Sunday, March 6, 2011

_ @rmy @nniversary , Dataran Merdeka _

muka 6 pagi. cover ngantuk
pukul 4.30 pagi aku dah bangun. itupon credit to wawa sebab ketuk pintu bilik aku. kalau tak memang ke laut lah jawab nya. kitorang berkumpul kat markas 540 pagi, sembahyang subuh and terus gerak Dataran Merdeka pkol 620. masuk je bas, aku terus baca doa tidur. sedar2, da sampai. rase cam baru 5 minit tutup mata.


time bergambar semua segar bugar.

sampai dataran merdeka tu pon stil gelap lagi. belum pkol 7 pon. tapi orang dah ramai. pelik lah diorang ni. bangun tidur pkol berapa ha??

antara kereta kebal yang diorang dok pamer kat sini. sesungguhnya, memang banyak betul aset tentera malaysia ni. jenis2 keta yang aku tak pernah jumpe pon ade. mane nak tegok pelancar roket live depan mata kan.








orang punye ramai toksah cakap la wei! ok, jgn cakap.

humm.. nak cakap jugak. kitorang yang sampai awal ni pun tak dapat duk baris 6 hadapan bayangkan lah yang lain tu sampai pkol berapa. diorang memang tidur kat dataran ni ke hape? ade sorang pakcik ni dah lah datang lambat, pastu kepoh dok jerit2 "yang depan duduk, yang depan duduk, korang dah selalu tengok, bagi orang awam ni tengok pulak. " hello orang dewasa, ade ke kambing atau penguin datang tengok pameran ni? semua yang ade kat situ pon orang jugak. hampeh je pakcik tu. nak dok depan datang la awal kan??



bergambar dengan abang2 Para. ingat senang ke nak jumpe diorang semua ni? diorang tak same dengan askar2 biase tu taw. sayang betul lah aku takde kat situ kan? sebab aku lah yang ambikkan gambar diorang ni ha!!

ni lagi satu, team Commando. pasukan gerak khas. lagi terbaek diorang nie. bukan calang2 orang leh join. kalau tak caye, korang gi lah cari diorang and tanye. itupon kalau senang kau nak jumpe diorang ni ha.


team PBB. diorang ni lain macam sikit. tengok kasut diorang dah tau kan. sebab diorang bertugas kat Lubnan. kat sane ground pasir, bukan jalan tar and berbatu2 cam kite kat sini. kire Malaysia ni cam rumah no 2 diorang lah.


boleh kate lebih separuh dari semua booth yang ade kat sini kitorang ziarah. tentera kan ade macam2 kor. kor polis, kor jurutera, kor armor, kor artileri.. banyak lagi lah.

weh, berat benda ni 18kg wei. muke rilek je aku hangkat benda tu atas bahu aku. kau hado?
gune dia untuk tembak pesawat. harge dia plak 2.2 billion.



NBC. alatan untuk elak udara yang ada bahan kimia. kalau korang ade kawan2 yang kerap sangat melepaskan gas asli dengan bau yang amat tidak menyenangkan, aku cadagkan korang beli benda nieh. murah je. 8 ribu, boleh bayar ansur2.




setiap booth yang kitorang pergi, mesti pegawai yang layan kitorang. demand! tak main ah sarjan2, prebet2 ni. kahkahkah~~ gelak mengada+gatal ...

macam2 pertunjukan ade kat sini. benda yang memang kita tak pernah tau and wujud dalam angkatan tentera. patutlah ramai orang sangat. diorang pun teringin nak tau and tengok dengan mata diorang sendiri.

booth rejimen semboyan. bahagian penyampai berita dan maklumat. cik abang belah kiri tu pakai full set navigation, harge ratus ribu ok. cik abang belah kanan pulak pakai full set radio, harge puluh ribu.

last gambar aku sebelum balik uitm.
best? boleh lah. penat? teramat sangat. suke? haah.

No comments:

Post a Comment