Tuesday, December 21, 2010

_ Annual Camp PALAPES 2010 _

Dari 24/11 sampai 14/12 2010, lebih kurang tiga minggu,
aku wajib pergi perkhemahan tahunan PALAPES kat Dungun, Terengganu. salah satu syarat nak tauliah mest pegi kem tahunan. ingat lagi tak PALAPES ni ape..?? Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. (Tentera Darat) .
camp memang terbaek! MEMANG KAW2 PUNYER!
sape yang tak cukup tough, rasenyer dua hari je dah kemas beg nak balik. I'm very very very proud of myself dat i can finish diz camp successfully.
tak dapat nak tunjuk semua gambar time ade kat sini sebab takde mase pun nak bergambar memang terlalu2 bz, letih n penat giler. tak banyak yang boleh kongsi kat sini. sebab pengalaman kali ni memang tak terkata punyer adventure. bwat serang hendap pkol 1 pagi,gelap gelita. kitorang tak gune lampu suluh taw. tidur dalam hujan, bangun pkol 5 pagi basuh muke kat sungai. sejuk giler. macam2 lagi lah.
tapi ni jer yang terbaek aku boleh kongsi sikit2.
time ni dalam trak 3 tan ondaway ke seberang takir,k.terengganu. pegi sane semate2 isi minyak trak ni ha.. 2 jam kitorang kat belakang tuh dok menahan gelak tengok driver2 lain punyer fi`il. yang lambai2 ader, yang tabik pon ader. pelik2.. fes time nek trak askar n gi jalan jauh macam tu. kitorang berlima je time ni. jurulatih kebetulan pilih kitorang.

ni pulak time outing ke bandar dungun. ade bagi outing untuk sape2 nak beli barang yang tak cukup sebelum nak masuk hutan, aku kuar beli biskut and megi jer.


pagi sebelum masuk hutan. jangan terkejut taw. ni baru sikit. sikiiit sangaaat. terengganu tengah musim hujan time kitorang pegi nie. bayangkan hari2 kitorang training dalam hujan. baju basah,berlumpur,kasut penuh air.. memang besh! 4 hari sekali kitorang mandi.


ni rantai id aku. ade tulis name, no tentera, agama, and jenis darah.
biler masuk hutan, wajib pakai. kalau lah ape2 jadi kat aku.
mati meletup ke, terbakar ke, rantai ni lah bukti and cara
diorang nak kenal aku.
mane ader orang masuk hutan bawak handbag, beg duit.
takde makne semua tuh. huhu~~..



time ni hari pertama time kitorang ondaway masuk ke hutan.
brenti rehat sekejap sebelum sambung jalan.
hutan yang kitorang masuk gelap.
takde makner terang cam ladang kelapa sawit nie.
memang btul2 masuk jauh ke dalam. time ni memang betul2 terasa letih. bayangkan kitorang kena berjalan bawak bag pack
yang berat lbih kurang 20 kilo, senapang kat tangan,
jarak dari banting ke nilai.
petang tu pulak, hujan lagi. terbaek!



hahah~~.. ni gambar time latihan tempatan kat uitm shah alam lagi..
time ni suker2 lagi.. tak tau gi terengganu nanti kena hell habis2.
padan muke aku. ingat senang2 nak tauliah jadi leftenan.
hambik kau!



time ni tgu bas nak gerak ke uitm dungun.



dalam bas. mesti la duduk dengan ain.
seat belakang sekali. lame giler. aku balik kampung pun tak lame macam ni. bas ni slow sangat. kitorang gerak 7 bas. 3 trak. 2 hilux.
motor tak ingat berape. tapi diorang angkut moto gune trak la.


kolej Gemia 3, tempat kitorang stay sementara kat uitm Dungun.
time ni baru je sampai. satu bilik 3 orang. ok lar.
cume bilik air diorang sempit sikit.
nak selesa kau gi duk hotel la kan..??



