Monday, February 28, 2011

_ PANASSS... _

assalamualaikum semua sekali. ok, mungkin korang semua tertanya2 kenapa gambar ABC ni ade kena mengena dengan tajuk PANASSS ni kan..?? sebab, biler kite panas, kite perlukan sumthing yang sejuk untuk chill kan kite. huhu~~ am i correct?
cube tengok betul2 ABC tu, dia bukan setakat menCHILLkan hari anda semula, tapi menyejuk dan menenangkan jiwa. betul ni wei! aku dah cuba!


OH ABC! tengkiu. sebab kau berjaya menyejukkan balik hati aku yang agak PANASS hari ni.
to be detail, start dari pagi lagi, biler aku nak bertolak balik dr umah ke UITM, moto bwat hal. panas ye disitu. tp cool. so aku gerak shah alam naik keta lah. pendek citer, i have my bestfrens wif me. kitorang bergaduh ok. so bertambah lagi kePANASan aku kat situ. memang rase cam nak naik pelempang je kat muka. ( ade ker pelempang kat badan anyway? ) neva mind.
tengahari tuh, aku pon menapak jalan kaki ngan ain nak gi kelas Outdoor. sampai2 jer kat Fakulti, bertembung ngan arip and dia selamber je muke tak bersalah cakap "kelas takde..".
PANASS...PANASS... memang hari ni betul2 PANASS.. aku cepat2 cari kelas yang ade Aircon and lepak dalam tu jap. Then kat situlah timbul perasaan untuk dapatkan ABC supaya hati aku boleh sejuk balik. then, thats come da picture. FRADOO ABC, SEKSYEN 2, SHAH ALAM. RECOMMENDED! TERBAEK KOT!

hhaha~~ bukan ABC saje.. sambil nyelam minum air tasik nieh. kitorang layan mee bandung kedai sebelah. 3.50 je kot. ok lar..


see? tinggi tak ABC tuh? ade one scoop eskrem coklat, longan, anggur. tak lupe jugak, nata de coco and coklat syrup. semangkuk tak cukup.

burrpp... alhamdulillah. dah habis semua ni, memang sejuk sikit. baca doa sebelum and selepas makan. berkat kot.

balik kolej naik bas. alah, x sampai 10 minit pun. tambang pon singgit jer. bas ade Aircon. sejuk lagi...


and comes the new sandal. Vincci jer. new flat for class. asyik belasah Adidas jer. buruk la dia lame2 nanti. nak cari lagi satu. hehe~~ I love heels, but neva wear it to class. giler kau nak naik tangge tonggek tu pakai heels? toksah bergaya sampai cari penyakit.tu giler namenye! thats why i choose flat for class. neva wear slippers also. come on, guys. discipline.

i realy love it. bertambah sejuk lagi hati den.. and akhirnya aku boleh balik kolej and tak PANASS lagi..

Saturday, February 26, 2011

_ Fir$t @ider _

korang semua mungkin malas nak layan blog aku and asyik nak layan semua gambar2 xtvt yang aku bwat. so, aku nak cakap ngan korang, DO I CARE? THIS IS MY STORY. aku tak pakse korang untuk buang mase korang yang berharge tu untuk blog sengal aku ni. i made stories in my own way, and the best part was, with the picture, im givin all of u an evidence. that im not lying to all of you for all dis time. ok? dah, taknak marah2 lagi. nanti cepat tua. (senyum semua. senyum cepat) aku tak marah korang taw. aku marah diorang tu ha

diz entri, aku nak cakap yang untuk course SPORT SAFETY ajaran Cik Azhan, kitorang kena wat amali jadi First Aider untuk event Sukan Kolej bebaru ni. group aku, awie, ayoi, aizat, arip , and syuhada lah.

kitorang bertugas jadi first aider untuk game futsal staf wanita. dah lah siang tuh aku ade latihan PALAPES, malam jadi first aid plak. memang penat tak terkate lah.

