Thursday, May 29, 2014

sembang petang (*.*)



salam alaik.

pepetang yang hujan ni, terasa nak membebel la pulak. =)

topik hari ni pasal 'MUHASABAH'.

Muhasabah diri la kan, ape lagi. sebenarnya, aku sangat setuju yang kita sebagai manusia bodoh ni, patut muhasabah diri setiap hari. diulangi, SETIAP HARI.

hari tu aku tengok BERSAMAMU, pastu menitik2 air mata aku. kesian sangat kat org yg kurang mampu dan kurg senang mcm kita ni. kta ni semua makan cukup, tidur cukup, pakaian cukup dan terlebih2 cukup pon ade.




so kite kena la selalu muhasabah diri kita ni bila Allah dah bagi kita senang, mampu, sempurna, tanpa sebarang cacat cela. bayangkan org lain yang takde tangan, takde kaki, takde mata pon ada. tak boleh nak tengok satu dunia ni mcm kita. Subhanallah. cuba la pikir. kalau takde mata, mcm mane nak facebook2? mcm mane nak insta2 bagai, ape lagi nak jalan2 tengok bunga sakura kat korea lah, kangaroo kat aussie??

so bersyukur lah banyak2. tiap2 malam sebelum tidur, banyakkan berfikir pasal nikmat yang Allah bagi.
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita. i mean, dah tercapai matlamat ke, masih jauh, atau memang dah tersasar jauh?

ada pulak geng2 yang suka membangga diri. apesal? malaikat kelas apa yang damping kau sampai nak membezakan sangat kau dengan org lain? mati nanti, kau pakai kain kapan emas ke? so please lah. membangga diri sangat dah tak relevan dalam dunia yang semua org bijak pandai nak berpikir sekarang ni.

apa yang kau ade, walaupon sati inci kulit jari kaki, dan satu gunung emas sekalipon, semua hak Allah. sekelip mata Dia nak bagi, lagi laju dari sekelip mata kalau Dia nak ambik balik =(

hari ni org makin pandai2 dari kita, kita rasa tak puas hati. tapi kalau ade pulak org yg lagi tak pandai dari kita, kita ejek pulak. so nampak x? hati sendiri pon x dapat nak control and puaskan, so jgn sesekali nak criticize org lain untuk penuhi cita rasa kita .. not good, not good.

bersyukur dengan apa yang ada dan rasa sangat puas untuk segala yg kita miliki sbnrnye secara otomatik buat kita positif dlm hidup. takde lah sebuk nk berlawan dengan jiran sebelah, kawan2 opis, sedara mara. klu yg lg teruk tu, antara adik beradik pon nak lawan rumah sape lagi cantik. adoiyai.

pendek kata, walaupon dah banyak aku membebel kan, muhasabah diri hari2 pon x rugi. selalu pikir hari2 ape yg kita ade, kita miliki, kita hargai baik2. ade anak, anak yg sihat. ade suami, walaupon gemuk, tapi masih pnjg umur, ade kereta walaupon buruk. tapi masih boleh bergerak. nak comparekan dgn org yg takde semua tu? Subhanallah.

Friday, May 2, 2014

klia2 Punya Cerita. =)


salam 1 malaysia. cewah.

bermula lah kerja baru yang basically same je dengan kerja lama. acaneer tu.
doesnt mean takde perubahan walaupon skop kerja sama.

kawan2 lain, boss dah lain, parking pon lain, yang penting, unipom pon lainnn. hahahaha.
sekali sekala perasaan macam jadi peguam syariah pon ade pakai baju berblazer2 bagai ni. hoh.

so, rutin kerja dah bermula, memang menggelabah sikit lah nak susun dengan anak lagi, suami, dobi, urusan rumah tangga, bil2, beras susu gula tepung, eh. macam2 pulak.

ape yang penting, rezeki tu, semuanya Allah bagi.
nak besarkan anak dan suami bukan satu tanggungjawab mudah. hehehe. sebab Umi nya dah memang
besar. =(


dengan mak iti. ( Battutah punye 2nd mak ) =)