6 jahanam.
ni baju P.O kitorang. Pakaian Official untuk makan, and aktiviti masjid.
kalau korang nak tau, tentera ni banyak kod untuk dressing.
dari satu, sampai sepuluh. semua ade kegunaan masing2.
contoh, P.O ni ta hengat no berape tp khas makan n masjid.
no.3, pakaian rasmi ke pejabat.
10, baju untuk senam. yang kitorang asyik pakai semua hitam tuh.
baju loreng untuk masuk hutan dan latihan.


ni kat dalam dewan makan.
tengah q nak ambik nasik pun sempat lagi.


ini biler ek? tak ingat dah lah..
mungkin nak pegi lapang sasar ni. latihan menembak.



ni skuad aku. jangan main2 dengan diorang ni.
nampak jer cam ustazah, wakil rakyat, tapi memang kuat.


ni latihan untuk ujian senjata.
ape nak bwat kalau peluru tak meletup?
kelopak peluru kosong? senjata tersekat?
based on jurulatih, skuad shah alam paling senang nak ajar. banggee.
kitorang sekali dengan skuad arau, dungun, and melaka.

tengah hari pas makan, masuk kelas plak. belaja teori.
pagi dah bersenam bagai nak pegi perang,
latihan pagi plak time gerimis, badan memang dah letih sangat2.
bile dapat 'take five' jer, semua pengsan.
yang duk kat kerusi lentok kat meja,
aku kat bawah lantai pon jadi lah.


hhaaaa~~~~~~ yang ni aku ingat time biler.
tak tau sape haram jadah gi ambik gambar aku tido ni.
tiber2 ade kat dalam fon aku dah.ni memang series letih betul nie.
baru pas menembak n tgu turn orang lain siap plak.
tak de ape nak bwat kebetulan jurulatih takder,
aku slamber baring n tdow. waa~~~ tak tipu weh..
memang betul2 penat. badan sakit2


budak kecik ni dan lagi gayut dengan pakwe..
time latihan ni jer kitorang sempat pegang fon.
afta dat, kitorang tak di benarkan dah. kalau gune gak, dia dapat tangkap, masak lar.. tentera ni takde hukuman ketuk ketampi ke, tarik telinga ker.. adoi.. dia bagi kau suh gulung jarak 50 or 100 meter.
dia bagi side roll takper lagi, kalau dia bagi fold roll?
cam nak patah tulang leher. bayangkan plak kalau kne fold roll dalam longkang? jangan main giler... yang paling sakit sekali,
of coz, commando rest. boleh kate kitorang ni hari2 makan kuih gulung lar. kuih gulung lecak. kuih gulung lumpur.
dats y la ku cakap camp ni terbaek! huhu..


ni fes time aku masak nasik dalam hutan. dengan budak platun, zana.
ader dapur kecik bawah tu. dalam dia ade lilin hexamine.
lilin dua bijik, konfirm nasik dah masak. banyak bekalan kitorang dapat sepanjang dalam hutan, jangan risau.
cume boleh atau tak boleh makan jer.
kalau korang ingat makanan tentera ni sedap, silap besar lar.
ade skuad aku yang langsung tak boleh telan. kesian.
asyik makan megi and biskut jer. aku pon loya jugak.
tapi aku telan la kalau tak kang lapar pulak.
lagipun aku pegang penolong ketua platun time tu. of coz kena sehat n fit sket. nak crite hieraki kat sini kang lame pulak,
tapi pen.ketua platun ni memang tersangat2 lah besar tanggugjawab.


gambar ni sempat aku ambik lepas balik betul2 pas keluar hutan.
habis badan merah2. kaki takat tapak kaki ni jelah yang aku boleh tunjuk. jari semua bengkak. memang kembang betul. brape hari aku tak boleh pakai kasut. tak muat. kat betis dengan peha plak jangan cakap la. teruk giler merah2. badan bintat2. and lastly, muke aku konfirm hitam mengalahkan anak keling.
ANNUAL CAMP PALAPES 2010 TERBAEK!!

No comments:

Post a Comment