so far diorang main ok jer..dah final game baru ade sorang makcik nie jatuh sebab terpijak bola. cramp la sekejap. and sebab aku sorang je pompuan, aku lah yang tolong tuamkan ice kat kaki dia. and tolong dia gerakkan kaki lepas tuh. gambar tak dapat load sebab dalam henpon ayoi. aku tak tipu ok. aku dok bersila depan makcik tuh and letak kaki dia atas peha aku. and ayi ade ambik gambar aku time tuh. percaya la wei.



time takde sape injured tuh, kitorang pon jadi penonton futsal jugak lar. aku siap bawak bekal lagi. macam pergi berkelah. banyak tau. gambar tu je sikit sebab dah banyak yang diorang makan.

hah, orang dah habis game tuh, diorang plak sebok nak main. pantang game berenti sekejap, trus diorang masuk court. kalau diorang ni terinjuredlah, memang aku pergi kat diorang tu and teuk tangan kuat2. or else, aku tambah lagi.


Sunday, February 20, 2011

_ Birthday Party _

Birthday party sape ni? Muhammad Danish Rayyan. sape?
tak tau kan.. aku pon.haha~~.. birthday anak member Abg Wan ( abg ipar aku ).
dia wat kat umah dia kat salak tinggi. best taw. besday anak dia yang sulung, setahun. time kitorang sampai tuh orang da ramai. tapi nasib baik kek tak potong lagi. kalau tak cam malu jugak lah kan, datang lambat.

giler arh! 21 tahun aku hidup tak pernah pun sambut hari jadi sampai ade banner cam nie. ( jeles ) lucky giler Danish Rayyan ni to have such a lovey daddy and mummy. grow up and be good to your parents k.

see? thats the mummy. gambar daddy dia takde lah. coz he's damn bz. they are loving couple.best jer tengok diorang sesame wat party sambut hari jadi anak diorang nie.
( rindu party Iris dulu )..


Abg Wan dah mangkuk nombor berapa dah tuh? humm. macam2 ada kat party nie. meehun goreng, laksa TERBAEK!, nugget, fries, hotdog, agar2, sweets, jelly, kind of crackers, macam2 lah senang citer. tapi air satu jenis je lar, air Anggur. nak banyak2, gi restoren la.

nampak gaya cam kitorang jer tetamu yang paling suke dengan party ni. hehe.. mestilah suke. majlis orang panjang umur kan. lainlah kenduri kematian kau nak skema2. ape la..




ni lagi satu yang wat aku hangin. dah lah BLUE IS MY FAVERET KALER. takper2, nanti aku mintak kat mak. Danish, u punyer kek cume ade nombor 1 kan? nanti aunt punyer, 2 dengan 1 taw tak. huu~~~~ mak... nak jugakkk....


my Along. dengan Laksa.

dah nyanyi2 tuh, so boleh lah makan kek. Tuan Rumah cakap, "sape nak makan kek, ambik lah. jangan segan2". Waahh... silap besar la kalau aku nak duk diam jer kan. ade lam 2 slice gak la aku makan. moist chocolate cake. sedap. Peringatan : ketika berada di majlis yang melibatkan makan2, tolong ingat orang2 belakang ye.

ha, kan aku dah cakap. Mak si Danish tu blah je dari meja tu, sepantas kilat, petir, guruh aku serbu meja tu. hahah~~

along dengan Adik.



my Adik. kau makan banyak kan?
to Danish Parents : tq for inviting kitorang. ye ker? dia sebenarnya mungkin ajak Abg Wan je, tapi i got a chance to involve, so tq lah jugak kan. semoga kalian terus kekal berbahagia di samping anak2 tersayang. anak2? haha~~.. takkan sorang je kot? PANGG! Statement menyibuk kau memang nak tempah pelempang syuhada. =)

Monday, February 14, 2011

_ Oh Palestin! _

aku habis kelas pkol 12 tadi. lega, dah setel Test Sport Safety. aku pon menapak lar balik kolej dengan Ain. sampai bilik, aku on9 jap and tolong print assignment member. tengok jam, dah pkol 1.15. aku kena berkumpul pas Zohor japgi sebab aku ni insan terpilih untuk pergi satu conference berkenaan Palestin kat Pusat Seni Islam Shah Alam. Event ni under Palapes la. Skuad aku ade 10 orang je yang terpilih.

ok, kena pakai baju P.O.. memang macam boria.

kami berempat je perempuan.


