aku. sabo je lar.. ingat aku tak nak kawen ke? belaja ni ntah bile nak habis pun tak tau lah.. dah sakit kepala rasenye.
Royal & Loyal Companion.

Monday, November 28, 2011

Labbai Kallah Humma Labbaik.

 tak tau kenapa berdebar2. bukan nak menjemput orang tersayang pun. mungkin status yang lagi tinggi kot, tetamu2 Allah. seronok sangat tengok org2 haji balik. berkobar2 semangat nak pergi sane jugak. Tuhan je yang tau. tengok diorang semua menanges2 time baca doa terakhir, aku tak dapat tahan air mata jugak. huhu... mak cakap, selalu tekad dalam hati, InsyaAllah dapat sampai sane.

 ok, bek to reality. kitorang ni menjemput kawan mak. yg depan ni Cik Ros. belakang tu laki dia, pakai spek, kopiah putih. seronok je muke2 diorang semua.. jeles. Cik Din, kawan baik Abah. even Abah dah takde, dia stil baik dengan keluarga kitorang. dok Shah Alam. kalau ade kenduri, mesti jemput. raya, tahun baru, dia mesti hanta mesej. orang dah baik dengan kita, mestilah kita balas baik jugak kan. thats y lah mak ajak aku gi kumpe diorang ni.

 saya sayang mak saya. musim2 haji, hari2 lah aku duk dengar citer dia time pergi haji dulu. pantang nampak iklan atau gambar Kaabah kat Astro OASIS, mula lah.. dia tak tau ke aku jeles sebab tak dapat nak sampai sane lagi? mak harap dapat pergi haji lagi sekali.. and umrah tiap2 tahun. dia pergi umrah bulan 6 hari tu. tapi dia teringin sangat nak duk kat sane time bulan puasa.. aku cakap benda yang same " mak tekad dalam hati, Insya Allah sampai" =)

 aku yang tolong angkat beg dari Carousel. berat giler kau. macam ade unta sekor dalam beg. tapi tak hardcore sangat ni. bagus lah pergi sane pun bukan untuk shopping. aku tengok yang lain, walaupon sorang je, beg dia sampai 3,4.
 part ni lagi best lah kan. aku pon pernah rase. dulu, mak pergi haji dalam tahun yang same abah meninggal. berdouble2 lah sedih and rindu kitorang. tengok diorang semua berpeluk2 and nanges tgu parents masing2, buat aku lagi hargai mak aku yang memang ade depan mate.

suke la jumpe ayah kau!

Sunday, November 27, 2011

Twilight ( S.A.D.I.S )

 Assalamualaikum wbt. muke suke je mule2 nak pegi layan Twilight ni. maklumlah tiket 2 hari dah booking. nak jugak aku tau ape jadi kat citer ni dah alang2 aku tengok dari awal dulu.. Kebetulan Nini balik weekend ni. pergi dengan dia. tapi kitorang tengok differ movie. Nini layan Puss In Boots. aku layan Twilight.
 lama sangat dah tgu dia tayang kat wayang tau tak. semenjak dari siri 3 lagi aku dah tgu lah senang citer. tgal final part lepas ni. teringin nak tengok dengan mak sebenarnya. tapi dah tau dia keje..

 see? tiket dah beli 2. tapi tengok sorg2 je. "cik, tengok movie sorg je ke?" "ya, kenapa?" "susah nak jumpe lah. pelik sebab selalu perempuan mesti dengan pakwe.." ELLEHH... tak payah nak pelik sangat lah... kalau aku dah kawen, aku bawak lah laki ngan anak2 aku, tapi dah kau nampak aku sorang tuh, maksud nye aku SINGLE la encik oi!!! tak pelik pon!!

seat sebelah kosong. Admit, layan movie sorang2 ni pelik sikit. coz kita totally tak boleh nak bercakap ape dalam movie kan. takkan tibe2 nak tegur orang sebelah and cakap, "sejuk nyer.... " sambil bwat muke comel ,dah konfirm partner dia buat muke pelik. tapi, kalau nak nanges, tak segan sebab takde sape kenal kite. =) so far, OK! aku puas hati. cuma, banyak sangat scene cium2. tak suke lah. tak sesuai mane mak bapak bawak anak2 diorang tengok citer ni. layan astro fes je kat umah. tengok bedua dengan bini dalam bilik. LIKE!

Tuesday, November 22, 2011

_ Harimau Muda dah tunjuk taring! Roar!!! _


kalau aku tak cakap n publish kat sini pon, korang semua rase gak dia punye seram, berdebar2, jantung nak pecah, and so on... kan??
yang pasti, aku happy sangat, with damn scream kat bilik TV kolej (small yet fun dengan semua gugurls )
and KAU DUDUK SITU DIAM2 INDON!
 
Sincere to National Football Team :  Let's not be complacent and start working slowly but steadily for bigger titles.

Well done to Kim Swee and the Harimau Muda lads. You deserved to win.

Sunday, November 20, 2011

Fesday Sem 4 MEREMPAT!

Assalamualaikum wbt.

nak luah perasaan sikit.. Sem 4 dah mula kan? sebok2 beli barang, sedih2 nak tinggal mak, rumah.. pujuk hati beria, tapi awal2 sem lagi dah tak seronok. nak daftar bilik kat kolej hari ahad sebab hari isnin sok nak start kelas dah. rupe3nye, name takde dalam senarai mane2 kolej. sedihnya.. dah macam pelarian pulak. cakap ngan akak kat opis tu. "so, kena tgu esok la ni kak, time opis bukak kalau nak buat urusan? " dia pon jawab " haah, kitorang tak tau apa2. tu semua kerja HEP. esok lah kena pegi tengok dia hanta kolej mane. malam ni duduk lah mane2 dulu". Teruknya. jahat sangat. sedih tau. plus, masalah ni ramai lagi kena kat member lain. kitorang pun menumpang bilik kosong kat Delima ni. tingkat 6 plak tu. hadoi.

sabar je lah. tak seronok tau kalau ade masalah cenggini. leceh sangat. nak jumpe orang tu, orang ni, mintak surat, pegi opis ni, leceh sangaaaaaaaaaaaat.
but watever, ape2 pun, sem 4 dah start. kena start belaja balik and pegang pen and bukak buku semula.
semangat, semangat.

:::... tak dapat tipu. nanges ingat mak.

Thursday, November 17, 2011

_Selamat Hari Lahir, Raiyan Amsyar_

Raiyan, selamat 2 tahun! Abg makin besar, makin pandai, makin hensem. cik de sayang abang. cik de tak beli hadiah ape2 la. nanti cik de dah keje cik de bawak abang pegi Sunway Lagoon k?


i love you.