Monday, December 5, 2011

Selamat Hari Asyura


selamat tahun baru =)




assalamualaikum wbt. aku nak ajak korang semua puasa esok. sempena hari Asyura. 10 Muharram. sebenarnya elok 9 & 10 muharram. tapi dapat sehari pon dah bagus dari takde ape kan. tapi aku pose lah jugak untuk 9 muharram tadi.. banyak perkara berlaku 10 Muharram ni. sebab tu kita elok puasa untuk raikan dia. antara yang aku tau, Allah Taala jadikan langit dan bumi pada hari Asyura, jadikan laut pada hari Asyura, jadikan bukit-bukit pada hari Asyura, jadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura.

tapi ape yang best, puasa 10 Muharram ni, hapuskan dosa2 kecil kita setahun yang lepas.
tak sayang ke lepaskan peluang macam tu? Allah dah bagi banyak peluang untuk kite, terserah nak manfaatkan atau tidak. time kita masih sehat, muda and kuat ni, bersyukur lah. sebab kalau Allah nak tarik semua tu, lebih laju lagi dari sepantas kilat, atau sekelip mata. Wallahualam.

Ya Allah, pada hari kau terima taubat Nabi Adam ni, Kau ampunkan lah segala dosa2 ku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, guru2ku, serta semua org yang telah berbuat baik terhadap diriku. amin.


No comments:

Post a Comment