Friday, December 27, 2013

Syuhada Laundry

Alhamdulillah, Syuhada Laundry dah selamat mula beroperasi sejak 1/12 hari tu. Akhirnya angan2 kecik nak berniaga dan jadi makin kaya dimudahkan Allah. aku memang nak sangat jadi orang kaya. aku nak jadi kaya dengan harapan makin banyak aku ada, makin banyak aku boleh beri. InsyaALLAH.

Jujurnya, dari awal bukak kedai, aku tak letak harapan tinggi untuk dapat sambutan dr org ramai sebab dahlah musim hujan, lepas tu promosi pun kurang. Aku tak dapat nak cuti lama untuk buat promosi kaw2, so berharapkan bunting tak berapa nak banyak yang aku sangkut kat tiang2 jalan, dengan banner besar satu depan kedai, tu jelah yang aku mampu.

Pada sesiapa berhampiran yang ade toto, carpet, set2 cadar yang mesin basuh kat rumah tu tak mampu nak basuh, so bolehlah ke Syuhada Laundry ye. Jgn segan2.

Tapi kepada kak Haniza, harap maklum buat masa ni Syuhada Laundry hanya membasuh linen dan pakaian sahaja, belum boleh basuh kereta lagi. =)

yang bestnya perniagaan dobi ni, kita ada banyak masa terluang sambil nak tunggu cucian siap, baju kering, sempat lah nak layan Astro First, movie sejam dua, duk lepak kat dobi mcm ade kat rumah je. kepala pun x stress sangat. lepas ni kalau ade rezeki, aku masukkan gambar dobi tu ye.

kalau ade yg tanye, senang tak nak niaga and bukak dobi ni? modal berapa?
= huhuhu. nak jawab soalan ni kena tarik nafas panjang2 dulu. senang tu memang tidak lah. kena rajin, yg paling penting sekali kena sabar. urusan turun naik bank, SSM, supplier, renovate kedai, memerlukan pengorbanan fizikal dan mental. modal pulak, depends.. sebesar dan segempak mana kita nk bukak laundry tu, mcm aku, dah start operate, aku masih renovate sikit2, so roughly dalam 50k jugak lah habissss.

takpelah, mak pon cakap, bukan senang nak senang. =)

semoga perniagaan ni bertambah sukses, Aminn.

No comments:

Post a Comment