Monday, August 1, 2011

_ selamat berpuasa _

Assalamualaikum semua.
Sebelum terlambat, nak ucapkan selamat berpuasa di dalam bulan Ramadhan ni. seronok sangat dapat jumpe Ramadhan semula kan? eksaited sgt nak mengaji banyak2, pergi tarawikh, berzikir, and baca ma'thurat tiap2 hari kan? betul tak? sape tak nak pahala berlipat2 ganda2 banyak2 nye.

nak kongsi dengan korang sikit :

1. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

2. "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga".

penah dengar sorang ustad cakap, jangan setakat puasa menahan lapar dari pagi sampai senja je, tapi tak dapat pahala ape2. rugi. masa siang kita masih lagi membuang masa, talking nonsense, mengumpat and membazir. kita kena usaha sedaya upaya untuk elakkan semua tuh so that kita dapat fahami and hayati Ramaadhan Al Mubarak ni. jaga solat sebaik mungkin, banyakkan bersedekah kepada sape yang mampu, dan paling penting menutup aurat dan jaga perhubungan untuk menghormati bulan puasa ni.

* Ramadhan kali ni betul2 bwat aku menangis.

No comments:

Post a Comment