6 lagi lelaki. hujung kiri tu, jurulatih kitorang.



dapat tudung free. hu~~. siap ade cop palestin taw. jgn jeles. bwat mase ni tak de lagi benda ni kat uptown. harap bersabar ye.


kitorang sampai agak awal. so, nak menunggu yang lain tuh, 16 kali menguap jugak lah.


tengah2 ni bahagian yang diorang asingkan untuk orang media. aku nampak ade RTM, TV9, TV3, ASTRO, humm. agak2 aku masuk berita ke malam ni??


dirasmikan oleh Dr Mahathir. ( im just.. uhmm...) basically, conference ni tentang negara kita, Malaysia nak tolong Negara Palestin yang asyik bergolak je. Kita tubuhkan satu committe kat sini so tempat diorang bernaung, and mintak tolong and mengadu. nice kan? kesian kat diorang. kita bersyukur la. mane taw esok2 kita pulak nak mintak tolong negara lain. betul tak?




ape yang korang senyumkan sangat ni? diorang siap tunjuk slide show tentang kesusahan org Palestin kat negara diorang, korang takde perasaan ker ha?

ok, aku senyum sebab conference tu dah habis.



aku rase bagi kebanyakan orang yang datang, part yang paling best time makan je. kan? alah.. ngaku jelar.. aku tengok masing2 biler hadap mee goreng depan mate, langsung Palestin ke mana, ape ke mana.



korang bedal kuih tu langsung tak hengat orang belakang kan? mentang2 dia tak tulis "satu seorang", korang bedal sampai 4,5 ketul kan.



aku tengok je la diorang semua makan, sebab hari ni kan hari Isnin, aku puasa. Alah.. jujurnya, sikit pon aku tak terliur tengok semua makanan tu. tapi kalau Nasi Beriani ke, Nasi Kandar ke. alamak, esok la puasa lagi. hahah~~~

mungkin takde ape yang kita boleh sumbang untuk bantu diorang pulihkan balik negara diorang, tapi satu2nya kekuatan kita, sebagai orang Islam, kita boleh berdoa and berharap supaya semua saudara kita tu dilindungi oleh Allah SWT.

_ Hari Kekasih Tak Wujud! _

hari ni 14 Feb. so? aku tau korang semua pon tau.
then? korang percaye and sambut benda mengarut tu? aku nak bgtaw korang semua, VALENTINES DAY ADALAH ANCAMAN TERHADAP ISLAM! so korang2 semua jangan nak pandai2 nak sambut atau raikan atau besar2kan perkara ni. paham! ( aku marah sangat ).
tak payah lah aku nak tulis kat sini, tapi dah memang berlambak2 dalil, hadis, yang menentang kuat pasal sambutan Valentine's nie. kecuali bukan muslim lar. ade ker kat sini yang mengaku hari ni bukan muslim sebab nak sambut Valentines ni..??

umat islam dilarang sambut hari kekasih. Nabi Muhammad S.A.W mengharamkan segala perbuatan yang menjurus ke arah maksiat. dalam islam pon, takde istilah couple2 nie. islam hanya membenarkan hubungan melalui perkahwinan jer. dalam aku dok tegur korang semua, aku tegur diri aku jugak. aku dah tak pegang title "girlfriend" kepada sape2 pon. bukan macam tu cara yang islam ajar.

