Sunday, January 30, 2011

_ CAMP, day 1 , Survival _

sebelum bwat aktiviti, setiap kumpulan gunung di gabungkan (bergabung) dengan kumpulan gunung2 lain so dapat satu kumpulan besar Tasik.
tak paham? kan aku gune bahasa melayu nieh!
macam ni, Gunung Santubong, Gunung Ledang, Gunung Angsi, Gunung Jerai, dengan Gunung Siku bergabung and duduk dalam satu kumpulan nama Tasik Temenggor.
ok, clear? Gunung lain tuh, diorang punyer pasal lar. semua ader 20 Gunung, so akan ade ader 4 Tasik. setiap hari, aktiviti2 tasik ni berbeza, ader jadual dia lar.
tapi setiap pagi, mesti sembahyang subuh berjemaah. wajib!

aktiviti pertama kump Tasik Temenggor, Survival.
rugi sangat sebab takder gambar yang aku dapat tunjuk untuk aktivti ni. sebab kamera tak di benarkan bawak. sedih!

setiap kumpulan survival, ader 6 orang. setiap kumpulan hanya di benarkan bawak satu beg. dalam beg tuh, cume ade telekung sepasang, kain pelikat satu, sejadah satu, air 2 botol besar, Yassin, and bekalan yang diorang bagi ( beras sikit, telur sebijik, tepung, garam, gula, serbuk teh, mancis 3 batang, 2 bekas masak, satu fly sheet untuk bwat khemah )
dah kata Survival kan? pandai2 kau la nak survive dalam hutan kang.
sebelum naik bot ke pulau, kitorang kena masuk tasik and berendam dulu.
so tak masuk hutan lagi, dah menggigil dah.
naik bot dalam 20 minit, sampai satu pulau kecik nie.
fasi bawak kitorang kat tapak khemah kitorang, and tinggal terus.
kitorang pun divide kerja, bwat khemah and hidupkan unggun api.
elemen penting Survival : water, fire, shelter.
payah jugak lah nak hidupkan api sebab petang tuh tibe2 hujan lebat.
memang frust btul. tapi try lagi, akhirnya hidup la.

lepas dah ade unggun api, kitorang just kena jaga kayu api supaya api tu tak mati.
tidur malam bergilir2 sebab kena ade sentri.
aku rase duk dalam hutan tuh, 3 minit, macam 3 jam.
kitorang masak beras yang diorang bagi tuh, wat bubur, then pecahkan telur sebijik dalam tuh and masukkan garam bia ade rase sket.
sedap ke tak? mestila sedap! tengok la sape chef.
serbuk teh tu pon, aku bancuh and tambah dengan gula. duk lam hutan dapat layan teh o panas, memang terbaek! puas la kitorang dok bercerita sampai habis modal.
then, ade fasi datang wat penilaian kat kump kitorang.
dey all request pagar, ngan ampai untuk sangkut life jacket. kitorang pon bawat la trus.
aku tidur lam pkol 3. ( jam takder. aku main agak jer )
then aku bangun sebab sejuk sangat sampai menggigil.
aku dok kat api and trus jage sampai pagi. ade gak aku baring2 lagi lepas tuh.
takkan nak tidur sekali je kan?
ain tidur sampai berdengkur. syed pun tidur sampai tak sedar ape.
panggil pon wat bodo jer. nasib hutan tu takde harimau.
ye ker takder? ntahla. tak jumpe pon.

then, siang pun sampai dengan lambatnya. perut kitorang semua,
lebih2 lagi perut aku lar, dah tak larat nak berbunyi mintak isi pon.
aku pelik kenapa sampai ke siang pon diorang fasi2 tak datng tengok kitorang lagi.
memang dah lapar tak tau nak cakap macam maner.
lame tuh, ade la fasi malam tadi datang lagi and wat penilaian kat kitorang.
tak tau la berapa banyak markah aku kena potong sebab time diorang datang, aku tak perasan. aku ngan din tengah jage unggun api sambil memekik2, melolong macam orang gila. habis lar...

habis nilai semua, kitorang di suruh pack semua barang and keluar dari situ.
ingatkan balik khemah pusat lar, rupenya belum habis lagi.
ade praktikal orienteering plak. by dat time, sorry to say, aku memang rase diorang semua ni memang teruk gila. aku tak tau orang lain
( tapi aku tengok semua orang pun bercakap benda yang same ), aku betul2 lapar, and rase tak larat sangat nak wat aktiviti lagi. diorang langsung tak bagi makan
. air sirap gelas kecik untuk kongsi 12 orang? come on guys.
ni kem rekreasi ke kem aper? aku tak tau kenapa benda macam ni boleh jadi.
ini bukan fes time aku pegi kem. and aku face experience yang lagi teruk dari nie.
biler badan dah takder tenaga, kau nak pakse ape lagi?
aku tau diorang pon penat macam kitorang, tak rehat macam kitorang,
makan pon tak lah terlalu banyak macam kitorang,
but at least guys, did all of u have a stomach problem like mine?
sakit tau tak. sakit sangat. n nak tau? biler dia tanye ade yang sakit tak,
it ended up worthless. tak de ape yang boleh di bwat pon.
che hisyam, please. tolong bagi student makan lepas nie.
kesian jenis big body figure. tak cukup makan bwat diorang lembik.
lepas tu kita kerah dia kayak, trekking.
my group happened, che hisyam, tak sampai separuh pon lagi, dat big gurl, tak larat sangat2 dah nak continue trekking.
kenapa kite terlalu berjimat dengan semua bahan makan kite. kan kita semua bayar?
ape jadi dengan beras yang berpuluh2 pek lebih tuh..??

habis orienteering tuh, aku betul sakit perut sangat.
sampai jalan pun dah membongkok. bukan masalah lain. lapar.
sampai khemah pusat, dapat makan.
diorang dah siapkan bubur untuk budak2 balik Survival. Alhamdulillah.
habis aktiviti Survival. Aku seronok. Aku suke xtiviti ni.
even theres few part yang tak berapa menyenangkan.

malam, ade aktiviti post mortem, aku yang kena cerita wakil Tasik Temenggor ape jadi and ape yang aku bwat mase survival. aku pon citer la A to Z.
series banyak weh. pengalaman yang tak boleh nak cakap denan ayat.
thank you Sport Rec. sebab wujudkan course nie.

No comments:

Post a Comment