Friday, November 1, 2013

kasih Ayah bawa ke mati. =)

salam alaik. barakallahu fikum pd hr Jumaat ni.

idea nak menulis ni dtg bila aku secara tak sengaja bersembang ngan salah sorg indian public yg tngah tgu anak lelaki dia balik untuk sambut Deepavali esok kat Arrival Hall ni.. huh, semputttttt.

Bila aku tengok pakcik tu kan, riak excited kat muka dia tu nampak sangat. seronok gamaknye nak tgu anak balik raye lepas ntah berapa lama duk oversea tu.

macam tu lah bapak kan. yg sinonim dgn garang2, bengis2, sampai anak2 semua takut dgn diorg, tapi bila anak dah jauh dr mata, terserlah jugak kasih sayang tu. Abah aku dulu pon mcm tu. aku ngan adik beradik lain tak berapa manja dgn dia sebab arwah abah memang garang. cara dia dididik nenek aku pun mmg lain mcm, itu yg terturun kat kitorang tu.

kecik2 dalam 5,6 tahun mcm tu, kitorg memg x merasa langsung nak ada mainan masak2, doktor2, barbie2 mcm budak2 skrg ni. umur2 macam tu, pagi2 bila cuti sekolah, abah panggil dah kat belakang suh cabut rumput kat kebun sayur kecil2an dia. kitorg adik beradik ngan muncung pnjg sedepa pon mncangkung la kat tepi rumah duk cabut rumput2 tu. pastu cabut main ikut suka je, tak cabut betul2, abah pon bising " kalau awak cabut macam tu esok dia panjang lah balik, cabut dengan akar sekali!" la pulak... =(

time darjah 4, sekolah aku ade rombongan pergi Cameron Highlands. sape nak pergi kena bayar 50 rgt. hati aku ni memang tergedik2 sangat lah nak pergi kan, tapi bila aku tanye kat mak, mak suh aku tanya abah. opkos le kalau dia tak cakap pun aku tau dah. so aku pon tanye abah "abah, kakcik nak pergi rombongan boleh tak? tp kne bayar 50 rgt." so seperti yg dijangka abah aku pon mula la membebel2. dia  kate "ape anak2 nak, semua mak ayah kasi, tapi cakap mak ayah anak2 xnak dgar, suruh belajar rajin2 xnak, bla bla bla". ade la dlm 10 minit jugak dia membebel sebelum aku nak dapat 50 rgt tu. =) itulah bapak den.

time aku tgkatan 4, ngan 5, aku duk asrama. ade lagi sorg adik aku pon tgkatan 3 time tu duk kat asrama, so bila hujung minggu, abah ngan mak selalunya akan datang bawak makan2, bawak air mineral ( sebab aku kena minum air tapis je.. ) bawak duit belanja, bawak barang2 macam syampu, sabun basuh, stok makanan =) tp di sebabkan ade 2 anak kat asrama sekaligus, so mak abah aku kena berkorban la ulang alik 2 sekolah. kalau mnggu ni abah dah datang melawat aku dlu, so next week tu abah akan pergi sekolah nini dulu. kena gilir2 lah. so ade satu mnggu ni, abah cakap sepatutnya dtg kat aku dulu, aku pon dah siap mandi awal2, tgu dia la kan last2 xsampai2 sampai ke petang. rupanya adik aku sorg lagi tu request pegi kat dia dlu sebab dia ade hal ape ntah aku tak ingat. so aku cam tarik muka la jugak kan. abah plak cam tau2 je aku nak hangin, so dia dah tapau McD awal2. nampak tak mainan dia kat situ?? =) so abah aku ni, dalam garang dia, sporting jugakkkkkk.

ade lagi satu yg best, time nak ambik report card kat sekolah. seminggu awal aku dah kol bgtau " abah, mgu depan hari jumaat parents kena datang sign report card. start pkol 10. parents yg dtg awal, boleh bawak anak dia balik terus" so korg nak tau ape abah aku cakap? dgn nada garang dia tu lah "awak dapat no berapa? kalau teruk x payah lah, buat malu je nak jumpa cikgu" huhuhu. sedih gila dalam hati aku, tak pyh bgtau pon xpe. so nak djadikan cerita, hr yg dinanti pon sampai, seketoi2 mak ayah budak kelas aku datang and bawak anak diorg balik. tapi upenye dlm tgahri camtu, mak abah den pon dtg jugak. ingt kerek je jawab tepon, xnk dtg la kan. yelah, mmg betul pon keputusan peksa aku tak bgus sgt. so bila jumpa cikgu, abah aku tak cakap pape pon bila cikgu kelas aku explain markah2 aku, attendance aku, disiplin, ngan perangai aku. sebab cikgu aku ni jujur sket. sape yg suka tdur dlm kelas tu mmg dia bgtau je. so bila nak balik tu, mak aku pon salam2 lah dgn cikgu kan, aku pon same la kan, pastu cikgu aku cakap "anak pakcik makcik ni no 2 dalam kelas tapi top 5 dalam tingkatan 5 sekolah ni, boleh lah bg ganjaran supaya semangat lagi nak SPM nnt" aku pon terharu and kembang semangkuk la cikgu cakap macam tu, so rewards 20 student terbaik sekolah, dapat gi rombongan Terengganu free. mak aku cakap, "tak payah gi pon xpe, dah selalu balik kg terengganu, same je" tapi tau ape abah aku cakap?  "biar la dia nak pergi".. siap bagi duit belanja banyak gila weh.. =)

tapi tu lah, dalam garang2 abah aku, ade jugak yg best2, yg suweet2, =) dia bawak kitorg tngok wayang, mandi air terjun, gi piknik, masak sedap2, tak pernah lupa hadiah@kek ntuk besday anak2, macam2 lah. dan yang paling penting, cr  dia ajar kitorg tu yg bntuk diri kitorg sikit banyak sekarang ni. ini bru sikit cerita dr aku, belum mak, yg memang bnyak sgt kenangan dengan abah, and adik beradik lain. memasing ade citer sendiri kan.

kepada sesiapa yg masih ade abah,ayah, daddy or wat so ever, hargailah, sebelum korg terlepas ape2 peluang yg akan buat korg mnyesal kemudian. yang ni memang aku tak tipu, sebab aku dah rase. =(
alfatihah.


No comments:

Post a Comment