cinta kita kat dunia ni paling utama sekali of coz kat Tuhan. kalau korang tak cinta kat Dia sebab bagi korang bernafas selama ni, aku tak tau lah nak cakap korang punye rugi tu tahap ape. then, come cinta kepada Rasul. biler kiamat nanti, time kite same2 merangkak nak masuk syurga nanti, Nabi Muhammad je la yang ade kuasa untuk tolong kite. kalau kite tak cinta kat Baginda, macam maner Baginda nak tolong kiter? lu pikir la sendiri. lepas tu, cinta mak ayah. orang yang sudi bawak kite keluar untuk kenal dunia ni. jangan lupe adik-beradik, saudara mara, dam lepas tu rakan2. korang rase cukup dah ker senarai orang yang patut kite cinta kat dunia ni..??
belum. kita mesti cintakan saudara2 seIslam dengan kita. ade satu hadis cakap, " tak sempurna iman seseorang itu apabila dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri". so? korang agak2 yang ni korang boleh buat tak?
aku? jujurnya, aku belum sampai tahap tu lagi. aku sedang belajar. belajar untuk mencintai diri aku terlebih dulu and next, aku akan cuba mencintai saudara2 aku sebaik mungkin. aku sayang korang semua. pecayelah. korang semua kan sedara aku.

i love you. selalu tak korang gune ayat ni? untuk siape? malu nak cakap? takper.. kawan2, cinta tu memang best. best sangat. tapi percayelah takde love yang sebaik Love yang datang dari Allah.
aku pon gunekan perkataan ni jugak dulu. untuk orang yang aku rase aku terlalu sayang. tapi tanpa aku sedar, sayang yang aku rase tu datangnya dari Allah jugak. syuhada akan jadi kawan awak yang baik sampai biler2 dan awak akan tetap jadi kawan yang baik untuk syuhada sampai biler2 jugak. ok? i love u my bestfren!

Friday, February 11, 2011

_ Next Outing _

memang dah jadi kemestian tiap kali Nini balik dari Johor, mesti keluar pegi beli barang dia. and macam satu kemestian jugak, mesti pergi Alamanda. dekat la weh, sebab tu pilih sini. mesti pegi beli barang dekat Carrefour and lepas tu baru cari ape2 yang dia nak. dia je ke? oh, tidak! aku jadi driver je bawak dia datang sini? tak mungkin. hoho~~

dah habis anggun punye gaye aku bagi nie. likeee....


pantang la kat kakak kalau nampak benda2 macam ni and tak dapat naik.
memang dia takkan turun dari situ.

beg baru. yea! nini cakap dia beli beg tuh untuk letak telekung time pegi jalan2. tapi harge dia 110.00. mak cakap mesti yang mahal ke nak letak telekung, dia cakap, biar telekung selesa duk dalam tu. boleh? then mak kate, ikotlah. nanti jangan mengadu takde duit sudah. kalau nak sangat tu cakap je lah, tak payah bagi alasan merapu camtu. kau ingat mak tak sekolah ker?




jeans! keWAJIPan untuk dia. she's really a jeans person.

tapi nak taw tak, kebetulan time nie, jeans yang dia nak tu, takder saiz! hahah~~
im not ended up being jeles to her la.. hahah~~
tapi dia boleh cakap " mak, lain kali kite dtg lagi, dia cakap next week ade stock baru " . sipot btol budak nie!

time ni kakak berak. sebab tu dia terkepit macam tu.

kat toilet. time mak clean up kakak. ini lah yang jadi kat kitorang.


lepas tu makan. mak suke Yong Tau Foo sup kat RASA nie.







u are so cute, kakak! and degil also.

this is me, with my beloved younger sister. dulu biler kluar mesti bertiga, sebab ade Along. sekarang Along dah kawen, ade kerja, ade family. so, dah tak dapat macam dulu lagi. nanti Nini kawen plak. tinggal la aku sorang. Nini, kalau kau gatal kawen sebelum aku, kau belikan aku rumah sebijik dulu sebab langkah bendul. paham!