Monday, September 17, 2012

sabar laa =(



manusia di sekeliling kita boleh jadi membantu atau menghalang kita dari masuk ke Syurga.

Saturday, September 15, 2012

Pan Pac Raya.










salam semua. 
macam tahun2 sudah jugak. selalunya family den mesti pergi kalau pan pac buat jamuan raya. 
tahun ni kemain awal kitorg plan nak pergi. konon taknak berebut2 dengan org. 
so dari rumah pkol 1230 dah kuar...
tapi lahaiiiiii
sampai tu pon org dah ramai. agaknya subuh2 lagi dorg dah sampai kan. 
tapi masih bnyak lagi seat kosong and kitorg tanpa membuang masa serang semua kaunter yang ade.
seghonok gila makan sebab satu hari tak payah masak hari ni.
YEA!!!! 



Friday, September 14, 2012

tahlil & yassin kat rumah =)








p/s : mak cakap sempena adik nak PMR and aku nak final exam =) tq mak.




Thursday, September 13, 2012

Flaming Steamboat Sunway.


kenyang sangat sangat lah datang makan kat sini,. pastu bla pikir pikir balik, jelas gila dengan bos dia sebab ade kedai yang maju mcm ni.... 


 dari appetizer sampai ke dessert, semua nya ada. same ade larat atau tak je nak makan ok.





hope lepas ni boleh datang lagi. betul2 fall in love lah dengan udang dia ngan mussells dia yang banyak giler tuh, awww.

Wednesday, September 5, 2012

famili kita



#our beloved family.
#kenangan last semester.
#sayang korang semua.
#jgn lupa datang rumah aku tahun depan.

beraya lagi =)

 tak habis lage beraya. =)  time ni pergi umah Adam kat Meru. budak2 ni tak cakap tak jauh sgt, tapi aku rase mcm dah ondaway balik rumah aku dah.
mak adam ni masak banyak. ada mee kari ngan kuey teow goreng. pastu ada kuih cornflakes madu yg sedap. aku jarang suka bnda2 manis ni tapi kali ni betul2 sedap.







ha, ini muka gembira ni kat umah diman ( adli safwan yg pakai tshirt itam belakang den tu ) aku rase open house ni cukup cukup cukup best sebab mak dia punye nasik ayam memang POWER! . mak dia masak 2 periuk boleh setel kot. siap masak round ke 3. dah tu goreng kuey  teow lagi sambil budak2 ni layan arsenal vs Liverpool kat rumah dia.  

kepada sesape yg nak buat open house lagi, sila2 lah jemput saya. =) terima kasih.



Monday, September 3, 2012

OpenHouse Rally

 
HARI JUMAAT. rumah Abbas. dekat je. kat sek 7, belakang UNISEL. lepas maghrib terus gerak pi makan kaw kaw umah dia ada mee kari and nasik tomato.
kebetulan hari ni aku puasa, ape lagi melantak ta hengat lah.
tak tau apa yg slack, esok aku sakit perut. lol =(
 
 
HARI SABTU. hari ni ade 3 tempat. first sekali umah family Madam Account kitorang. punye laa sampai Segambut, KL kitorang pergi. tapi memang cukup ter ter ter terbaik! ade stesen laksa, spaghetti, lontong, ayam panggang,bihun, nasik goreng, stesen air sampai 3 jenis, chocolate fountain, popcorn, susah lah nak cerita keseronokan open house ni. =) TQ SO MUCH Madam sebab jemput kitorang.
 
 
 
rumah datul kat Klang. dari pagi dia masak. takkan taknak pergi plak kan?  memang sakit pinggang aku dari kl patah balik shah alam and pergi klang.
( semua pujuk hati masing2. "raya kan..." last sem pulak tu, ikotkan aje lah )
tapi bubur durian tuh memang sedap laa..
rugi sebab roti jala dah abis. takde rezeki nak rase.
 
 
 
balik dari rumah datul sempat lagi singgah klang golf country club lepak2 ambik angin petang tengok matahari terbenam. bila agaknya dapat duk atas bukit betul2 and tengok matahri naik plak kan?
=0
lepas ni nak pergi makan besar kat umah nenek ain plak, rumah yang ke 3 laa. so bg perut rileks sket.
 
balik dari rumah nenek ain tuh, memang kenyang tak terkata. rase nye festime aku pergi sampai 3 open house satu hari.
 
 
 
HARI AHAD. ni plak time pergi umah Aizat kat Serdang.depan umah dia ada tasik, so kitorang lepak situ tenangkan perut.  gerak lepas zohor. sumpah nak patah pinggang aku. tapi kawan2 punye pasal, raye plak tu.. so takde hal laa. lagipun makaroni yg mak dia masak tu, sedap. alhamdulillah.

thanks kat semua kawan2 yg jemput dtg rumah. and thanks jugak kat semua kawan2 lain yg mnjemput tapi  tak sempat nak datang. =(


cantik bukan subjektif


Aku tak kata ape yg orang duk kata2 selama ni salah. Sebab org suka cakap cantik tu subjektif. Kerana dia susah nak dikata, sukar nak digambarkan, and cantik ada banyak jenis. Ada org suka putih, ada orang suka hitam. Ade kate Kebaya cantik, ada kata Jubah yang cantik. =(
Maksud aku kat sini, tak semua cantik tu tak boleh dikelaskan sebagai satu cantik. I mean, cantik.

Mesti ada satu benda yang semua org kat dunia ni kena setuju bahawa itulah yang cantik.
Mcm mana?  Sebenarnya perkara ni tak payah nak argue panjang2. Dalam Quran dah cakap, hadis2 banyak dah cerita. Benda yang paling cantik kat dunia ni adalah WANITA SOLEHAH . Cmon guys. Takkan korang taknak setuju kot?

Perempuan yang menjaga diri, tutur kata, perangai, akhlak dan kecantikannya, dia lah yang CANTIK. Or maybe, PALING CANTIK. And aku berani cakap, gerenti satu dunia akan setuju bnda yang sama. Yang tak setuju tu kena polish hati sket.
So bila ada kawan2 or sesape yang suka cakap “Cantik kan dia syu?” “tengok tu, cantik kan dia?”. Ataupon tengok gambar kat internet “cantik kan?” Susah aku nak jawap. And aku pon terpikir. Memang dia sengaja tepek berpuluh2 gambar dia kat internet ni untuk org tengok , comment and puji ke? Extremely pathetic laa kalau mcm tu.

Bagi aku semua org cantik. Allah jadikan semua org ade kelebihan,nur, dan aura dia masing2, terserah diri sendiri nak “tayang mcm mane”
So untuk level kita2 yang biase2 ni, pendek citer  camni lah pandgn aku. Kalau kita pon tau cakap yang setiap Allah jadikan tu dah memang cantik, dah tu kenapa pi gatai2 tgn tu nak cukur2 and buang alis kening tu? Sebuk nak tukar2 kaler rambut dari itam pegi pink, merah, kuning. Nak jugak pakai ketat2 nak tunjuk sgt bentuk bdn tu.. sebab kalau kita dah tau yang kita memang cantik, tak perlu buat semua tu pon. So kepada sesape yg buat tu.. sorry fellas, i olls rase CANTIK takkan wujud dalam kamus hidup anda.



=) Muka tak perlu make up tebal untuk nampak cantik. Tapi hati kena make up bia selalu cantik.